Followers

Tuesday, March 15, 2011

ikhtiar hidup

IKHTIAR HIDUP:
PERLINDUNGAN




1.0 PERLINDUNGAN
1.1 Membuat Tempat Berteduh
• Ketika berada di dalam hutan atau semasa menjalankan aktiviti perkhemahan, perkara paling penting yang perlu dititikberatkan ialah membina atau membuat tempat untuk berteduh sebagai satu perlindungan.
• Namun begitu, jika anda berkhemah di kawasan pergunungan dan kawasan bukit -bukau, anda juga boleh mencari tempat perlindungan semula jadi yang terdapat di kawasan sekitar seperti gua dan juga anjuran batu. Contoh anjuran batu adalah sebagaimana rajah di bawah:



• Namun, jika anda memilih untuk membina sendiri tempat perlindungan, pondok sementara atau (bivovac) boleh didirikan buat sementara waktu. Contoh tempat berteduh yang boleh didirikan adalah sebagaimana rajah di bawah:









 Bahan semulajadi mendirikan tempat berteduh

• Apabila anda ingin mendirikan tempat berteduh menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat di kawasan sekitar tapak perkhemahan, bahan-bahan di bawah boleh digunakan.



1.1.1 Cara Membuat Tempat Berteduh

Cara 1
Gambar Huraian
• Sandar sebatang kayu yang panjangnya lebih kurang 2.5 meter pada satu cabang pokok.
• Tinggi cabang pokok ialah lebih kurang 2.1 meter dari kawasan tanah.
• Kayu tersebut digunakan sebagai bumbung kemudian sandarkan beberapa kerat kayu lain pada bumbung.
• Letakkan daun-daun kayu untuk dibuat atap.


Cara 2
Gambar Huraian
• Pacak dua batang kayu sebagai tiang.
• Kemudian, ikat sebatang kayu lagi sebagai bumbung.
• Kayu-kayu kecil disusun dan diikat .
• Susun rumput, daun kayu dan sebagainya di atas kayu-kayu tadi yang akan digunakan sebagai atap.



Cara 3
Gambar Huraian
• Sandar batang kayu yang dibuat atap pada bonjolan tanah.
• Jika anda membawa pembalut tebal untuk membalut peralatan, pembalut ini boleh digunakan untuk menggantikan khemah.











Cara 4



• Pondok seperti ini dibina daripada beberapa batang kayu sebagai tiang.
• Pondok seperti ini boleh didirikan jika anda ingin bermalam selama beberapa hari bersama-sama penghuni yang lebih ramai.
• Dinding pondok ini boleh menggunakan daun kayu, batang kayu dan kulit kayu.
• Atapnya boleh dibuat daripada daun kayu.
• Saiz pondok ini bergantung kepada bilangan penghuni yang akan menginapnya.



1.1.2 Membuat Alas Tidur

• Alas tidur turut diperlukan untuk mengelakkan anda kesejukan ketika berlindung.
• Jerami, lalang dan rumput yang ditenun boleh dibuat sebagai alas tidur.
• Cara membuatnya sebagaimana cara di bawah:

<!-- more -->
















Rajah 2 ( Membuat Alas Tidur)









1.2 Mendirikan Khemah
1.2.1 Persediaan awal untuk mendirikan khemah























1.2.2 Membina Khemah

Khemah terdiri daripada pelbagai jenis dan bentuk. Salah satu daripada jenis khemah yang biasa digunakan ialah khemah jenis kanvas berbentuk “A” sebagaimana gambarajah di bawah:


















2.0 MEMBUAT PERANGKAP BINATANG
• Apabila berada di dalam kawasan hutan, anda juga dikehendaki untuk membuat beberapa perangkap binatang sama ada untuk kegunaan sumber makanan mahupun tujuan keselamatan.
• Antara contoh perangkap binatang yang boleh digunakan adalah sebagaimana gambarajah di bawah:
















IKHTIAR HIDUP:
UNGGUN API















3.0 UNGGUN API
















3.1 MEMILIH TEMPAT UNGGUN API
























3.2 JENIS KAYU API















3.3 CARA MENGHIDUPKAN API

























3.4 PERATURAN MENYALAKAN API
























3.5 JENIS NYALAAN API















3.6 Cara memadamkan api































IKHTIAR HIDUP:
MEMASAK





4.0

























Nasi juga boleh disediakan dengan menggunakan buah kelapa muda. Potong bahagian atas buah kelapa dengan cermat. Bahagian atas ini akan digunakan sebagai penutup. Jangan buangkan air kelapa muda ini. Sukatan air dan beras seharusnya lebih kurang sama banyak seperti memasak dengan menggunakan buluh. Selepas beras dibasuh masukkan beras ke dalam kelapa muda. Kemudian letakkan diatas nyalaan api sehingga nasi masak. Adunan ini sungguh enak kerana mempunyai rasa lemak dan manis buah kelapa.



Nasi juga boleh dimasak dengan menggunakan scarf ataupun kain.Untuk memasak nasi, basuh dan randamkan beras selama lebih kurang dua jam. Selepas itu, isikan beras ke dalam kain yang bersih dan diikat dengan kemas. Kemudian, sediakan lubang dan masukkan bahan yang dimasak.






Dalam perkhemahan buluh sangat penting untuk membuat gajet dan sebagainya. Buluh juga sesuai digunakan untuk memasak nasi. Cara-cara untuk memasak nasi dalam buluh iaitu dengan memotong seruas buluh yang nipis dan besar saiznya. Buluh yang dipilih juga seharusnya tidak retak. Basuh bahagian dalam buluh sehingga bersih. Isipadu keseluruhan buluh tersebut hendaklah disukat contohnya isipadu satu cupak air.













MemasakTelur
Cara-cara memasak telur dengan ubi
Kita juga boleh memasak telur dengan menggunakan ubi kentang ataupun ubi keledek. Potong ubi kentang ataupun ubi keledek dengan cermat kepada dua bahagian. Kemudian buangkan isi ubi seberapa yang boleh. Selepas itu masukkan telur yang telah diadunkan ke dalam isi kentang. Kemudian tutup bahagian ubi kentang yang telah dipotong. Kita juga boleh menggunakan bilah kayu atau buluh untuk mengemaskannya. Letakkan ubi kentang atau ubi keledek di atas api sehingga telur masak. Ia mengambil masa 30 minit untuk masak.



Cara-cara memasak telur dengan lumpur






Memasak ikan dan burung
Daun yang lebar seperti daun pisang dan daun kunyit boleh juga digunakan untuk memasak, terutamanya ikan . Memasak ikan dengan menggunakan daun kunyit lebih sedap dan wangi baunya. Basuh dan bersihkan ikan yang hendak dimasak. Kemudian bungkus dengan daun.
Sepitkan bungkusan daun dicelah kayu atau buluh pemanggang. Bungkusan itu diletakkan di atas panas bara api sehingga masak. Ia mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk masak.






Manakala burung pula, bungkuskan dalam tanah liat tanpa membuang bulunya, masukkan ke dalam bara api. Apabila telah masak, bulu ayam atau burung itu akan tertanggal dari kulitnya dan melekat pada tanah liat.panggang dengan menggunakan penyepit khas atau dibuat sendiri.
Satu lagi cara ialah dengan membersihkan perutnya dahulu, kemudian masukkan seketul batu yang sudah dipanaskan semuat-muat perut itu dan memanggangnya di atas api.






Memasak daging atau ayam


Daging boleh dimasak dengan mencucukkannya pada kayu yang tajam kemudian memanggang dekat dengan api. Caranya ialah, potong daging sebesar 2-3 cm dan cucuk daging itu dengan buluh atau kayu yang tajam. dan panggang ia sampai masak di atas bara. Hiriskan daging nipis-nipis, kemudian dapatkan seketul batu yang licin batu hampar. Bakar batu sehingga menjadi panas. Kemudian letakkan daging pada batu tersebut.



Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kepingan aluminium. Kepingan aluminium ini boleh memasak bahan makanan seperti ikan, telur dan daging. Basuh bahan makanan yang hendak dimasak dan adunkan rempah dengan secukupnya. Kemudian bungkusan itu dimasukkan ke dalam nyalaan api. Lebih kurang 20 hingga 30 minit, keluarkan bungkusan itu daripada api dan buka bungkusannya. Makanan tersebut telah masak

Membakar ubi kentang atau ubi kayu



Basuh dan keringkan ubi kentang/ubi kayu. Sediakan sekeping asbestos, kemudian korek satu lubang, letakkan ubi kentang itu di dalam lubang. Tutup lubang itu dengan asbestos dan kemudian nyalakan api. Biarkan selama 40 minit. Cucukkan ubi kentang dengan sebatang kayu yang tajam supaya wapnya boleh keluar.

Membuat dan membakar roti











Nnzn





















IKHTIAR HIDUP:
PERTOLONGAN CEMAS











5.0 PENGENALAN
Pertolongan cemas ialah rawatan segera dan sementara yang diberikan kepada seseorang yang ditimpa kecederaan atau kemalangan, sebelum dibawa ke klinik atau hospital atau sebelum ketibaan doktor. Pertolongan cemas yang cepat dapat menyelamatkan nyawa, menyembuh dan mengelakkan kecederaan sebelum orang berkenaan mendapat rawatan doktor.
Walaupun kita bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas atau ilmu perubatan, namun kita harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan sementara ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana setiap individu yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering berhadapan dengan kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara merawat segera.

5.1 JENIS-JENIS KECEDERAAN
5.1.1 DEFINISI
Luka ialah terkoyak daging pada tubuh yang menyebabkan darah keluar di bahagian luar atau dalam dan membolehkan kuman-kuman masuk. Jika kuman-kuman itu masuk pada luka, ini akan menyebabkan luka itu bernanah (jangkitan)
5.1.2 JENIS - JENIS LUKA

1. Luka terhiris (incised wound)
2. Luka terkoyak (lacerated wound)
3. Luka tembus atau tertikam (punctured or stab wound)
4. Lebam (contused wound)
5. Tembakan senapang di mana lukanya kecil ketika peluru masuk , tetapi besar ketika peluru keluar.(gunshot wound)


5.1.3 CARA RAWATAN

1. Balut luka dengan kain yang bersih dan kering

2. Tahan darah jika keluar

3. Gunakan anduh (jika perlu) dan hantar ke hospital


5.1.4 LUKA DI DADA KERANA TERTIKAM
1. Baringkan mangsa dan naikkan kepala dan bahunya serta condongkan badannya ke sebelah luka.
2. Balutkan luka itu dengan segera. Luka seperti ini disebut luka terhisap (sucking wound)
3. Hantar ke hospital dengan segera.








5.2 TERBAKAR DAN MELECUR
5.2.1 DEFINISI
Terbakar disebabkan oleh benda-benda panas yang kering seperti api, arus elektrik atau bahan-bahan yang keras lagi tajam seperti air, api, asid dan alkali.
Melecur pula disebabkan oleh benda-benda panas yang berair seperti wap air yang mendidih atau minyak panas.
5.2.2 CARA RAWATAN

1. Baringkan pesakit dan rawat dia daripada terkejut. Jangan tanggalkan pakaiannya kecuali jika basah disebabkan oleh minyak petrol atau air atau api atau alkali kerana pakaian melindungkan orang itu daripada udara yang sejuk dan memberi kepanasan kepadanya.
2. Lindungkan tempat yang terbakar atau melecur daripada udara dengan menutupnya dengan kain pembalut yang basah atau kain kering.
3. Panggil doktor
4. Berikan pesakit banyak minuman panas (jika dia sedar dalam kebakaran tidak teruk atau melecur tidak teruk).
5. Jika pakaiannya disambar api, selimutkannya dengan kain, baju atau kain tutup meja. Biarkannya di atas. Pergerakan akan menyalakan api.
Perhatian :
1. JANGAN gunakan ubat-ubat yang berminyak.
2. JANGAN cucuk gelembung-gelembung yang melecur.
5.3 DIGIGIT ULAR

5.3.1TANDA DAN ALAMAT
Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan berbisa pada pesakit.

5.3.2 RAWATAN

1. Jika anggota badan digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat kuat pada bahagian yang digigit berhampiran dengan jantung, tetapi janganlah sehingga menyebabkan pengaliran darah dalam urat nadi terhenti.
2. Anda harus dapat merasakan denyutan nadi pada pergelangan tangan atau kaki.
3. Cuci luka itu dengan air yang berwarna merah tua dengan kalium permanganat untuk menawarkan racun yang ada pada luka itu.
4. Juntaikan anggota yang digigit dan biarkan darah mengalir dengan menghiris daging yang digigit dengan menggunakan pisau tajam yang telah dibakar terlebih dahulu.
5. Longgarkan ikatan selam setengah minit tiap-tiap setengah jam.
6. Biarkan pesakit bertenangdengan cukup.
7. Berikannya kopi atau teh supaya badannya panas.
8. Jika dia tidak bernafas bantunya dengan cara pertolongan dalam pernafasan.
9. Panggil doktor atau bawa dia ke rumah sakit yang berhampiran.
10. Antivenin (ubat menawarkan racun bisa gigitan ular) hanya boleh diberikan oleh orang yang terlatih sahaja.



5.4 DISENGAT LEBAH, TEBUAN DAN PENYENGAT

5.4.1 PENGENALAN

Sengat yang paling bisa adalan sengat lebah dan tebuan. Biasanya lebah akan meninggalkan sengat, lebih kurang 0.5mm-1.5mm di dalam kulit. Sebaliknya tebuan jarang meninggalkan sengar di dalam kulit dan dianggap lebih berbahaya daripada lebah kerana kebolehannya menyengat seseorang itu berkali-kali.


5.4.2 CARA RAWATAN




A) Lebah

1. Keluarkan sengat dengan menggunakan jarum atau penyepit yang telah dibakar dan disejukkan kemudiannya. Berhati-hati supaya tidak memecahkan racun yang ada di atassengat itu.
2. Gunakan soda bikarbonit, ammonia atau air liur kerana lebah menyuntikkan asid, maka kita perlu larutan alkali untuk menawarkannya.
3. Kain balut boleh digunakan dan dibalut untuk menyekat kemasukan kuman ke dalam luka itu dan memberi kesan kepada luka itu.
4. Hantarkan pesakit segera ke hospital.


B) TEBUAN

1. Keluarkan sengat dengan menggunakan jarum atau penyepit yang telah dibakar dan disejukkan kemudiannya. Berhati-hati supaya tidak memecahkan racun yang ada di atassengat itu.
2. Cuka atau air limau boleh digunakan untuk menghilangkan bisanya kerana tebuan menyuntikkan alkali yang kuat, maka larutan asid yang kuat diperlukan.
3. Kain balut boleh digunakan dan dibalut untuk menyekat kemasukan kuman ke dalam luka itu dan memberi kesan kepada luka itu.
4. Hantarkan pesakit segera ke hospital.
Perhatian :
1. Jika sengat itu ada di dalam mulut atau di bibir, keadaan akan menjadi lebih rumit kerana bengkak akan menghalang pengaliran udara.
2. Berikan pertolongan cemas seperti di atas dan kalau boleh berikan pesakit itu air batu atau seulas kulit bawang untuk dihisap.
3. Elakkan daripada menggunakan kain pembalut untuk membalut luka di mulut atau bibir.
















5.5 PITAM DAN PENGSAN

1. Udara tidak mengalir dengan betul.
2. Terlalu lapar atau terlalu kenyang
3. Mendapat berita yang mengejutkan.
4. Darah keluar terlalu banyak.
5. Melihat kejadian yang ngeri.
6. Mencium bau yang busuk.
7. Kekurangan oksigen dalam darah apabila
pernafasan yang tergendala.
8. Kekurangan darah dalam otak.
9. Bernafas terlalu lama.
10. Otak tercedera.

5.5.2 TANDA-TANDA
1. Muka menjadi pucat.
2. Berasa pening dan sakit.
3. Denyutan nadi menjadi lemah.
4. Bernafas dengan deras.

5.5.3 RAWATAN

1. Longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya.
2. Beri udara bersih dengan mengipasnya.
3. Jika pesakit telah sedar, berikan air sejuk atau teh manis yang panas.
4. Jika terlalu lapar berikan makanan ringan seperti biskut atau roti.
5. Berehat di tempat teduh.
6. Jika mukanya merah, angkat muka dan bahunya. Jika mukanya pucat, baringkannya.
7. Tahan semua darah daripada keluar kecuali dari telinga.
8. Jika dia bernafas dengan kuat, baringkanya dalam keadaan mengiring.
9. Selimutkannya tetapi jangan terlalu panas.
10. Makanan tidak boleh diberi selagi pesakit tidak sedar.




5.6 LEMAS


1. Susah bernafas.
2. Nafasnya berbunyi-bunyi.
3. Pernafasan boleh jadi berhenti
4. Bibir dan kuku jari kebiruan.
5. Orang itu boleh menjadi menggelisah.
6. Dia boleh jadi pengsan.
7. Berbuih disekeliling mulut, bibir dan hidung.


5.6.2 TINDAKAN



1. Jika boleh berenang, terjun ke dalam air dan selamatkan mangsa.
2. Jika mangsa sesak nafas, berikan rawatan pemulihan nafas.
3. Minta pertolongan orang ramai untuk menelefon ambulans.
4. Tanggalkan pakaian yang basah.
5. Selimutkan si mangsa supaya dia tidak kesejukan.
6. Jika sudah sedar, tenangkan hatinya dengan kata-kata manis.



6.0 JENIS RAWATAN

6.1 BALUTAN ANDUH

6.1.1 KEGUNAAN KAIN PEMBALUTKAIN PEMBALUT TIGA SEGI
Pembalut ialah kain bersih yang digunakan untuk menutup luka-luka atau bahagian yang cedera. Pembalut yang biasa digunakan di dalam pertolongan cemas ialah seperti yang berikut:
1. Kain pembalut biasa (rollar bandage)
2. Kain pembalut yang bercampur dengan getah (grepe bandage)
3. Kain pembalut tiga persegi atau tiga penjuru.(triangular)






6.1.2 KEGUNAAN KAIN PEMBALUT
1. Untuk membalut atau membungkus anggota yang luka atau bahagian yang cedera seperti patah.
2. Untuk menetapkan ikatan kepada anggota yang luka supaya jangan bergerak atau beralih.
3. Untuk menetapkan mengikut kayu pemilangkepada anggota yang patah.
4. Untuk membuat anduh
5. Untuk memberhentikan darah , mengurangkan dan menghilangkan bengkak.

6.1.3 JENIS-JENIS

1. Kain jarang
2.Kain panas
3. Kain kapas.

6.1.4 JENIS IKATAN MEMBALUT
1. Balutan biasa
2. Balutan selang seli
3. Balutan nombor 8 seperti bahu
4. Ikatan untuk kepala.








6.1.5 CARA BALUTAN





6.2 KEGUNAAN KAYU TUAP DALAM RAWATAN PATAH TULANG

6.2.1 SEBAB-SEBAB PATAH TULANG
1. Pukulan yang kuat dan tepat. Kecederaan berlaku pada tempat yang terkena pukulan.
2. Pukulan sipi. Keceraan berlaku jauh dari tempat yang terkena.
3. Tersentap urat. Kecederaan berlaku oleh sebab urat yang terlekat pada tempatnya tersentap

6.2.2 JENIS-JENIS PATAH TULANG
1. Patah rebung. Retak tulangnya, tetapi tidak terputus.
2. Patah tebu. Sedikit sahaja cedera berlaku pada sekeliling tempat yang patah, tidak menunjukkan luka terbuka.
3. Patah riuk. Lukanya di kulit, tulang tersembul keluar dan kuman boleh masuk.


4. Patah melarat.

5. Patah remuk. Tulang pecah pada beberapa bahagian kecil.
6. Patah terenyuk. Tulang patah dua dan salah satu hujung patah itu termasuk di antara satu dengan lain.


6.2.3 TANDA-TANDA
1. Rasa sakit pada atau dekat tempat patah.
2. Bangkak dan lebam.
3. Hilang tenaga-tempat yang cedera tidak boleh digerakkan seperti biasa.
4. Cacat pada anggota, bentuk anggota ganjil.
5. Tulang berselisih – jika patah itu dekat dengan kulit, maka boleh dirasa perselisih itu.


6.3 TUAP GENTIAN
Tuap boleh disediakan dengan menggunakan tongkat, payung, kayu atau surat khabar yang lipat keras, tetapi hendaklah cukup panjang dan kuat.


Perhatian:
Jika kecederaan berlaku berdekatan dengan kulit, jangan diikat betul-betul pada tempat yang patah itu. Gunakan beberapa banyak lapik di antara kedua-dua kaki dan di antara lengan dan badan.

6.4 PATAH ANGGOTA BAWAH

6.4.1 PATAH TULANG PEHA (FEMUR)

Gejala-gejala
a) Kaki yang patah kelihatan pendek dari satu hingga tiga inci.
b) Kedudukan kaki tidak seperti biasa sebaliknya menghala keluar.
Rawatan
a) Rapatkan kaki yang baik pada kaki yang tercedera.
b) Gunakan tuap di antara anggota, memanjang dari pangkal paha ke kaki dan tuap yang lebih panjang, memanjang dari ketiak hingga ke hujung kaki yang tercedera.
c) Balutkan : kenakan tujuh balutan:
i) Di dada, dekat dengan ketiak.
ii) Di punggung,segaris dengan sendi punggung.
iii) Di pergerakan kaki.
iv) Di peha iaitu di atas dari bahagian yang cedera.
v) Di peha iaitu di bawah dari bahagian yang cedera.
vi) Di kaki.
vii) Di lutut.
d) Tuap-tuap yang digunakan itu hendaklah cukup panjang dan berlapik.







6.4.2 PATAH TULANG BETIS
Rawatan
a) Rapatkan kaki yang baik pada kaki yang tercedera.
b) Letakkan satu tuap yang berlapik di antara kedua-dua kaki.




a) Balutkan
i) Pembalut angka 8 di pergelangan kaki
ii) Di paha
iii) Di lutut
iv) Di bawah dari bahagian yang patah
v) Di atas dari bahagian yang patah.

6.4.3 PATAH ANGGOTA BAHAGIAN ATAS
1. Patah lengan atas (humerus)
Boleh patah pada dua tempat, iaitu:
a) Di tengah-tengah dan boleh bengkokkan siku.
b) Dekat dengan sendi dan tidak boleh bengkokkan siku.
Rawatan
a) Patah di tengah-tengah dan boleh bengkokkan siku
i) Gunakan anduh kecil
ii) Gunakan tuap yang berlapik dan cukup panjang.
iii) Hantar ke hospital.


b) Patah dekat dengan sendi dan tidak boleh dibengkokkan siku.
i) Letakkan lengannya ke sebelah badan.
ii) Balutkan :
• Satu pembalut lebar di keliling lengan atas dan badan.
• Satu pembalut lebar di keliling siku dan badan.
• Satu lagi pembalut lebar di sekeliling pergelangan tangan dan badan.

2. Patah lengan bawah
Boleh patah di tiga tempat, iaitu :
a) Di tengah-tengah dan boleh bengkokkan siku.

b) Dekat dengan sendi dan tidak boleh bengkokkan siku.
c) Dekat dengan pergelangan tangan.
Rawatan
a) Patah di tengah-tengah dan boleh bengkokkan siku.
i) Letakkan lengan itu di sudut 900.
ii) Gunakan tuap yang berlapik dan cukup panjang.
iii) Gunakan anduh besar.
iv) Hantar ke hospital.
b) Patah dekat dengan sendi dan tidak boleh bengkokkan siku.
i) Letakkan lengannya ke sebelah badan.
ii) Balutkan
• Satu pembalut lebar di keliling lengan atas dan badan.
• Satu pembalut lebar di keliling siku dan badan.
• Satu lagi pembalut lebar di sekeliling pergelangan tangan dan badan.
c) Patah dekat dengan pergelangan tangan.
i) Gunakan tuap yang berlapik dan cukup panjang
ii) jika teruk dan tidak dapat menggunakan tuap, gunakan pelapik yang lembut dan balutkan luka dengan berhati-hati. Ampukan tangan dengan anduh.
iii) Hantar ke hospital.





















IKHTIAR HIDUP:
UJI MINDA












7.0 SOALAN OBJEKTIF
Bulatkan jawapan yang paling tepat
1. Untuk memasak nasi dengan menggunakan buah kelapa, bahagian manakah yang perlu dipotong
a) Atas
b) Bawah
c) Tengah
d) Tepi

2. Kenapa ubi kentang/ubi kayu perlu dicucuk sebelum dibakar?
a) Supaya mudah dimakan
b) Supaya wapnya boleh keluar
c) Supaya udara boleh masuk
d) Supaya cepat mengembang

3. Buluh yang digunakan untuk memasak adalah seperti berikut, kecuali
a) Nipis
b) Saiz besar
c) Tidak retak
d) Tebal

4. Semasa membuat ketulan-ketulan kecil untuk membuat roti, kita hendaklah menyapu tepung kering pada tangan kerana
a) Roti menjadi lebih sedap
b) Roti cepat masak
c) Tepung tidak akan melakat pada tangan
d) roti akan cepat naik

5. Berikut merupakan beberapa jenis pondok yang boleh didirikan sebagai tempat perlindungan kecuali:
a) Pondok bentuk A
b) Pondok bentuk B
c) Pondok bentuk piramid
d) Pondok pisang sesikat


6. Sebelum mendirikan khemah, beberapa persediaan awal perlu diteliti iaitu:
I. Memeriksa permukaan tanah terlebih dahulu
II. Kawasan perkhemahan berdekatan dengan punca sungai
III. Kawasan sekitar bebas dari ancaman bahaya
IV. Kawasan sekitar merupakan tanah lapang

a) I,ii dan iii
b) I,II dan IV
c) I,III dan IV
d) II, III dan iv
7. Berikut merupakan jenis-jenis luka kecuali:
a) Lebam
b) Luka terhiris
c) Luka terkoyak
d) Patah

8.Sebab-sebab seseorang pitam atau pengsan ialah :
I. Mendapat berita yang mengejutkan
II. Bernafas terlalu lama
III. Memejam mata
IV. Terlalu lapar atau kenyang
a) I, II dan III c) II, III dan IV
b) I, III dan IV d) I, II dan IV




9.Bahan-bahan yang diperlukan semasa menghidupkan api termasuk yang berikut, KECUALI:
a) daun kering
b) ranting
c) kayu kering yang besar
d) pancang

10.Bagaimana cara untuk menghidupkan unggun api yang betul?
a) tapak mestilah jauh dari khemah, pokok dan pagar
b) sediakan sebaldi air untuk mencegah api daripada merebak
c) tentukan kayu api atau bahan bakaran yang lain.
d) kumpul kayu pada awal pagi










SOALAN STRUKTUR

1. Selain daripada memasak nasi, buluh juga amat penting untuk membuat
perkakas-perkakas lain semasa berkhemah diluar. Sebutkan tiga contoh bahan
yang dibuat daripada buluh.
I. ____________________________________________
II. ____________________________________________
III. ____________________________________________

2. Alas tidur juga merupakan perkara penting ketika anda berlindung di dalam khemah mahupun di dalam pondok.

2.1 Nyatakan tujuan alas tidur dibuat dan digunakan




2.2 Pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk membuat alas tidur ini termasuklah:


2.3 Nyatakan panjang setiap tali yang diperlukan untuk membuat alas tidur ini.


2.4 Mengapakah dua orang pembantu diperlukan ketika proses membuat alas tidur ini dilakukan?
___________________________________________________________________

3.0 SOALAN ESEI

1. Terangkan 3 jenis kayu utama daripada kayu-kayan iaitu:

8. kayu kering
9. kayu yang lambat terbakar
10. kayu yang cepat terbakar



















IKHTIAR HIDUP:
JAWAPAN














8.0 JAWAPAN

SOALAN OBJEKTIF
1. A
2. B
3. D
4. C
5. B
6. A
7. D
8. D
9. D
10. D

SOALAN STRUKTUR
SOALAN 1
I. Membuat Gajet
II. Membuat rakit
III. Projek penerokaan

2.1 Untuk mengelakkan kesejukan pada waku malam.
2.2 Jerami, lalang dan rumput
2.3 5 meter
2.4 Memasukkan jerami, lalang dan rumput ke dalam celahan tali.






SOALAN ESEI

JAWAPAN

(a) kayu kering
Untuk menyalakan api, anda memerlukan kayu kering, ranting-ranting kecil yang senang dicari dan hamper mati, tetapi masih ada di atas pokok. Jika ranting-ranting itu telah mati, ranting itu akan patah hanya dengan sedikit sentuhan sahaja. Jikalau ranting itu melentur semasa anda menariknya, maka hal ini bermakna ranting itu masih hidup lagi dan tidak sesuai untuk menyalakan api.

(b) kayu yang lambat terbakar
Tujuan utama menggunakan kayu ini ialah untuk menghasilkan arang yang merah menyala yang digunakan untuk memamnggang. Panjang kayu ini adalah di antara dua inci atau lebih. Kayu yang tebal dan keras termasuk dalam kategori ini. Dalam cuaca yang lembap, apabila keadaan luar kulit kayu itu masih lembap lagi, buangkan dengan pisau pemburu atau kapak. Batang kayu itu akan terbakar dan mengeluarkan asap yang sedikit.
(c) kayu yang cepat terbakar
Tebal kayu itu adalah di anatara ½ incu dan 1 inci dan biasanya daripada kayu lembut. Kayu-kayu lempung yang daripada lingkungan saiz yang sama yang telah mati dan kering akan membakar dengan cepat, lebih daripada kayu keras yang mempunyai saiz yang sama. Simpan bekalan kayu dan tutuplah dengan baju hujan atau kepingan plastik. Pokok-pokok yang tumbuh di atas bukit dan tanah tinggi akan membakar dengan lebih baik daripada pokok yang sama jenis yang tumbuh dekat kolam atau sugai.

1 comment:

MissPurpleLavender said...

Kenapa bahagian api tu takde gambar? even the details.Tajuk je ada.