Followers

Tuesday, March 15, 2011

murid dan alam belajar


1.0 Pengenalan

Di dalam kehidupan manusia, proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa
berlaku dari semasa ke semasa tanpa kita sedari. Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses dimana sesorang individu menerima dan menyampaikan ilmu. Proses ini boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Disebabkan oleh itu, proses ini boleh berlaku tanpa mengira tempat, keadaan, masa dan sebagainya.
Pengajaran boleh didefinisikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ketiga, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Oleh itu, pengajaran adalah satu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek yang dilaksanakan bertujuan untuk menyebarkan ilmu.

Manakala, pembelajaran pula membawa maksud perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat interaksi dengan persekitaraan. Menurut Hill (2000), pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan satu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang. Perubahan ini mungkin berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Manakala, menurut satu lagi pendapat daripada Mook Song Sang (2009) yang menyatakan konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kinidan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran berkait antara satu sama lain untuk melahirkan individu yang berpengetahuan serta berakhlak mulia.



3.0 Teori Pembelajaran

Di dalam teori pembelajaran, terdapat lima teori iaitu teori pembelajaran kognitif, konstruktisme, behaviourisme, sosial, dan humanis. Kelima-lima teori pembelajaran ini mempunyai perkaitan dengan iaitu kesediaan, corak pengamatan, persepsi, ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran.


3.1 Teori pembelajaran Behaviourisme

Teori pembelajaran Behaviourtisme merupakan satu teori yang mengkaji tingkah laku manusia. Pelopor teori ini iaitu John B. Watson (1878-1958) yang menjelaskan maksud behaviorisme secara umum. Beliau berpendapat behaviorisme ialah satu bidang yang digunakan untuk melukiskan isi sejumlah teori yang saling berhubungan di bidang psikologi, sosiologi dan ilmu‑ilmu tingkah laku yang wujud hasil daripada gabungan gejala psikologi, falsafah etika, segala tingkah laku tunduk pada prinsip ganjaran dan hukuman. Teori ini dipelopori oleh Pavlov, Thorndike dan B.F Skinner. Teori juga dikenali sebagai teori perlaziman. Hasil gabungan teori yang dikemukan oleh Pavlov dan J.B. Watson bagi Teori Pelaziman Klasik, Thorndike, dan B.F. Skinner bagi Teori Pelaziman Operan. Dalam dua-dua teori tersebut, ianya memberi penekanan bahawa apabila wujudnya ransangan maka akan wujudnya gerak balas. Hal ini dapat dilihat dan dibuktikan daripada hasil kaijain pelopor-pelopor ini.

Pavlov telah membuat kajian ke atas haiwan dengan menggunakan anjing di mana makanan dan bunyi loceng digunakan sebagai ransangan manakala air liur sebagai gerak balas.hal ini berbeza dengan Watson yang menggunakan manusia sendiri sebagai bahan uji kaji di mana beliau menggunakan kanak-kanak yang bernama Albert sebagai bahan kajian dengan meletakkan tikus putih sebagai ransangan dan dentuman kuat yang berfungsi untuk menghasilkan perasaan takut sebagai gerak balas. Kedua-dua kajian tersebut telah membuktikan pembelajaran yang berlaku kepada anjing tersebut (haiwan) dan Albert (manusia) terhasil daripada gerak balas (G) terhadap sesuatu ransangan (R) yang pada awalnya tidak memberi sebarang kesan. Kedua-dua kajian itu telah menjadikan ransangan tak terlazim kepada ransangan terlazim dan gerak balas tak terlazim kepada ransangan terlazim.

B.F. Skinner dan Thorndike yang mengkaji Teori Pelaziman Operan pula melakukan kajian ke atas tikus dan juga kucing. Skinner melakukan kajian dengan memasukkan seekor tikus ke dalam kotak yang dipanggil Kotak Skinner. Tikus tersebut akan melakukan tingkah lakunya sebelum tikus tersebut mengetahui bahawa apabila alat penekan dipijak, bijiran makanan akan keluar dan masuk ke dalam mangkuk. Keadaan diteruskan sehingga menggantikan mangkuk dengan cahaya lampu. Alat penekan ditekan, maka lampu akan menyala serantak dengan makanan diberikan. Kemudian, Skinner mengenakan kejutan elektrik kepada tikus tersebut apabila menekan alat penekan tersebut. Malah, kaedah yang digunakan oleh Skinner merupakan kaedah yang sama yang digunakan oleh Thorndike. Thorndike memilih kucing sebagai bahan uji kajinya. Kucing tersebut diletakkan di dalam sangkar manakala makanan diletakkan di luar sangkar. Jika kucing itu menekan tuil, pintu akan terbuka, maka kucing itu boleh mendapatkan makanan yang telah diletakkan dihadapannya. Kesemua uji kaji tersebut telah membuktikan bahawa sesuatu bentuk pembelajaran seseorang yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak balasnya.






3.2 Teori pembelajaran Kognitif

Di dalam teori pembelajaran kognitif ini, para pelopornya menumpukan perhatian terhadap cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori pembelajaran kognitif ini adalah berasaskan psikologi Gestalt. Olej itu, teori ini turut dikenali sebagai teori Gestalt. Antara pelopor-pelopor dalam teori pembelajaran kognitif ini ialah Piaget, Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel. Di dalam teori ini ianya memberi penumpuan terhadap pembelajaran kognitif dimana pembelajaran kognitif merupakan suatu proses yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk mendapatkan penyelesaian.

Wolfgang Kohler yang menggunakan cimpanzi sebagai bahan ujian telah menyatakan bahawa bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang membantu seseorang untuk menyelesaikan masalah. Beliau membuat kesimpulan tersebut akibat daripada kajian beliau dimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung dibumbung sangkarnya. Cimpanzi mula menggunakan cara melompat, tetapi gagal untuk mendapatkan pisang tersebut. Ia pun berhenti seketika. Ketika berhenti, cimpazi melihat di sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba melihat kotak lalu menyusun kotak-kotak tersebut secara bertindih sehingga menjadi seperti tangga dan seterunya memanjat kotak-kotak itu. Akhirnya, cimpanzi itu berjaya mendapatkan pisang tersebut yang merupakan ransangan baginya.

Piaget pula menumpukan kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Oleh itu, terdapat lima konsep asas yang dikemukana oleh beliau iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi. Antara contoh yang dapat dilihat ialah jika sebuah rumah hanya mempunyai tiga buah bilik. Di mana setiap bilik mempunyai penghuni iaitu bilik untuk ibubapa, anak perempuan dan anak lelaku. Jika ada tetamu datang ke rumah tersebut dan bermalam di situ maka akan berlaku perubahan di mana anak lelaki tuan rumah tersebut terpaksa tidur di ruang lain maka satu bilik anak lelaki tersebut dibuat sebagai bilik tetamu. Oleh itu, berlaku adaptasi dimana proses asimilasi dan akomodasi berlaku.
Teori seterusnya ialah teori yang dikemukakan oleh Gagne. Di dalam teori ini Gagne telah mengenal pasti lapan jenis peringkat yang perlu dilalui oleh setiap individu. Peringkat-peringkat itu juga dikenali sebagai hierarki pembelajaran Gagne iaitu peringkat pembelajaran isyarat, pembelajaran mengganggu gerak balas, rangkaian, pertalian bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, dan penyelesaian masalah. Bagi Bruner pula, beliau telah mengaplikasikan konsep pembelajaran kepada tiga iaitu konsep konjuntif, disjuntif atau hubungan. Di dalam konsep konjuktif menjelaskan konsep tersebut dimana tiada hubungan pemisahan berlaku. Manakala konsep disjuktif pula ialah konsep yang membolehkan atribut-atribut yang tergabung digunakan dalam apa jua keadaan dan akhir sekali konsep disjuntif atau hubungan pula membawa erti kepada hubungan khas iaitu seperti kedudukan sesuatu tempat. Ausubel pula menerangkan mengenai pembelajaran resepsi dimana beliau berpendapat bahawa terdapat dua pra syarat dalam pembelajaran resepsi iaitu pelajar perlu mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran dan harus menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mengaitkannya dengan pelajaran yang baru.

3.3 Teori pembelajaran Konstruktivisme

Di dalam teori pembelajaran konstruktivisme pula pendapat yang dikemukan oleh Von Glaserfeld yang telah menerangkan mengenai konsep konstruktivisme dimana konstruktivisme adalah berdasarkan beberapa andaian seperti ilmu pengetahuan dibentuk oleh individu yang mempunyai inisiatif sendiri untuk mengetahuinya. Andaian berikutnya adalah berdasarkan tujuannya iaitu membentuk ilmu dengan mengubah suai diri dalam persekitarannya. Disebabkan itu, teori pembelajaran konstruktivisme digunakan dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi, pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral. Tokoh-tokoh yang pernah terlibat sekaligus memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme adalah Piaget (dari perspektif kognitif dan perkembangan ) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977). Teori ini memberi penekanan kepada pembinaan oleh pelajar. Teori ini menyatakan bahawa pelajar boleh membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya. Oleh itu, pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan.

3.4 Teori pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial ini pula dipelopori oleh Banduran yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui pemerhatian adalah pembentukan asas tingkah laku manusia. Dimana orang yang menjadi pemerhati disebut sebagai model manakala proses pembelajaran pula disebut sebagai pemodelan. Di dalam teori ini, terdapat tiga unsur asas yang utama iaitu individu (proses), persekitaran (environment), dan tingkah laku (behaviour). Teori ini merupakan hasil gabungan teori bahaviouris dengan psikologi kognitif. Dalam teori ini menekankan bahawa pelajar itu sendiri perlu menggunakan pemikiran dalamannya sendiri dan tidak bergantung kepada pelaziman semata-mata. Kesimpulannya, Bandura mengutamakan prinsip pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan.

3.5 Teori pembelajaran Humanis

Di dalam teori ini manusia dianggap sangat istimewa kerana manusia dianggap sebagai makhluk yang tidak mempunyai keupayaan yang sama dengan haiwan. Teori ini memberi penekanan terhadap kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya. Teori ini dipelopori oleh Carl Rogers dan Maslow. Pelopor teori ini iaitu Carl Rogers membuat kesimpulan bahawa pengalaman setiap individu hanya dialami dan difahami oleh individu tersebut sahaja. Malah, beliau juga menyatakan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan tingkah laku yang ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri serta kepercayaannya. Maslow yang merupakan ahli pelopor teori ini pula berpendapat bahawa pembelajaran yang berkesan bergantung kepada motif pelajaran itu sendiri. Beliau telah mengemukakan teori keperluan ini berasaskan prinsip bahawa motivasi intrinsik merupakan kuasa dalaman yang mendorong manusia untuk mencapai kecemerlangan.

4.0 Kaitan Prinsip dengan Suasana Pembelajaran

4.1 Kaitan Prinsip Teori Behaviouris dengan Aspek Kemahiran Guru (Ciri Teknikal)
Berdasarkan huraian yang telah dibuat, prinsip teori Behaviouris dimana sesuatu tindak balas atau gerak balas akan berlaku apabila terdapat ransangan yang kukuh. Di mana faktor ganjaran iaitu peneguhan positif dan dendahan iaitu memainkan peranan dalam membentuk perkembangan kanak-kanak. Prinsip ini bolehlah diaplikasikan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang konduksif. Oleh itu, guru haruslah memainkan peranan dalam mewujudkan suasana tersebut sebagai contoh guru memberi pujian kepada murid walaupun sesuatu perkara yang dilakukan salah. Namun, guru menggunakan ayat yang bersesuai supaya murid tidak merasa rendah diri. Perkara ini dapat menwujudkan sikap ingin berusaha melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik. Malah, hal yang sama dapat diaplikasikan dalam apabila guru meminta murid menjawab soalan. Guru perlu mengajar murid supaya mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Bagi murid yang tidak mengangkat tangan sebelum menjawab soalan, guru boleh memberikan hukuman. Secara tidak lansung, murid itu sedar bahawa hukuman akan diberikan jika tidak mengangkat tangan semasa sesi soal jawab. Dengan itu, suasana di dalam kelas tidak akan bising.

4.2 Kaitan Prinsip Teori Kognitif dengan Aspek Keadilan (Ciri Kemanusiaan)

Di dalam teori kognitif ini pula pembelajaran merupakan suatu proses yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk mendapatkan penyelesaian.
Oleh itu, guru perlulah memilih aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan pengalaman sedia ada murid tersebut agar suasana kelas yang kondusif dapat diwujudkan. Sebagai contoh, guru tersebut ingin mengajar berkaitan bunga. Guru tersebut boleh menyoal murid-murid berkaitan bunga yang pernah dilihat oleh mereka. Bagi mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan, guru boleh membawa beberapa jenis bunga yang berbeza-beza warna dan membenarkan setiap murid merasai serta menghidu bau bunga tersebut. Dengan membuat aktiviti tersebut sekaligus guru memberi peluang kepada murid untuk meneroka, memegang, merasai, menghidu dan membuat kesimpulan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan memberi peluang kepada murid untuk meneroka, memegang, merancang, mencium dan merasa sendiri objek tersebut. Secara tidak lansung, apabila sesi soal jawab dijalankan, murid berjaya menjawab soalan dengan betul berdasarkan pengalaman mereka sebentar tadi. Daripada aktiviti tersebut, akan wujudlah aspek keadilan telah berjaya diterapkan apabila guru memberi setiap kumpulan beberapa jenis bunga agar murid tersebut tidak merasa wujudnya pilih kasih.

4.3 Kaitan Prinsip Teori Konstruktivisme dengan Aspek Demokrasi (Ciri Kemanusiaan)

Di dalam teori ini pembelajaran memainkan peranan yang penting dalalm membantu murid membina pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Teori ini boleh dikaitkan dengan aspek demokrasi. Untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan, guru mestilah bijak dalam melaksanakan aktiviti yang bersesuai dengan setiap murid. Guru juga memainkan peranan dalam membentuk persekitaraan pembelajaran yang kompleks dan tugasan yang bersesuaian agar dapat membantu membina pengetahuan baru. Antara aktiviti yang dapat dicadangkan ialah aktiviti bercerita di dalam kelas semasa subjek Bahasa Inggeris dimana murid telah mempunyai pengetahuan di dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Oleh itu, pengalaman atau pengetahuan baru yang perlu dipelajari oleh murid tersebut ialah bagaimana cara menyampaikan sesuatu cerita itu. Guru boleh meminta setiap murid membuat persembahan bercerita di hadapan dan setiap murid di beri peluang untuk menyatakan pandangan mereka terhadap cara penyampaian serta cerita tersebut. Tanpa tidak disedari, telah wujud demokrasi di situ.

4.4 Kaitan Prinsip Teori Sosial dengan Aspek Peralatan (Ciri Fizikal)

Teori sosial pula merupakan salah satu teori yang dikaitkan dengan aspek peralatan ataupun ciri fizikal. Teori sosial ini menekankan bahawa pembelajaran melalui pemerhatian adalah pembentukan asas tingkah laku manusia. Oleh itu, guru haruslah bijak memilih alatan yang bersesuai dengan usia murid agar ianya tidak menimbulkan sebarang masalah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah guru boleh menggunakan LCD dan komputer sebagai salah satu peralatan. Guru boleh menggunakan alatan tersebut bagi menunjukkan video. Contohnya, guru Bahasa Melayu boleh menunjukkan video mengenai nilai-nilai murni. Dengan cara itu, murid akan lebih memahami apa itu nilai murni dan sekaligus membantu murid tersebut memahami nilai-nilai murni yang harus diterapkan ke dalam diri mereka. Oleh itu, murid tersebut akan mengubah sifat mereka dengan menerapkan nilai-nilai murni. Maka, proses pemerhatian tersebut telah menyebabkan proses pembelajaran berlaku melalui peniruan.

4.0 Kaitan Prinsip Teori Humanis dengan Aspek Suasana Am Bilik Darjah (Ciri Fizikal )

Teori ini menyatakan bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai. Oleh itu, murid harus mempunyai motivasi dan minat untuk mempelajari sesuatu. Hal ini kerana dua-dua perkara berikut amat berguna bagi membolehkan mereka memperolehi sesuatu bidang ilmu. Oleh itu, guru haruslah menyediakan sesuatu aktiviti yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Selain itu juga, aspek yang membantu meningkatkan minat murid dalam belajar ialah suasana kelas yang sentiasa menarik. Suasana kelas yang ceria mampu menarik minat murid untuk belajar. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan warna hijau dan biru kerana kedua-dua warna tersebut mampu menenangkan murid-murid sekaligus menimbulkan suasana kelas yang kondusif. Guru tidak digalakkan menggunakan warna-warna yang tidak ceria kerana ianya mampu membuatkan murid menjadi tidak bersemangat untuk belajar. Ini membuktikan perkaitan teori Humanis dengan aspek suasana bilik darjah.

5.0 Rumusan
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Guru tersebut haruslah memahami apa itu pengajaran dan pembelajaran serta teori-teori pembelajaran yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Akibat kelalaian atau ketidakpekaan guru terhadap hal tersebut boleh menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah tidak baik sekaligus gagal mewujudkan suasana kelas yang kondusif. Malah, jika hal demikian berlaku murid dengan sendirinya tidak mempunyai minat akibat guru gagal memahami mereka disebabkan guru tersebut daif mengenai pendekatan yang terbaik untuk setiap murid-murid. Oleh itu, guru harus menyediakan diri mereka dengan ilmu-ilmu tersebut supaya kelas yang dijalankan mencapai matlamatnya serta mengetahui keadaan atau suasana bilik darjah yang kondusif seperti yang ditunjukkan di bawah.





2.0 Konsep Suasana Pembelajaran yang Kondusif

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan mampu berjalan dengan baik dan lancar apabila suasana atau keadaan pembelajaran tersebut adalah kondusif. Terdapat beberapa ciri yang dapat diketengahkan dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Antaranya ialah persekitaraan pembelajaran yang kondusif. Persekitaraan tersebut merujuk kepada suasana di dalam bilik darjah tersebut. Bilik darjah tersebut haruslah bersesuaian dengan jumlah murid agar tidak berlaku sebarang masalah. Selain itu, meja dan kerusi yang disediakan haruslah bersesuaian dengan murid-murid agar mereka dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik sekali. Tambahan lagi, suasana bilik darjah yang sangat menarik juga mampu mewujudkan persekitaraan pembelajaran yang kondusif. Apabila sesebuah bilik darjah dihias dengan cantik sekali maka secara tidak lansung timbul minat untuk belajar di dalam diri murid tersebut kerana suasana yang ceria dengan pelbagai jenis hiasan serta warna-warna yang menarik. Selain itu, susunan di dalam kelas juga memainkan peranan yang tersendiri kerana susunan meja guru dan murid yang betul dapat membuatkan murid tersebut memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Ciri seterusnya yang dapat diketengahkan ialah tumpuan kursus murid dimana guru haruslah menanamkan ciri-ciri insaniah di dalam diri setiap murid agar suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Sebagai seorang guru yang bijak dan berdedikasi, guru tersebut haruslah memahami bahawa setiap individu adalah berbeza-beza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Oleh itu, guru haruslah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid tersebut agar tidak timbul perasaan rendah diri di dalam diri murid tersebut. Hal ini akan menyebabkan suasana pembelajaran yang kondusif tidak wujud. Maka, kemampuan guru tersebut memahami muridnya akan menyebabkan murid itu merasakan tidak wujud sikap pilih kasih di dalam diri gurunya sekaligus meningkatkan minat murid untuk belajar kerana aktiviti serta latihan yang disediakan bersesuaian dengan kemampuan diri murid tersebut.

Ciri seterusnya ialah memberikan penghargaan dan ganjaran atas usaha serta sikap yang positif. Perkara tersebut juga mampu menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokan. Penghargaan dan ganjaran merupakan perkara yang penting bagi murid-murid. Hal ini disebabkan murid-murid yang mendapat penghargaan atau pujian daripada guru misalnya atas daya usahanya menghasilkan sesuatu benda dengan menarik. Oleh itu, murid tersebut akan merasa seronok sekaligus menyebabkan timbul perasaan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Perkara yang sama akan berlaku di dalam diri rakan-rakan sekelasnya apabila salah seorang rakan mereka mendapat pujian dari guru. Murid-murid lain akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penghargaan mahupun ganjaran dari guru.

Kesimpulannya, suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan apabila sesebuah pembelajaran berlaku di dalam suasana yang baik. Malah, nilai-nilai murni yang diterapkan di dalam diri murid-murid juga membantu mewujudkan suasana kelas yang kondusif.


Buku

Noriati, A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad. 2009. Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan : Laser Press Sdn Bhd.
Stipek, D.J., Motivation To Learn (edisi kedua). Boston : Allyn & Bacon.
Mook Song Sang. 2008. Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
F. P. Hughes. 1999. Children Play and Development (3rd Edition). USA : Allyn & Bacon
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
Mook Song Sang. 2006. Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Havighurst, R.J. 1953. Human Development and Education. Logmans, London.
Bennett, N., Wood, E. & Roger, S. 1997. Teaching Through Play : Teacher’s Thinking and Classroom. United Kingdom : Crown House Publishing Limited.


Internet

http://www.scribd.com/doc/14853824/Bab-10-Persekitaran-Pembelajaran-Dan-Pengajaran-Yang-Kondusif

No comments: