Followers

Tuesday, March 15, 2011

ikatan asas

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
1.1 Sejarah tali
1.2 Jenis –jenis tali dan penjagaannya
1.3 Definisi simpulan dan ikatan
1.4 Jenis simpulan dan ikatan


2.0 SOALAN
1.1 Soalan objektif
1.2 Soalan struktur
1.3 Soalan esei

3.0 BIBLIOGRAFI

4.0 LAMPIRAN

5.0 PENGURUSAN GRAFIK



PENDAHULUAN

Buku ini merupakan satu percubaan penulis untuk menghuraikan aspek-aspek tentang simpulan dan ikatan tali asas secara ringkas dan mudah, bersesuaian dengan para pelajar yang belum mempunyai asas dalam bidang ini dan juga kepada mereka yang mengambil Pendidikan Jasmani sebagai subjek utama dan kepada para pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti pengakap, pandu puteri dan sebagainya.
Percubaan ini timbul atas dorongan dan kesedaran penulis sewaktu mempelajari simpulan dan ikatan selama lebih kurang 3 bulan di Institut perguruan. Masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan tenaga pengajar khususnya dalam bidang Pendidikan Jasmani, ialah kurangnya buku-buku rujukan dalam bahasa Malaysia untuk dijadikan panduan. Kesukaran menjelaskan sesuatu aspek dalam bidang ini secara yang mudah, ringkas, tepat dan berkesan merupakan satu masalah juga. Dengan demikian, buku ini ditulis dengan harapan, dapat memberikan kefahaman dan penjelasan seringkas dan semudah mungkin kepada para pelajar yang baru berjinak-jinak dengan bidang ini. Mudah-mudahan buku ini dapat menimbulkan minat dan kecenderungan yang mendalam di kalangan para pelajar dalam bidang ilmu Pendidikan Jasmani terutamanya simpulan dan ikatan.
Sesuai dengan tajuknya, buku ini memang khusus ditujukan kepada para pelajar yang mempelajari bidang sama ada bagi pelajar Melayu, bukan Melayu, Khusus Perguruan Sekolah Rendah ataupun Kursus Perguruan Sekolah Menengah. Di samping itu, buku ini juga ditujukan kepada para pelajar kursus persediaan ijazah sarjana muda perguruan.
Moga-moga buku ini dapat menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada para pembaca di samping menambahkan bahan bacaan mereka dalam bidang ini.




SEJARAH TALI

Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan kesan semasa menggali makam lama Mesir. Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed Hasyim, 1983). Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak-joeddin, 1981).

Tali dan simpulan mempunyai lagenda yang tersendiri dan berlaku dari zaman ke zaman. Contohnya lagenda tali dan simpulan dihubung kait dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari Mekadonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan memberikan satu longgokan tali. Beliau disuruh mencari hujung tali tersebut. Setelah mencuba mencari hujung tali beberapa lama dan menggunakan berbagai-bagai ikhtiar, namun ia tidak berjaya. Akhirnya beliau tersangat marah dan hilang kesabaran, lalu beliau menghunus pedangnya dan memotong longgokan tali itu sehingga terdapat beberapa hujung tali. pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini.

Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik. Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah :
1) Aktiviti panjat-mamanjat
2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan.
3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang tinggi.
4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat.
5) Aktiviti memancing.






















JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYA.

Jenis-jenis tali

a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah :

• tali gentian manila • tali sabut
• tali sas • tali kapas

b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah :

• tali nylon • tali hawser-laid
• tali karamental • tali poltster
• tali wayar • tali drilena


Penjagaan tali

Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila mempunyai mutu yang baik.Harga tali terutama jenis ini agak mahal. Tambahan pula rami yang digunakan untuk membuat tali mengalami berbagai-bagai masalah. Kita seharusnya menjaga dan menyimpan tali dengan sempurna. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala.
Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. kita tidak boleh membasuh tali.


Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai.


Biasanya tali mempunyai daya ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang digunakan mengikat diperbuat daripada rami manila. Tali jenis ini mempunyai lilitannya 5cm dan ketahanannya ialah 2.03tan. Tali-tali yang digunakan untuk menarik mempunyai ketahanan nya 2.72tan. Tali penarik biasanya diperbuat daripada terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar kemungkinan tali tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji salalu supaya selamat semasa menggunakannya.

DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN

Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan mematikan hujung tali (whipping)

Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Sambat
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Meyambugkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.


Mematikan hujung tali
Seorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan. Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

































SIMPULAN DAN IKATAN


Lilit Pemati Biasa

Fungsi:
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.

Teknik
a) Letakkan tali kecil seperti pada rajah
b) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua seperti dalam rajah.
c) Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.
d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan
kemas.













Buku Sila

Fungsi
~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.
~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A dibawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah




















Tindih Kasih

Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.














Bunga Geti

Fungsi :
~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seperti rajah (b).
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul seperti
rajah (c)

















Simpul Manuk

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.












Simpul Pulih

Fungsi :
~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.
~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
Teknik :
a) Mulakan simpul pulih.
b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.
c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.











Simpul Himpit

Fungsi :
~ Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz dan licin.
~ Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk mengail.

Teknik :
a) Mulakan simpul himpit.
b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.
c) Kemudian, tarik hujung tali.









Simpul Bunga Geti Ganda

Fungsi :
Dibuat supaya sambung yang dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah terburai
Teknik :
a) Mulakan simpulan ini seperti rajah (a) dan (b).
b) Kemudian masukkan silang kedua hujung tali B seperti pada rajah (a) dan (b).
c) Seterusnya tarik hujung tali untuk membentuk simpul seperti rajah (c) dan
(d).














Lilit Balak

Fungsi :
~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
~ Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.











Belit Lucut

Fungsi :
~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat dan mendaki.
~ Digunakan semasa turun daripada pokok atau tempat tinggi.
~ Dapat dibuka dengan senang.
Teknik :
a) Lipatkan seutas tali supaya sama panjang kedua-dua hujungnya. Kemudian, mulakan simpul tarik pada batang pokok dengan menarik bahagian A keatas seperti dalam rajah.
b) Seterusnya tarik bahagian B melalui bawah bahagian A.
c) Tarik bahagian A untuk mengemaskan simpul ini untuk membentuk seperti dalam
rajah.







Simpul Abah-abah

Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.
~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat.
Teknik :
a) Buat satu gelung seperti dalam rajah.
b) Tarik tali bahagian atas melalui gelung.
c) Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.
d) Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat.











Lilit Pasdul

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga.
~ Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah.
Teknik :
a) Mulakan membuat satu gelung.
b) Ambil kayu sepanjang 60cm yang saiznya sebesar lengan kemudian masukkan seperti dalam rajah.
c) Lakukan simpul ini pada kedua-dua hujung kayu supaya seimbang kiri dan
kanan.







Lilit Tindih Kejap

Fungsi :
~ Digunakan untuk menambat tali yang kecil pada tali besar apabila ditarik songsang.
~ Juga digunakan untuk menarik tali besar.


Teknik :
a) Mulakan simpulan.
b) Kemudian, ulang simpulan dan tindih di atas simpulan sebelumnya.






Ikatan Pengail

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
~ Ikatan ini kuat dan kukuh.
~ Sesui digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.

Teknik :
a) Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali seperti dalam rajah.
b) Lakukan 2 lingkaran tali.
c) Pada hujung tali itu boleh diikat seperti dalam rajah.











Simpul Kerusi

Fungsi :
~ Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan ke atas.

Teknik :
a) Buatkan 2 gelung tali.
b) Kemuadian, tarik kedua-dua bahagian tali.
c) Ikatan seperti dalam rajah akan terbentuk.
d) Seterusnya, bentukkan satu gelung pada setiap hujung tali.
e) Tarik kedua-dua hujung tali untuk mengemaskan ikatan. Satu gelung yang lebih
kecil dibentuk untuk memasukkan bahu pesakit.












Simpul Simple Noose

Fungsi :
~ Membuat tanjul yang tidak boleh terjerut.
~ Sangat berguna dalam kerja- kerja menyelamat.
~ Boleh digunakan untuk menjerut leher binatang.
Teknik :
a) Buat satu gelung dan kemudian tarik bahagian tengahnya.
b) Seterusnya, kemaskan simpulan tersebut.


















Ikat Serong

Fungsi :
~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering.
Teknik :
a) Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
b) Kemudian belitkan membujur dan melintang.
c) Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
d) Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.




Ikat Seraya

Fungsi :
~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
Teknik :
a) Dimulakan dengan simpul manuk.
b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
c) Seterusnya dililit dicelah kayu.
d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.








Ikat Silang Gunting

Fungsi :
~ Digunakan untuk menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang bersilang.
~ Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang.
~ Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat.
Teknik :
a) Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk.
b) Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat.
c) Belitkan dicelah-celah dengan kuat.
d) Matikan dengan simpul manuk.







Ikat Silang Tungku

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz.
Teknik :
a) Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkan pada ketiga-tiga batang kayu berselang-selang.
b) Seterusnya masukkan di celah-celah batang kayu.
c) Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu
tengah.






Lilit Kacang

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gadjet.
Teknik :
a) Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.
b) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.












Ikat Jepun

Fungsi :
~ Kegunaannya sama dengan dengan ikat seraya.
~ Menyambung 2 jenis kayu.

Teknik :
a) Kelilingi kayu tengah dan 2 bahagian tali diambil ke atas kayu mendatar.
b) Lilit keliling kayu tegak ke bawah di bahagian hadapan kayu mendatar sebanyak 3 lilitan.
c) Asingkan kedua-dua hujung tali dan lilitkan pada arah bertentangan.
d) Akhirkan ikatan dengan mengikat kedua-dua hujung tali dengan simpul buku sila di antara kayu.









Sambat Balik

Fungsi :
~ Untuk mematikan hujung tali.

Teknik :
a) Pecahkan hujung tali.
b) Kemudian sambat balik bersilang-silang ke belakang. Masukkan setiap hujung urat tali berselang-selang di atas urat yang rapat dengannya dan dibawah lembar yang dihadapannya.
c) Lakukan menyembat balik sehingga 3 kali.





Lilit Dua Simpul

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.
~ Mengikat hujung tali khemah pada pancangnya.

Teknik :
a) Mulakan simpul seperti dalam rajah.
b) Kemudian lakukan 2 lengkungan.
c) Tarik bahagian B untuk mengemaskan simpul.















Bil Jenis dan Fungsi Teknik
1. Lilit Pemati Biasa
• Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.
A. Letakkan tali kecil seperti pada rajah
B. Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua seperti dalam rajah.
C. Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.
D. Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.

2. Buku Sila
• Menyambung 2 tali yang sama saiz.
• Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas. A. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
B. Masukkan hujung A dibawah B.
C. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah A.

3. Tindih Kasih
• Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
• Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
4. Bunga Geti
• Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
• Mengikat tali kesuatu tanjul. A. Mulakan simpul.
B. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seperti rajah (b).
C. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul seperti rajah (c).

5. Simpul Manuk
• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
• Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
6. Simpul Pulih
• Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.
• Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. A. Mulakan simpul pulih.
B. Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.
C. Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.
7. Simpul Himpit
• Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz dan licin.
• Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk mengail.
a) Mulakan simpul himpit.
b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.
c) Kemudian, tarik hujung tali.

8. Simpul Bunga Geti Ganda
• Dibuat supaya sambung yang dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah terburai. A. Mulakan simpulan ini seperti rajah (a) dan (b).
B. Kemudian masukkan silang kedua hujung tali B seperti pada rajah (a) dan (b).
C. Seterusnya tarik hujung tali untuk membentuk simpul seperti rajah (c) dan (d).

9. Lilit Balak
• Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
• Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
• Untuk memulakan ikatan serong. A. Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
B. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

10. Belit Lucut
• Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat dan mendaki.
• Digunakan semasa turun daripada pokok atau tempat tinggi.
• Dapat dibuka dengan senang. A. Lipatkan seutas tali supaya sama panjang kedua-dua hujungnya. Kemudian, mulakan simpul tarik pada batang pokok dengan menarik bahagian A keatas seperti dalam rajah.
B. Seterusnya tarik bahagian B melalui bawah bahagian A.
C. Tarik bahagian A untuk mengemaskan simpul ini untuk membentuk seperti dalam rajah.


11. Simpul Abah-abah
• Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.
• Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat. A. Buat satu gelung seperti dalam rajah.
B. Tarik tali bahagian atas melalui gelung.
C. Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.
D. Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat.




12. Lilit Pasdul
• Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga.
• Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah. A. Mulakan membuat satu gelung.
B. Ambil kayu sepanjang 60cm yang saiznya sebesar lengan kemudian masukkan seperti dalam rajah.
C. Lakukan simpul ini pada kedua-dua hujung kayu supaya seimbang kiri dan kanan.

13. Lilit Tindih Kejap.
• Digunakan untuk menambat tali yang kecil pada tali besar apabila ditarik songsang.
• Juga digunakan untuk menarik tali besar.



14. Ikatan Pengail
• Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
• Ikatan ini kuat dan kukuh.
• Sesui digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling. A. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali seperti dalam rajah.
B. Lakukan 2 lingkaran tali.
C. Pada hujung tali itu boleh diikat seperti dalam rajah.
15. Simpul Kerusi
• Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan ke atas. A. Buatkan 2 gelung tali.
B. Kemuadian, tarik kedua-dua bahagian tali.
C. Ikatan seperti dalam rajah akan terbentuk.
D. Seterusnya, bentukkan satu gelung pada setiap hujung tali.
E. Tarik kedua-dua hujung tali untuk mengemaskan ikatan. Satu gelung yang lebih kecil dibentuk untuk memasukkan bahu pesakit.



16. Simpul Simple Noose
• Membuat tanjul yang tidak boleh terjerut.
• Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.
• Boleh digunakan untuk menjerut leher binatang. A. Buat satu gelung dan kemudian tarik bahagian tengahnya.
B. Seterusnya, kemaskan simpulan tersebut.



17. Ikat Serong
• Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
• Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering. A. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
B. Kemudian belitkan membujur dan melintang.
C. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
D. Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

18. Ikat Seraya.
• Diguanakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat. A. Dimulakan dengan simpul manuk.
B. Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
C. Seterusnya dililit dicelah kayu.
D. Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
19. Ikat Silang Gunting
• Digunakan untuk menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang bersilang.
• Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang.
• Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat. A. Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk.
B. Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat.
C. Belitkan dicelah-celah dengan kuat.
D. Matikan dengan simpul manuk.



20. Ikat Silang Tungku.
• Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz. A. Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkan pada ketiga-tiga batang kayu berselang-selang.
B. Seterusnya masukkan di celah-celah batang kayu.
C. Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu tengah.


21. Lilit Kacang
• Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gadjet. A. Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.
B. Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.

22. Ikat Jepun
• Kegunaannya sama dengan dengan ikat seraya.
• Menyambung 2 jenis kayu. A. Kelilingi kayu tengah dan 2 bahagian tali diambil ke atas kayu mendatar.
B. Lilit keliling kayu tegak ke bawah di bahagian hadapan kayu mendatar sebanyak 3 lilitan.
C. Asingkan kedua-dua hujung tali dan lilitkan pada arah bertentangan.
D. Akhirkan ikatan dengan mengikat kedua-dua hujung tali dengan simpul buku sila di antara kayu.


23. Sambat Balik
• Untuk mematikan hujung tali.











A. Pecahkan hujung tali.
B. Kemudian sambat balik bersilang-silang ke belakang. Masukkan setiap hujung urat tali berselang-selang di atas urat yang rapat dengannya dan dibawah lembar yang dihadapannya.
C. Lakukan menyembat balik sehingga 3 kali.
24. Lilit Dua Simpul
• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.
• Mengikat hujung tali khemah pada pancangnya. A. Mulakan simpul seperti dalam rajah.
B. Kemudian lakukan 2 lengkungan.
C. Tarik bahagian B untuk mengemaskan simpul.















































SOALAN OBJEKTIF

1) Tali mempunyai pelbagai kegunaan kecuali
a) mangangkut
b) mengikat
c) menyelamat
d) memotong

2) Terdapat dua jenis tali iaitu tali fiber asli dan tali fiber buatan. Tali fiber asli diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan haiwan dan tumbuhan. Antara berikut adalah contoh tali fiber asli
i. tali gentian manila
ii. tali drilena
iii. tali sas
iv. tali kapas
a) i, ii, iii
b) i, ii, iv
c) i, iii, iv
d) ii, iii, iv

3) kita tidak boleh membasuh tali. Hal ini kerana tali yang basah tidak boleh disimpan. Ini akan menyebabkan
a) tali menjadi lembap
b) warna tali menjadi pudar
c) tali susah disimpan
d) tali menjadi reput





4) Yang manakah antara berikut adalah kegunaan sambat
i. digunakan untuk menyambung dua tali
ii. digunakan untuk mengikat
iii. digunakan untuk mematikan hujung tali
iv. digunakan untuk membuat sesuatu peralatan
a) i, ii
b) ii, iii
c) iii, iv
d) i, iv

5) Apakah kegunaan ikatan seraya?

a. Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
b. Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
c. Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
d. Untuk mematikan hujung tali.


6) Antara ikatan berikut yang manakah digunakan untuk mengikat 2 tali yang tidak sama saiz?

a. Bunga geti
b. Tindih kasih
c. Simpul pulih
d. Lilit balak





7) Mengapakah tali yang basah tidak boleh disimpan?

a. Supaya tali tidak terburai dihujungnya.
b. Menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan.
c. Supaya tali mudah digulung.
d. Memudahkan melakukan ikatan dan simpulan.

• Mulakan dengan menggunakan simpul manuk atau lilit balak.
• Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.
8)
Apakah jenis ikatan yang diterangkan di atas?

a. Ikatan jepun
b. Lilit dua simpul
c. Ikat silang tungku
d. Lilit kacang

9) Berikut adalah jenis ikatan. Kecuali

a. Seraya
b. Serong
c. Lilit balak
d. Tindih kasih

10)Berikut adalah jenis simpulan. Kecuali.
a. Tindih kasih
b. Simpul himpit
c. Lilit dua simpul
d. Ikat silang gunting

Soalan struktur


1. Tindih kasih merupakan ikatan paling asas. Apakah kegunaan simpul tindih kasih?
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


2. Nyatakan jenis simpulan diatas.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Berikan 3 jenis ikatan atau simpulan yang digunakan untuk menyambung 2 tali.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. Terdapat pelbagai jenis tali. antaranya tali jenis fiber asli dan tali jenis fiber buatan manusia.
Namakan 4 jenis-jenis tali tersebut.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________

5. Tali mempunyai pelbagai kegunaan.Antaranya digunakan untuk aktiviti memancing.
Nyatakan 4 aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Soalan esei

1) Kebanyakkan tali diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi. Oleh itu tali haruslah dijaga dan disimpan dengan sempurna.
Nyatakan cara penjagaan tali dengan betul supaya tali tersebut tidak cepat rosak dan tahan lama.


BIBLIOGRAFI

INTERNET

1) http://slututbackpackers.multiply.com/journal/item/2/IKATAN_DAN_SIMPULAN_ASAS
2) http://ppmperak.net/simpulan.html
3) http://www.freewebs.com/kadetremaja/tahapsatu.htm
4) http://www.sabah.org.my/sabahgirlguides/knots.htm
5) http://aguri-channel.blogspot.com/2008/02/8-simpulan-dan-ikatan.html
6) http://www.geocities.com/kelanakajanga/simpulan.html
7) http://www.geocities.com/skppl1912/pengakap.html

No comments: