Ejaan dan Tanda Baca
Ejaan yang digunakan ialah ejaan menurut Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972. Ejaan ini juga digunakan dalam semua kamus-kamus terutamanya Kamus Dewan.
Calon harus memberikan perhatian terhadap perkara berikut:
a. Sistem keselarasan vokal
b. Ejaan kata terbitan
c. Ejaan kata majmuk
d. Ejaan kata pinjaman
Sistem Keselarasan Vokal
Pengguna bahasa Melayu terutamanya bangsa asing amat gemar menggunakan sistem keselarasan vokal yang tidak tepat. Hal ini boleh didefinasikan sebagai pengaruh dialek.
Contohnya: hebuh, sinalai, olih, keleja
Sepatutnya : heboh, senarai, oleh, kerja
Ejaan Kata Terbitan
Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t dan s.
Contohnya : deru - menderu
duga - menduga
caci - mencaci
Ejaan Kata Majmuk
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap sudah mantap dan dieja sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut mempunyai dua kata dasar. Perkataan yang demikian dieja sebagai satu perkataan. Bentuk tersebut ialah:
tanggungjawab | olahraga |
tandatangan | matahari |
suruhanjaya | jawatankuasa |
sukarela | warganegara |
setiausaha | kakitangan |
pesuruhjaya | bumiputera |
antarabangsa | beritahu |
kerjasama |
|
Selain contoh yang ditunjukkan di atas, ejaan kata majmuk ditulis terpisah.
Contoh: |
|
jalan raya | tunjuk ajar |
ambil alih | kuat kuasa |
kenal pasti | ibu bapa |
campur aduk | daya serap |
Ejaan Kata Pinjaman
Kesalahan penggunaan ejaan kata pinjaman merupakan akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang telah mantap, kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual bagi ejaan dan ejaan kata khusus yang menggunakan nombor.
Contoh: |
|
|
|
| klas, plan, klab, gran | - | kelas, pelan, kelab, geran |
| psikoloji, otomatik, kota | - | psikologi, automatik, kuota |
| dekad ke 10, abad ke 20 | - | dekad ke-10, abad ke-20 |
Perbendaharaan Kata
Calon mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang luas supaya senang mengenal pasti kesalahan penggunaan kosa kata. Di samping itu, pemilihan kata mestilah bersesuaian dengan maksud sesuatu ujaran.
1. Kata-kata yang mempunyai konotasi yang tertentu
Setiap perkataan mempunyai makna konotasi dan denotasi. Misalnya, perkataan “kesan” dan “akibat”. Perkataan kesan bermaksud “apa-apa yang timbul daripada sesuatu tindakan, keputusan yang boleh jadi baik atau buruk. Manakala perkataan “akibat” bermaksud kesan yang buruk akibat perbuatan dan tindakan. Oleh yang demikian calon harus memilih konteksnya yang sesuai.
Contoh:
| (a) | Kesan daripada keletihannya berlatih bola sepak menyebabkannnya terpelecok lalu jatuh. | ||
|
|
| - | Kata akibat lebih sesuai digunakan kerana mempunyai konotasi yang tidak baik. |
| (b) | Sistem lampu isyarat yang baru diperkenalkan itu mengakibatkan perjalanan kereta menjadi tidak lancar. | ||
|
|
| - | kata menyebabkan lebih sesuai untuk menerangkan situasi ini. |
Penggunaan Bentuk Jamak
Penggunaan bentuk jamak sering kali disalahgunakan, bukan sahaja dalam situasi lisan tetapi juga dalam tulisan. Kadang kala, bilangan sudah dinyatakan tetapi kata nama masih digandakan untuk menunjukkan maksud jamak.
Salah | Betul |
Semua peserta-peserta diminta bersiap sedia. | Semua peserta diminta bersiap sedia. |
Para-para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan. | Para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan. |
Semua pelajar-pelajar diminta memakai lencana sekolah. | Semua pelajar sekolah diminta memakai lencana sekolah. |
Mereka-mereka yang akan mengikuti rombongan ke Langkawi diminta menjelaskan tambang sebelum Jumaat ini. | Mereka yang akan mengikuti rombongan ke Langkawi diminta menjelaskan tambang sebelum Jumaat ini. |
Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai amat penting apabila kita berkomunikasi dengan lawan tutur. Kita kerap menemui penggunaan kata ganti nama diri yang tidak tepat dengan situasi penggunaan bahasa.
Salah | Betul |
Serigala itu mati. Ia ditembak oleh pemburu. | Serigala itu mati. Serigala itu ditembak pemburu. |
Apakah yang mereka tulis? | Apakah yang ditulis oleh mereka? |
Beliaulah pelajar yang selalu ponteng Kelas Bahasa Melayu. | Dialah pelajar yang selalu ponteng kelas Bahasa Melayu. |
Mereka-mereka yang merokok di tandas sekolah akan didenda. | Mereka yang merokok ditandas akan didenda. |
Penggunaan Kata yang Tidak Tepat
Kadang kala kita menemukan penggunaan kata yang tidak tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. Contohnya:
Kata | Salah | Betul |
Adakah dan Apakah | Apakah baju itu kepunyaan awak? | Adakah baju itu kepunyaan awak? |
Pendapat dan Pendapatan | Pada pendapatan saya ekonomi kita semakin pulih. | Pada pendapat saya ekonomi kita semakin pulih. |
Satu dan Suatu | Pada satu masa dahulu,British pernah memjajah negara kita. | Pada suatu masa dahulu, British pernah menjajah negara kita. |
Jemput dan Undang | Ali menjemput kami ke majlis perkahwinan anaknya. | Ali mengundang kami ke majlis perkahwinan anaknya. |
Rasmi dan Resmi | Bahasa Malaysia ialah bahasa resmi negara ini. | Bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi negara ini. |
Bena dan Bina | Sekolah itu telah siap dibena. | Sekolah itu telah siap dibina. |
Hukum D-M
Yang berikut dinyatakan contoh penggunaan hukum D-M yang tepat.
Betul | Salah |
Saya suka makan goreng pisang | Saya suka makan pisang goreng. |
Ibu membeli cili sos dan gula di kedai. | Ibu memberi sos cili dari kedai. |
Ayah membeli makanan di Arina Restoran, | Ayah membeli makanan di Restoran Arina. |
Adik dilahirkan di Raja Klinik. | Adik dilahirkan di Klinik Raja. |
Kesalahan Penggunaan Imbuhan
Penggunaan imbuhan yang tidak sesuai merupakan kesalahan yang kerap kita temukan dalam tulisan. Oleh itu anda hendaklah mengenal pasti kesalahan imbuhan dan membetulkannnya.
Contoh:
Ahmad memberi makanan kepada arnab.
Penggunaan imbuhan yang tepat ialah ” memberikan” kerana imbuhan meN…kan menerima objek yang tidak bernyawa, manakala imbuhan meN….i menerima objek yang bernyawa.
a) Ahmad memberi arnab makanan.
b) Ahmad memberikan makanan kepada arnab.
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=OGO&m=2&t=&r=m&i=NOTA
No comments:
Post a Comment