Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Perkembangan fizikal kanak-kanak haruslah dititikberatkan dan difahami oleh golongan pendidik supaya perkembangan fizikal kanak-kanak dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat ditingkatkan lagi dalam diri kanak-kanak tersebut sekaligus membolehkankan para pendidik memahami mengapa pelajar mereka bertingkahlaku sedemikian.
Banyak tokoh yang menyatakan pendapat mereka mengenai pengertian perkembangan manusia. Menurut Atan Long (1980), beliau berpendapat perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Pendapat kedua pula, dikemukakan oleh Doherty & Brennan (2008) iaitu, perkembangan bermaksud proses yang berlaku sepanjang masa. Dalam proses perkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku pada seorang individu hasil interkasi di antara faktor genetik yang diwarisi dan pengaruh persekitaran. Manakala pengertian fizikal menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ialah . Kesimpulannya, perkembangan fizikal ialah
Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang diwarisi dari ibubapa mereka. Dengan erti kata lain, kanak-kanak merupakan individu tersendiri. Keadaan persekitaran memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan bagaimana kanak-kanak ini boleh menggunakan bakat ataupun kebolehan yang diwarisi untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam menjalankan tugas membentuk kanak-kanak tersebut supaya menjadi seorang individu yang boleh membesar dengan keadaan sihat fizikal dan mentalnya.
Dalam perkembangan fizikal kanak-kanak, terdapat beberapa aspek yang dapat dilihat iaitu bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakan badan kanak-kanak. Malah, perkembangan tentang deria kanak-kanak, khususnya penggunaan deria untuk mereka berhubung dengan persekitaran juga perlulah diambil berat oleh guru tersebut. Peringkat perkembangan ini sangat penting terutama dalam proses tumbesaran seperti ini kanak-kanak akan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat dan mendengar untuk pembelajaran dan membentuk konsep.
Pada peringkat ini juga kanak-kanak akan belajar untuk mengawal gerakan anggota badan mereka sama ada motor kasar seperti berlari dan melompat atau kawalan motor halus seperti mewarna dan menulis.
Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.
Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya
mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling
berkesan. Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas
berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan
sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.
Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa.
Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa
kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.
50 Rumusan
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu
serta dijangkakan.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had
perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap
perkembangan yang maksimum.
Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu
wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak
perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut
peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya.
Oleh itu, jelaslah bahawa proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Pemahaman guru mengenai anak murid mereka akan memberikan impikasi perkembangan fizikal kanak-kanak yang baik terdapat pembelajaran dan pengajaran.
No comments:
Post a Comment