Cacat pendengaran,pengelihatan,tingkah laku,kurang upaya.
Cacat Pendengaran
Pengenalan
Penyebab
Kadar Kejadian
Tanda dan Gejala
Komplikasi
Saringan Cacat Pendengaran
Pengurusan dan Rawatan
Pemulihan
Pencegahan
Kumpulan Sokongan
Rujukan
Penyebab
Kadar Kejadian
Tanda dan Gejala
Komplikasi
Saringan Cacat Pendengaran
Pengurusan dan Rawatan
Pemulihan
Pencegahan
Kumpulan Sokongan
Rujukan
Hilang pendengaran adalah perkara biasa kepada manusia. Terdapat 3 jenis utama cacat pendengaran:
- 'Conductive' (Gangguan aliran bunyi)
- Disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga.
- Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.
- 'Sensorineural' (saraf deria)
- Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory'
- Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran
- 'Mixed' (gabungan)
- Adalah kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural'
Kehilangan pendengaran yang teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.
Apakah punca terjadinya pekak/tuli?
- Sejarah penyakit tersebut dalam keluarga
- Pengumpulan cecair pada bahagian tengah rongga telinga
- Bayi yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
- Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
- Jangkitan kuman seperti 'congenital rubella' atau 'congenital syphilis'
- Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
- Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis)
- Selalu terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besi
- Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga
- Gegendang telinga telah pecah
- Jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media)
- Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi
- Peningkatan umur
Epidemiologi:
- 3-4 dalam 1000 bayi yang lahir mengalami kecacatan pendengaran
- 25% daripada orang yang berumur 65 - 75 tahun dan 50% daripada orang yang berumur 75 tahun ke atas juga mengalami kehilangan pendengaran. Hilang pendengaran juga lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita
- 50% daripada anggaran 2.5 juta populasi penduduk di Malaysia yang mengalami kecacatan pendengaran boleh dicegah terutamanya pada kanak-kanak
Apakah tanda dan gejala?
- Kanak-kanak:
- Tindakbalas boleh dilihat hanya kepada bunyi bising
- Lambat atau gagal untuk bertutur
- Dewasa:
- Kerap meminta orang mengulangi percakapan
- Sukar untuk mendengar dalam suasana yang hingar/bising
- Kerap membesarkan bunyi tv
- Mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan
- Mendengar bunyi-bunyi dalam telinga (tinitus)
- Mendengar bunyi telefon hanya bila duduk rapat dengan telefon tersebut
Apakah kesan daripada masalah pendengaran?
- Masalah komunikasi
- Masalah pembelajaran/pendidikan
- Gangguan emosi
- Sukar menjalinkan perhubungan sosial
- Harga kendiri yang rendah
- Perasaan terasing, kecewa dan hilang keyakinan
Bagaimana mengesan kehilangan pendengaran awal?
- Adalah tidak mustahil untuk mengetahui pendengaran bayi seawal sebulan selepas dilahirkan.
- Penilaian pendengaran perlu dibuat apabila punca-punca yang disenaraikan di atas terdapat pada bayi tersebut atau pada bila-bila masa masalah tersebut disyaki berlaku.
Adalah lebih baik untuk menyenaraikan langkah-langkah pengurusan dan rawatan mengikut jenis-jenis kecacatan pendengaran.
15. Jenis 'conductive'
Kebanyakkan kecacatan jenis ini boleh dirawat menggunakan rawatan ubat dan pembedahan.
Kebanyakkan kecacatan jenis ini boleh dirawat menggunakan rawatan ubat dan pembedahan.
§ Tahi telinga/kotoran yang menyumbat - buang kotoran tersebut
§ Jangkitan kuman pada bahagian rongga tengah telinga - ubat dan pembedahan
§ 'Otosclerosis' - pembedahan pada telinga
§ Menggunakan alat bantuan pendengaran jika kaedah ubat dan pembedahan bukan pilihan
16. Jenis 'sensorineural'
Kebanyakkan kecacatan jenis ini melibatkan kehilangan pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan menggunakan ubat atau pembedahan. Menguruskan masalah jenis ini adalah seperti berikut:
Kebanyakkan kecacatan jenis ini melibatkan kehilangan pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan menggunakan ubat atau pembedahan. Menguruskan masalah jenis ini adalah seperti berikut:
§ Kaedah menguatkan keupayaan pendengaran
§ Menggunakan alat bantuan pendengaran yang sempurna.
§ 'Cochlear implant' diperlukan terhadap kecacatan pendengaran yang teruk serta masih tidak memberi kesan melalui penggunaan alat bantuan pendengaran.
§ Latihan strategi komunikasi
§ Kemahiran mendengar
§ Kemahiran komunikasi
§ Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan pendengaran sejak lahir lagi perlu dimasukkan dalam program intervensi awal secepat yang mungkin bagi meransang perkembangan kognitif dan bahasanya. Terdapat pelbagai pilihan komunikasi di negara ini
§ Komunikasi lisan
§ 'Cued speech'
§ Bahasa isyarat
Bila untuk mulakan rawatan pemulihan?
o Intervensi awal perlu bermula sebaik sahaja kanak-kanak mula dikesan mengalami masalah pendengaran seawal usia 6 bulan lagi
o Beri ibubapa makumat dan pendidikan tentang pendengaran yang normal,pertuturan dan perkembangan bahasa
o Rujuk untuk program intervensi awal kepada:
§ Pakar Telinga, hidung & tekak, 'speech pathologist, audiologist' di hospital
§ Klinik Kesihatan
§ 'Community Based Rehabilitation Centre'
§ Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
§ 'Integrated School' oleh Kementerian Pendidikan
§ Sekolah pendidikan khas
§ Sekolah cacat pendengaran oleh Kementerian Pendidikan
Di mana untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran?
o Dapatkan nasihat dari Audiologist
Bagaimana untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya?
o Setelah diagnosis disahkan, dapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan dari klinik kesihatan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Pendidikan
Siapa yang akan membantu dalam pendaftaran tersebut?
o Doktor yang memeriksa anda akan mengisi borang-borang tertentu.
Apakah faedah yang boleh anda dapati melalui pendaftaran tersebut?
Bagaimana untuk mendapatkan penempatan pekerjaan?
o Kementerian Sumber Manusia
o NGOs
Bagaimana untuk mencegah?
o Ambil suntikan perlalian 'rubella' sebelum berkahwin (untuk perempuan)
o Ambil suntikan perlalian 'Haemophilus Influenza'
o Elakkan mengambil ubat ototoksik sepanjang proses kehamilan
o Pakai alat pelindung pendengaran bila berdepan dengan bunyi bising
o Jauhkan dari terdedah kepada bunyi bising
o Hadkan masa anda terdedah kepada bunyi bising
o Lakukan pemeriksaan telinga dan pendengaran secara berkala
Di mana untuk mencari kumpulan sokongan?
YMCA - Pusat Majudiri untuk cacat pendengaran
http://www.ymcakl.com/pmy/PMY_deafwork.htm
Address: 95, Jln. Padang Belia, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-22741439
Fax:603-22740559
http://www.ymcakl.com/pmy/PMY_deafwork.htm
Address: 95, Jln. Padang Belia, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-22741439
Fax:603-22740559
Pusat Pertuturan Kiu, Kg Pandan
Mereka menggunakan rawatan 'cued speech'
Mereka menggunakan rawatan 'cued speech'
Pusat TUTUR
Klinik Audiologi and Sains Pertuturan
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM.
- Mereka menggunakan kaedah 'oral approach'
Klinik Audiologi and Sains Pertuturan
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM.
- Mereka menggunakan kaedah 'oral approach'
Cacat Penglihatan
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&storymaster=1155038400784&storyid=1155038400784&substoryid=1130229946790
Pengenalan
Kecacatan penglihatan boleh terjadi pada pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza.
Gangguan penglihatan boleh berada pada tahap daripada keadaan status penglihatan rendah kepada keadaan buta. Di Malaysia, keadaan buta meliputi 0.2% dan status penglihatan yang rendah meliputi 2.44% daripada jumlah penduduk.
Bilakah seseorang itu dikatakan mengalami cacat penglihatan?
Seseorang itu dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila ujian menggunakan 'Snellens Chart' menunjukkan beliau tidak dapat melihat huruf pada jarak 3 meter. Ini juga bermakna beliau tidak boleh berjalan secara sendirian.
Kebanyakan orang yang cacat penglihatan mempunyai beberapa deria lain yang berguna dan walaupun mereka menggunakan tongkat, tidak bermakna mereka tidak dapat melihat apa-apa pun.
Sebab-sebab
Apakah penyebab cacat penglihatan?
- Bayi dan peringkat awal kanak-kanak.
- Kecacatan 'congenital' seperti 'congenital cataract, congenital glaucoma'.
- Masalah semasa kehamilan seperti jangkitan kuman akibat 'rubella, toxoplasmosis' dan penggunaan alkohol.
- Penyebab perinatal - 'retinopathy of prematurity'
- Jangkitan kuman pada mata - 'ophthalmia neonatorum'
- Peringkat lewat kanak-kanak.
- 'Refractive Error'
- 'Amblyopia/lazy eye'
- Keadaan Juling
- Parut pada lapisan kornea - jangkitan kuman, kecederaan, kekurangan vitamin A
- Penyakit akibat keturunan - 'albino, retinitis pigmentosa'
- Orang dewasa
- 'Refractive Error'
- 'Cataract'
- 'Diabetic retinopathy'
- 'Glaucoma'
- 'Age related Mascular Degeneration'
- Sebab-sebab lain.
- Jangkitan kuman pada mata
- Kecederaan pada mata - tercucuk, terkena bahan kimia.
- Barah mata - 'retinoblastoma'
Tanda dan gejala
Bolehkah kecacatan penglihatan dicegah?
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan penglihatan:
- Amalkan cara hidup yang sihat
- Elakkan kemalangan dan kecederaan pada mata
- Dapatkan suntikan perlalian:
- Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan perlalian untuk 'rubella' , 'tetanus'
- Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan jadual suntikan perlalian yang terkini.
- Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan 'folic acid' dan diet yang seimbang
- Memastikan sentiasa hadir pada setiap temujanji di klinik semasa proses kehamilan.
Rawatan
Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan
Perlukah untuk membuat saringan?
YA
- Orang dewasa mungkin boleh memahami dan menerima kehilangan keupayaan deria mereka. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, penilaian yang berterusan adalah perlu untuk mengesan awal kecacatan tersebut seperti:
- Dapatkan ujian penglihatan secara berkala di tempat kerja
- Melakukan ujian penglihatan secara berkala kepada pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis
- Kanak-kanak tidak sedar atau tahu apa yang dimaksudkan dengan 'normal', oleh itu ibubapa, penjaga dan guru-guru mesti mengambil tahu berkenaan perkembangan normal kanak-kanak tersebut. Jika berlaku kelembapan dalam perkembangan, kanak-kanak tersebut mesti dibawa untuk saringan dan kenal pasti masalah.
Bagaimana untuk mengesan kurang upaya atau kecacatan di kalangan kanak-kanak?
· Melakukan pemeriksaan yang berkala dan tetap sepanjang kehamilan.
- Pemeriksaan fizikal
- 'Ultrasound' kepada wanita hamil risiko tinggi terutama pada peringkat awal kehamilan
· Ujian cecair 'amniotic' untuk mengesan keganjilan terhadap kromosom(amniocentesis)
· Membuat penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat klinik-klinik kesihatan dalam perkara-perkara berikut:
- Pergerakkan (motor kasar)
- Kebolehan mengguna tangan (motor halus)
- Menguruskan kehidupan seharian
- Komunikasi dan pendengaran
- Tingkahlaku dan bersosial
Langkah pemulihan
Apa yang perlu dibuat bila kurang-upaya atau kecacatan telah dikenal pasti?
Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat atau kurang upaya:
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. http://www.jkm.gov.my/perkhidmatanoku.htm
- Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital.
- Borang tersebut mesti disahkan oleh doktor bertauliah
- Orang kurang upaya tersebut akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.
- Mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti:
- Perubatan:
- Pemulihan anggota
- Pemulihan carakerja
- Pemulihan pertuturan
- Kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan sesetengah klinik.
- Pendidikan
- Kanak-kanak kurang upaya perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.
- Sosial
- Untuk membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain.
- Program Intervensi Awal di sesetengah klinik kesihatan.
- Pusat Pemulihan 'Community Based' yang terdapat di seluruh negeri.
- Latihan Vokasional.
- Ada disediakan di sesetengah pusat di bawah Jbtn. Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.
Kumpulan sokongan
Bagaimana orang kurang upaya atau cacat boleh mendapatkan pekerjaan?
Maklumat tentang pekerjaan dan penempatan pekerjaan boleh di didapati dari:
· The Human Resource Department.
Tel: 03-88865000
Tel: 03-88865000
· NGOs e.g. Jobstreet.com
· Malaysian Councill for Rehabilitation,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
No. 16 Lorong Utara A, 4th Floor, Room 3,
46200 Petaling Jaya.
Tel: 03-79553510
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
No. 16 Lorong Utara A, 4th Floor, Room 3,
46200 Petaling Jaya.
Tel: 03-79553510
Tingkahlaku
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&storymaster=1155038400784&storyid=1155038400784&substoryid=1130230417766
Pengenalan
Penyebab
Kadar Kejadian
Keadaan
Tanda dan Gejala
Masalah-Masalah Yang Biasa Dihadapi
Pengurusan
Rawatan
Pemulihan
Pencegahan
Kumpulan Sokongan
Rujukan
Penyebab
Kadar Kejadian
Keadaan
Tanda dan Gejala
Masalah-Masalah Yang Biasa Dihadapi
Pengurusan
Rawatan
Pemulihan
Pencegahan
Kumpulan Sokongan
Rujukan
Pengenalan
- Masalah tingkahlaku dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah keadaan yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja bermasalah, terutamanya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang teruk.
- Antara masalah tingkahlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah seperti berikut:
- Tingkahlaku ganas
- Menentang, tidak mahu menurut kata
- Sikap terlalu bergantung
- Sikap suka mengelak
- Tingkahlaku pasif
Penyebab
Apa yang menyebabkan masalah tingkahlaku?
- Kebanyakan daripada perangai/kelakuan adalah dipelajari. Sebahagiannya adalah akibat dari ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak dan kekurangan fungsi luar kawal otak.
- Oleh yang demikian, jika sesuatu tingkahlaku itu dianggap bermasalah, biasanya ia telah dipelajari dari sesuatu situasi sebelumnya.
- Manakala jika berkaitan dengan kecacatan, kebanyakkan daripada mereka mempunyai masalah tingkahlaku akibat daripada kesukaran secara umum dalam kemahiran menyesuaikan diri seperti berkomunikasi, kemahiran mengurus kehidupan seharian dan kemahiran mengawal emosi dan sosial.
Kadar Kejadian
Apakah kadar kejadian masalah tingkahlaku?
- 45.8% daripada kanak-kanak cacat berumur 6 - 10 tahun dilaporkan mempunyai masalah tingkahlaku.
- Kanak-kanak ini akan membesar bersama masalah tersebut sehinggalah dewasa jika tidak ditangani dengan awal.
Apakah keadaan atau penyakit-penyakit lain yang berhubungkait dengan masalah tingkahlaku?
- 'Autism spectrum disorders'
- 'Attention Deficit Hyperactive Disorder' ADHD.
- 'Alzheimer's Disease'
- Nyanyuk (Dementia)
- Masalah pembelajaran seperti terencat akal, 'dyslexia'
- Kesukaran dalam komunikasi secara lisan dan bukan lisan
Tanda dan gejala
Apakan tanda dan gejala?
- Sebarang kelakuan yang tidak sesuai dengan penerimaan suasana sosial semasa boleh dianggap sebagai masalah tingkahlaku dan juga jika usaha yang bersungguh-sungguh terpaksa diperuntukkan untuk menanganinya.
- Masalah tingkahlaku adalah jelas jika keadaan yang dihasilkan cukup untuk menimbulkan ancaman kepada nyawa dan tubuh badan serta meletakkan orang lain dalam keadaan bahaya.
- Kebanyakkannya akan mengalami gangguan dalam aspek berikut:
- Interaksi sosial
- Hanya berminat pada perkara-perkara tertentu sahaja atau permainan tertentu sahaja
- Lebih suka bersendirian
- Sukar untuk bergaul dengan orang lain
- Tidak dapat berhubung dengan orang lain dengan cara yang sesuai
- Mungkin terlebih sensitif atau tidak sensitif langsung kepada kesakitan
- Tidak merasa takut terhadap suasana bahaya
- Komunikasi (lisan dan bukan lisan)
- Sukar untuk meluahkan keinginan sendiri
- Banyak menggunakan bahasa badan daripada perkataan lisan (pertuturan)
- Minat dan aktiviti
- Suka membuat gerakan berulang-ulang yang aneh
- Ketawa, menangis atau menunjukkan rasa tertekan tanpa sebab yang jelas atau suka mengamuk (temper tantrums)
- Tiada tindakbalas yang memberansangkan kepada kaedah pengajaran normal
- Tiada tindakbalas kepada lisan atau perbuatan seolah-olah cacat pendengaran walaupun ujian pendengaran adalah normal
- Masalah dalam aktiviti motor/fizikal
- Menjadi terlalu aktif atau terlalu lembab
- Boleh menyebabkan kemusnahan kepada persekitaran
- Mengalami masalah tidur
Apakah masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh mereka?
- Prestasi akademik yang buruk
- Sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain
- Sukar untuk membina persahabatan dan perhubungan yang rapat
- Sukar untuk memperolehi dan mengekalkan pekerjaan
- Sukar untuk menyelesaikan masalah
Bagaimana ibubapa dan penjaga menerima keadaan tersebut?
- Keliru, kecewa dan putus harapan
- Sukar untuk menyesuaikan diri dengan tingkahlaku anak
- Rasa bersalah, marah, malu dan rasa bertanggungjawab atas segala masalah
- Tekanan kewangan untuk mendapatkan rawatan
- Kecewa kerana kemudahan mendapatkan rawatan yang tidak mencukupi
Siapa yang terlibat untuk mengesahkan masalah tingkahlaku/ membuat diagnosa?
- Sebaiknya dari sekumpulan pakar perubatan yang terdiri dari:
- Pakar Psikiatri
- Pakar Psikologi Klinikal
- Pakar Psikologi Perkembangan
- Pakar kanak-kanak
- Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
- Ahli Audiologi
- Ahli Patologi Pertuturan
- Jurupulih Carakerja
Siapakah yang perlu terlibat dalam pengurusan dan rawatan?
- Ibubapa/penjaga
- Pakar Psikologi Klinikal
- Ahli Terapi Pertuturan
- Jurupulih Anggota
- Pakar Psikologi
- Jurupulih Carakerja
- Pakar Psikiatri
- Pekerja Kebajikan Sosial
- Jururawat/Pembantu Perubatan yang khas dalam kesihatan mental
- Pakar Perubatan (terutama kanak-kanak)
- Dan sebarang agensi atau badan yang terlibat dalam menguruskan individu yang ada masalah tingkahlaku.
- Terapi ubat-ubatan untuk masalah tingkahlaku yang teruk
- Terapi Pengurusan Tingkahlaku
- Latihan kemahiran penyesuaian diri (kehidupan seharian, bersosial, penjagaan diri, komunikasi, penyelesaian masalah dan penyesuaian diri)
- Kemahiran menjaga dan keibubapaan untuk penjaga
- Kumpulan sokongan ibubapa/penjaga
Pemulihan
Bila untuk memulakan program pemulihan?
- Secepat yang mungkin.
Bagaimana untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya?
- Setelah diagnosa telah disahkan, dapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan dari klinik kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan.
Siapa akan membantu dalam pendaftaran?
- Doktor yang merawat akan mengisi borang-borang yang berkenaan.
Apakah faedah dengan mendaftar sebagai orang kurang upaya?
- Sila rujuk
Bagaimana untuk mendapatkan pekerjaan?
- Kementerian Sumber Manusia
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- NGO
- o NASOM (National Autistic Society of Malaysia)
- Adalah mustahil untuk mencegah sepenuhnya masalah tingkahlaku dari berlaku tetapi anda perlu menganalisa mengapa ia berlaku.
- Kaedah pencegahan adalah dengan mencegah atau mengubah faktor penyebab dan tingkahlaku yang menyusulinya serta mengubahsuai kelakuan tersebut.
- Perhatian adalah perlu untuk mengurangkan kemungkinan daripada tingkahlaku tersebut terjadi.
Kumpulan sokongan
- National Autistic Society of Malaysia (NASOM)
4, Jalan Chan Chin Mooi, 59100
Kuala Lumpur
Tel: 03-40223744 - Bethel Centre
- 5, Jalan Kenarai 10, Bandar Puchong Jaya,
47100 Puhong, Selangor.
Tel: 03-80753978 - Dignity and Services
P.O. Box. 498,
Jalan Sultan,
46760 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-77830849 - Hua Ming Autistic Society
No.2, Jln. 20/8, Paramount Gardens,
46300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-79587385
http://www.autism.org.my/about_society.htm
Rujukan
14. Autism Understanding and Assisting, Dr. Teoh Hsien-Jin, HoPak S/B, No.1, Jalan TPK 1/6, Taman Perindustrian Kinrara, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
15. Living with Autism, Dr. Sung Min Lena Heng, Times Editions, Singapore
16. Understanding Difficult Behaviours, Geriatric Education Center Of Michigan
17. Introduction to Dementia Care, Making Connection - Course Workbook, Sir James McCusker Training Project
19. http://www.umme.edu.my/fom/research/psycho med/psy 03 02.htm
|
Orang Kurang Upaya >> Kurang Upaya Secara Am | |||||||
| Kurang Upaya Secara Am | | |||||
| |
Kurang Upaya Secara Am http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&storymaster=1155038400784&storyid=1155038400784&substoryid=1130229820594 Pengenalan Apakah jenis-jenis kurang upaya/ kecacatan? Apakah penyebab kurang upaya/kecacatan? Bolehkah kurang upaya/kecacatan ini dicegah? Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan Langkah pemulihan Bagaimana orang kurang upaya atau cacat boleh mendapatkan pekerjaan? Kumpulan Sokongan Pengenalan Orang yang kurang upaya (OKU) adalah : "Seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan sehariannya dengan sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal" Lebih kurang 10% dari populasi penduduk mengalami pelbagai peringkat kurang keupayaan. Daripada jumlah tersebut, 6% boleh menyesuaikan diri dengan kekurangan mereka, 4% memerlukan rawatan pemulihan dan hanya 1% mengalami kurang upaya yang teruk. Orang yang kurang upaya/cacat biasanya mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang cacat penglihatan tidak mampu melihat, tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik dari orang yang normal. Walau bagaimanapun, perkara terpenting adalah belajar untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan yang sedia ada.
Walaupun kurang upaya/kecacatan telah diklasifikasikan namun seseorang itu mungkin boleh mendapat lebih dari satu jenis ketidakupayaan/kecacatan. Ia mampu menjejaskan seseorang pada masa-masa tertentu dalam hidupnya. Apakah penyebab kurang upaya/kecacatan?
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan:
Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan Perlukah saringan untuk mengesan kurang upaya dilakukan? YA
Bagaimana untuk mengesan kurang upaya atau kecacatan di kalangan kanak-kanak?
Apa yang perlu dibuat bila kurang-upaya atau kecacatan telah dikenal pasti? Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat/kurang upaya:
Maklumat tentang pekerjaan dan penempatan pekerjaan boleh dididapati dari:
Kumpulan Sokongan
|
No comments:
Post a Comment