Followers

Tuesday, March 15, 2011

perkhemahan



1.1 SEJARAH PERKHEMAHAN.

Sejarah berkhemah bermula lebih kurang sama dengan sejarah manusia dan tempat kediaman. Berkhemah ialah mendirikan (memasang) khemah untuk membuat tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam. Khemah ini diperbuat daripada kain tebal, nilon, dan kain layer. Khemah yang diperbuat daripada kain nilon lebih popular kerana ia lebih ringan dan senang dibawa. Khemah-khemah ini ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali.


Kebiasaannya askar, pemburu, pengembara dan sesetengah puak yang selalu berpindah randah mendirikan khemah untuk berteduh. Beberapa puak yang selalu berpindah randah seperti kaum Badwi dan Bushman sangat cekap dan pandai memasang khemah.

Pada tahun 1907 Lord Baden Powel, iaitu pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa seramai 12 orang belia ke Pulau Brownsea, England. Di pulau ini satu perkhemahan pengakap yang pertama di dunia telah berjaya dilakukan. Kini perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diutamakan dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Lord Baden Powell (1955) menyatakan berkhemah merupakan satu kegiatan yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seorang pengakap. Perkhemahan dapat dikelaskan kepada tiga kategori. Tiga kategori tersebut ialah perkhemahan ringkas, perkhemahan kumpulan dan Jambori atau rover mood atau dikenali juga dengan nama korobori.

Berkhemah bukanlah semata-mata satu jenis sukan. Pada suatu ketika dahulu berkhemah adalah satu cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat dan kemudian bagi golongan peneroka-peneroka di dunia baru itu. Terkenang juga kita kepada betapa syahdunya kita berkhemah semasa wukuf di Arafah dalam musim Haji dengan hati setulus sutera yang putih, yang membawa satu keinsafan bahawa kita sebenarnya hanyalah berkhemah sementara di alam ini sebelum kita berpindah ke alam kekal di Akhirat kelak.

Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta umat manusia. Manusia sudah pun didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan kesediaan melindungi alam sekitar semula jadinya yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam sekitar semula jadi luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya, buat selama-lamanya.





























1.2 TOKOH DALAM PERKHEMAHAN.

Semua manusia kenal bahawa pekhemah ulung di dunia ini ialah Lord Baden Powell, iaitu pengasas pengakap sedunia yang menganjurkan perkhemahan sebagai satu kegiatan yang wajib. Bila disebut perkhemahan maka serentak diingati namanya dan pengakap. Lama sebelum Lord Baden Powell mempopularkan perkhemahan sebagai satu kegiatan latihan yang sepadu dengan kesempurnaan pendidikan sahsiah manusia, terdapat tokoh-tokoh lain seperti Alexandar The Great, The Roman Legions dan berbagai ketumbukan bala tentera dunia telah berkhemah semasa peperangan yang telah merubah tamadun dunia.

Nabi kepada umat Islam, iaitu Nabi Muhammad S.A.W adalah salah seorang pekhemah yang masyhur semasa baginda berulang alik ke negeri Syam dan lain-lain negeri dalam urusan perniagaanya. Satu bukti pentingnya berkhemah ini dalam Islam ialah ia termasuk di dalam salah satu hubungan Rukun Islam yang kelima dimana semasa mengerjakan rukun yang kelima iaitu Rukun Haji umat islam seluruh dunia seramai berjuta-juta orang diwajibkan berada (wukuf) di Arafah dan bermalam di Muzdalifah. Inilah perkhemahan agung muslim setahun sekali. Sebelum Kota Mekah dimodenkan tidak semua jemaah haji itu terpaksa bermukim di bawah khemah.










1.3 OBJEKTIF/ RASIONAL PERKHEMAHAN.

Objektif, rasional dan matlamat utama dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan ini ialah:

i. Memantapkan jati diri rakyat Malaysia khususnya belia-belia melalui pengalaman (Experiential Learning) dan pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada pembangunan negara yang mempunyai warganegara yang lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

ii.Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkan serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan.

iii. Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyrakat yang dinamik. Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui aktiviti perkhemahan ialah:

> Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan.
> Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi.
> Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya.
> Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan.
> Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal.
> Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.



















2.0TUJUAN DAN KEPENTINGAN PERKHEMAHAN















2.1 TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM

Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.

Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:

i. Berkhemah sebagai cara pendidikan.

- Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.


- Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.

- Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa. Sesetengah- sesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan sebagainya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.

ii. Berkhemah sebagai cara ibadat.

- Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah S.W.T yang


menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.

.iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.

- Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.

- Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.

- Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan
masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam
sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita
yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.



iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.

- Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.

v. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari Ketenangan.

- Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya.
- Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah-tambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.

- Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.

vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.

- Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II. Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan.

- Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersama-sama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang.

vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.

- Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan mereka.

- Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainnya.
























3.0PROSEDUR
























3.1 PEMILIHAN TEMPAT

Banyak tempat yang menarik di negara kita yang boleh dijadikan kawasan untuk berkhemah bagi sesebuah kumpulan. Tempat yang biasa menjadi pilihan ialah seperti di tepi pantai, tepi sungai, tepi tasik, kawasan pergunungan dan kawasan hutan. Pemilihan tempat adalah sesuatu yang amat penting kerana ia menjadi faktor utama keselesaan sesuatu aktiviti perkhemahan itu. Antara yang perlu diteliti semasa memilih tempat ialah :

1. Keselamatan peserta dan harta benda

Keselamatan peserta dan harta benda merupakan aspek yang terpenting yang perlu diambil kira. Keselamatan diri daripada bahaya-bahaya seperti kemungkinan tanah runtuh, serangan binatang buas, dan sebagainya haruslah diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan nyawa peserta. Kawasan tapak perkhemahan haruslah mempunyai ruang yang cukup untuk bermain, bergerak, berehat, serta kawasan yang lapang untuk tapak perhimpunan. Kawasan yang sempit boleh mengundang kepada kecelakaan dan kemalangan. Antara lain yang perlu diambil perhatian ialah seperti memikirkan kemungkinan berlakunya bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya. Keselamatan peserta semasa perjalanan ke tempat tapak perkhemahan juga dianggap penting. Oleh itu, taklimat perlu diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan bertindak semasa berlakunya kesesatan atau kecemasan ketika berada di dalam hutan atau di tapak perkhemahan tersebut.





2. Kemudahan asas

Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan seharusnya mempunyai kemudahan asas. Kemudahan asas ini ialah seperti bekalan air bersih yang berdekatan. Bekalan air yang bersih sebagai contohnya ialah daripada aliran sungai, danau, telaga, air terjun dan daripada sumber pili atau paip. Tujuannya adalah supaya senang untuk mandi dan membasuh selain menjadi sumber minuman. Selain daripada bekalan air, kawasan perkhemahan juga mestilah terletak dekat dengan kawasan yang mudah untuk mendapatkan bekalan kayu dan bahan api yang banyak. Kemudahan lain yang perlu ada ialah seperti jalan perhubungan dan sebagainya.

3. Tempat menarik dan selesa

Keseronokan merupakan salah satu daripada matlamat pekhemah Sehubungan itu, pemimpin seharusnya meneliti semasa memilih sesuatu tempat supaya matlamat itu tercapai. Biasanya kawasan seperti di tepi pantai, sungai, dan tasik merupakan kawasan yang menarik dan menjadi pilihan utama untuk diadakan perkhemahan.

4. Kawasan

Kawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah kawasan yang berada di kawasan yang agak tinggi. Jangan berkhemah di tempat yang mempunyai tanda-tanda pertumbuhan rumput. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan peserta untuk mendirikan khemah dan untuk beraktiviti di kawasan tersebut. Kawasan perkhemahan juga haruslah berdekatan dengan kawasan bandar kerana mempunyai sistem pengangkutan yang

baik dan sempurna. Kawasan yang bertanah lembap pula tidak sesuai untuk berkhemah. Selain itu juga, kawasan tapak perkhemahan haruslah
diperiksa terlebih dahulu supaya bebas daripada serangga-serangga yang boleh mengganggu semasa berkhemah. Seorang ahli perkhemahan
yang mahir dan baik seharusnya memeriksa kawasan perkhemahan
terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan.











































3.2PERINGKAT MERANCANG





















3.2.1 Mendapatkan kebenaran

Seharusnya beberapa kebenaran perlu diperoleh sebelum diadakan sesuatu perkhemahan. Antaranya ialah seperti surat-surat permohonan kebenaran yang perlu dihantar sekurang-kurangnya 2 bulan daripada tarikh perkhemahan. Pemimpin boleh menelefon pihak tertentu terlebih dahulu untuk memohon kebenaran menggunakan tapak perkhemahan. Selepas itu, surat permohonan rasmi perlu dihantar kepada pihak berkenaan. Antara kebenaran lain yang perlu ialah seperti kebenaran pengetua atau penganjur, kebenaran pemilik tapak perkhemahan, kebenaran ibubapa penjaga dan lain-lain kebenaran jika perlu.


3.2.3 Perancangan aktiviti
3.2.3.1 Jadual

Pemimpin atau pihak penganjur seharusnya menetapkan aktiviti yang hendak dijalankan dalam sesuatu perkhemahan. Penganjur seharusnya menyenaraikan aktiviti tersebut supaya sesuai dengan objektif perkhemahan tersebut. Aturcara serta aktiviti yang dirancang dengan teliti dapat menghasilkan perkhemahan yang menyeronokkan serta dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Antara contoh jadual aturcara yang boleh digunakan ialah seperti berikut.








IMG_0005
3.2.3.2 Aktiviti

Kebiasaannya aktiviti untuk setiap perkhemahan dirancang sebelum perkhemahan itu diadakan. Pelbagai aktiviti akan dijalankan untuk memastikan setiap perkhemahan itu menyeronokkan. Sebagai contoh:

1.0 Aktiviti terancang
a) Flying fox
b) Absceling
c) Repeling
d) Jungle tracking
e) Night walk
f) Lain-lain aktiviti yang telah dirancang oleh pihak berkenaan.


2.0 Aktiviti bebas

a) Permainan yang dirangka
b) Aktiviti kebudayaan
c) Aktiviti air
d) Senaman
e) Aktiviti berhalangan








3.2.4 Persiapan akhir sebelum berkhemah

Lebih kurang tujuh hari sebelum diadakan sesuatu perkhemahan, ketua atau jawatankuasa tertinggi haruslah menyelesaikan persiapan terakhir. Persiapan terakhir ini sangat perlu bagi memastikan semua perancangan yang dilakukan sebelum ini dapat dijalankan dengan lancar. Di antara perancangan akhir termasuklah menyemak persiapan awal, mesyuarat akhir, taklimat kepada peserta, dan persiapan alatan.

1.0 Mesyuarat

Mesyuarat dilakukan bagi membincangkan beberapa perkara seperti pembahagian tugas, menyemak kembali alatan yang hendak dibawa dan seterusnya menyelesaikan beberapa masalah yang mungkin timbul sepanjang persediaan yang dilakukan.

2.0 Taklimat kepada peserta

Satu taklimat khas tentang perkhemahan harus diadakan. Semua peserta diwajibkan hadir dalam taklimat tersebut. Taklimat ini juga harus merangkumi taklimat keselamatan, taklimat aktiviti dan lain-lain. Peserta juga haruslah didedahkan dengan gambaran sebenar perkhemahan secara ringkas seperti tempat, tujuan perkhemahan, aktiviti yang akan dijalankan, penyertaan, dan program secara menyeluruh. Dalam taklimat keselamatan pula, langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh peserta harus diterangkan. Ini untuk memberi persediaan mental dan emosi kepada semua peserta. Peraturan-peraturan perkhemahan juga harus diterangkan secara terperinci walaupun peserta sudah kerap menghadiri perkhemahan.





3.0 Peralatan perkhemahan

Peralatan untuk berkhemah seperti khemah, peralatan kerja dan memasak seharusnya disediakan terlebih awal. Bilangan, kepadatan dan berat peralatan yang dibawa bergantung kepada pemilihan peralatan yang mustahak dan serbaguna diutamakan. Peralatan serta barang yang hendak dibawa haruslah disenaraikan setelah kawasan perkhemahan itu ditetapkan. Setiap peserta seharusnya membawa peralatan masing-masing. Bilangan bagi setiap jenis peralatan yang dibawa bergantung kepada jumlah hari berkhemah dan kemudahan tertentu.

Antara peralatan yang boleh dibawa oleh individu ialah :

a) Pakaian seperti baju, seluar tuala dan kelengkapan diri yang mencukupi.
b) Peralatan mandi
c) Kompas
d) Wisel
e) Lampu suluh
f) Mancis dan pisau
g) Pinggan dan mangkuk
h) Pen dan buku catatan
i) Lain-lain peralatan

Bagi peralatan kumpulan pula ialah seperti :

a) Khemah
b) Skop dan cangkul
c) Parang
d) Tali
e) Kotak pertolongan cemas

f) Lampu gaslin
g) Baldi
h) Alatan untuk aktiviti
i) Lain-lain peralatan



IMG_0001








Gambarajah peralatan individu












IMG_0002


Gambarajah peralatan berkumpulan

IMG_0004









Gambarajah peralatan memasak


Peralatan untuk memasak juga sangat penting untuk perkhemahan. Pemilihan peralatan yang mustahak dan serbaguna perlu diteliti. Bekas makanan yang paling sesuai untuk dibawa semasa perkhemahan ialah yang diperbuat daripada aluminium. Ini kerana ia sangat ringan dan memudahkan seseorang untuk membawanya. Di antara peralatan memasak serbaguna yang boleh digunakan ialah seperti mess tin, periuk, kuali dan bekas air.

Pack yang juga dikenali sebagai beg galas merupakan sejenis alat khusus yang digunakan bagi membungkus dan membawa pakaian, makanan dan peralatan semasa berkhemah dan mengembara. Pack diperbuat daripada kain tebal atau nilon. Ia mempunyai banyak jenis, model dan saiz. Pack sangat diperlukan untuk membawa bebanan yang banyak dan merupakan cara yang paling selamat untuk bahu.
IMG_0003


















Gambarajah pack















KHEMAH & MENDIRIKAN KHEMAH4.0










4.1 APA ITU KHEMAH?

Melalui kamus Dewan definisi sebenar khemah adalah tempat berteduh yang biasanya dibuat daripada kanvas yang disokong oleh tiang dan tali yang diikatkan pada pancang.
Khemah : pengertian amnya adalah-tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu. Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan. Biasanya khemah dibuat daripada kain tebal, kain layar, campuran plastik (nilon) dan sebagainya. Sekarang khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia ringan dan senang dibawa ke tempat perkhemahan.
Maksud tempat perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari kanvas, nilon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang. Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, dan kesejukan.







Rajah 4.01 khemah A



Rajah 4.02 khemah Dome
4.2 JENIS- JENIS KHEMAH

Ada terdapat pelbagai jenis khemah dalam aktiviti rekreasi misalnya seperti khemah A, khemah Iglu, khemah Ridge, dan khemah Satu Tiang. Terdapat juga berbagai- bagai bentuk dan saiz khemah dipasaran, sehinggakan sukar untuk memilih model yang hendak dibeli. Tanyalah diri sendiri untuk apa khemah itu, dan sebanyak mana anda sanggup membayarnya. Ada juga khemah yang dipanggil khemah Bivouac yang bermaksud tempat berteduh ‘makeshift’ yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang ada dalam persekitaran kita.


Di bawah adalah penerangan mengenai beberapa jenis khemah yang ada dan biasa digunakan oleh peminat- peminat rekreasi.
Khemah ini mendapat namanya dari dua tiang aluminiumnya yang berbentuk ‘A’ bila dipasang. Khemah ini juga dikenali sebagai poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.
Cara memasangnya ialah dengan mengantung seluruh khemah kepada bucu (apit) A. Pepenjuru khemah itu diregang dengan tali teraju. Flap (jurai depan) terdiri dari tiga unit ala ‘foc’. Keseluruhannya ringkas dan berdinding tinggi yang menjadi ruang kepada lega dan selesa. Popular di kalangan pengakap-pengakap.

















Khemah ini adalah khemah yang paling popular digunakan oleh peserta yang menyertai aktiviti perkhemahan. Saiznya memuatkan tiga orang peserta. Khemah ini mengandungi dua layar yang biasanya disekalikan dengan alas tanah poncho, 9 bilah pancang (peg) keluli untuk tali teraju. Dua pasang tiangnya dari aluminium berslot (pasang tanggal). Biasanya dua layar khemahnya disambungkan dengan butang tap. Khemah ini disediakan dalam dua bungkusan untuk dibawa di dalam rucsac. Sesuai didirikan di bawah pohon yang rimbun. Khemah tersebut sangat mudah dipasang dan dirombak. Masa pemasangannya lebih kurang hanya lima minit sahaja. Khemah ini diperbuat daripada sumber fabrik poplin yang kalis air. Bila diregangkan flapnya menjadi dinding setinggi 23 cm dan dipasang dengan kecerunan 45º. Khemah ini juga boleh dikatakan khemah “instant”























Rajah 4.05 Khemah condong




Di bahagian depan khemah ini terbuka. Khemah ini amat disukai oleh pekhemah- pekhemah backwoods yang tidak menghiraukan sangat terhadap binatang liar dan kerenah cuaca. Khemah Condong Whelen dan Khemah Ahli Perhutanan tidak berlantai dan mudah dipasang. Khemah condong ini adalah seperti ketuhar pantulan, memantulkan haba dari unggun api daripada layar (dinding) belakangnya dengan itu memanaskan penghuninya (penghuni tidak memerlukan selimut). Khemah ini sesuai dengan persekitaran hutan tebal di mana tidak terdapat tiupan angin yang kencang dan jarang sekali digunakan pada musim banyak serangga. Dengan membelakangi arah angin pekhemah dilindungi dari hujan. Khemah yang tidak berlantai ini hanya sesuai untuk penginapan beberapa malam sahaja walaupun bagi pekhemah yang lasak. Pekhemah yang ‘baru mencuba’ tidak digalakkan mengguna khemah ini.



















Rajah 4.06 Khemah Patrol berabung (Patrol Ridge Tent)



Inilah di antara khemah yang paling sempurna dan ‘sophisticated’. Gambarajah boleh menghuraikan lebih baik daripada perkataan. Biasanya khemah ini dipasang di perhimpunan pengakap seperti Jambori dan Korobori dan dijadikan markas (substation) bgai pegawai-pegawai perkhemahan. Bentuknya hebat dan gagah serta kukuh. Ada 23 unit atau perkara yang perlu diketahui untuk memahami struktur atau kelengkapan khemah ini. Padanlah dengan saiznya juga strukturnya maka keselesaannya juga adalah maksima. Namun b egitu, strukturnya mudah sekali iaitu berasaskan 2 batang tiang seri (o) dan rabung (d). Ketegangan dan keregangannya bergantung kepada empat utas Teraju Besar, Penahan Ribut (h) dan Teraju Pelari (v).



















Rajah 4.07 Khemah Atas (Upstairs)



Khemah di atas adalah khemah yang agak ‘advanced’. Khemah ini mempunyai empat batang tiang yang berasuk dan begelegar. Di atas gelegar dibuat lantai tidur. Tiang yang cakah ke atas member ruang yang cukup untuk dipasang pelantaian yang digunakan sebagai ‘meja makan’ dan tempat duduk yang tergantung serta satu tangga yang tergantung untuk naik ke atas. Layar khemahnya diregang oleh dua pasang teraju di depan dan di belakang dan sepasang tiang aluminium yang dimasukkan ke dalam mata khemah yang terdapat di penjuru hujung.
[Khemah ini tidak dicadangkan kepada pekhemah-pekhemah novis, kerana ia memerlukan latihan dan kemahiran ikatan dan simpulan.]

















Rajah 4.08 Khemah Pathfinder


Khemah ini adalah ‘relik’ peneroka-peneroka sempadan, pengembara-pengembara ‘Wild West’ di zaman Davy Crocket dan Daniel Boone. Bentuknya amat ringkas menggunakan anak kayu yang dirincih dan dipaut untuk menggantung khemah pada kedua hujungnya. Khemah ini menggunakan sepuluh pancang dari cabang ranting. Biasanya digunakan untuk tempat berteduh bagi pemburu, pemancing dan pengembara di hutan termasuklah ahli kaji ukur yang tinggal sehari dua di dalamnya. Bahan fabriknya ialah nilon dan poplin kalis air. Tidak terdapat alas bumi (groundsheet) atau jejaring serangga. Memandangkan cara memasangnya begitu ringkas, ia boleh dianggap khemah bivouac yang agak selesa dan baik.













Rajah 4.09 Khemah ahli perhutanan


Khemah ini ada dua variasi:
A. Dua batang tiang dikangkangkan berbentuk A dibahagian depan dan diregang ke arah pancang. Oleh kerana, strukturnya seperti segi tiga, hanya satu lembar tali rabung diperlukan untuk meregangnya ke bahagian belakang. Kedua-dua layarnya diregang kepada pancang. Khemah ini biasanya disekalikan dengan jejaring serangga dan pintunya boleh digulung atau dilabuhkan bila perlu. Flapnya menjadi dinding secara automatis.
B. Variasi ini boleh didapati dalam dua struktur:
1) Berbentuk tiga segi seperti variasi A.
2) Berbentuk empat persegi bujur.
Khemah ini lebih kepada khemah bivouac kerana satu penjuru digantung kepada pokok dan teraju rabungnya diikat pada satu tiang yang dipacak (anak kayu) dan hujungnya yang satu lagi direntangkan kepada pancang tinggi. Flap depannya tidak dilabuhkan malah terus diregang bersama tali teraju rabung. Struktur khemah Ahli Perhutanan A samalah dengan khemah berdinding yang berstruktur tiga segi.
Rajah 4.10 Khemah Galang Galah
















Khemah jenis ini amat popular di Amerika Syarikat khasnya dalam musim panas. Bentuknya Nampak mudah dan ringkas, malahan cara mendirikannya juga mudah. Dua batang tiang utama bercagak sepanjang 2.45 meter (0.3 meter ditanam), dua batang tiang untuk sepanjang 2.15 meter (0.3 ditanam) dan satu palang rabung yang berpadanan dengan lebar layar khemah dan ditambah sedikit (satu kaki sebelah menyebelah). Apabila dipasang, khemah ini mempunyai anjung untuk berehat-rehat dan dinding luar bahagian depan dibuat daripada jejaring serangga. Pada waktu malam, ia berfungsi seakan-akan ketuhar pantulan yang menerima pantulan haba dari unggun pemantul di depan khemah. Disisinya ada ‘appendage’ untuk menyimpan bahan bakar yang kalis air.



















Rajah 4.11 Khemah Tepee



Sejak beribu-ribu tahun akhirnya orang Dayak Merah Amerika telah menyempurnakan bentuk khemah yang dipanggil tepee. Kadang-kadang dipanggil ‘wigwam’. Bagi golongan nomadis yang hidup kekal di bawah khemah di alam yang luas ini, inilah bentuk atau struktur khemah yang dikatakan unggul. Unggun kecil boleh dipasang terus dalam khemah. Khemah ini kukuh dan tahan tiupan angin Cuma terdapat sedikit kelecehan iaitu sewaktu memasang khemah ini. Khemah tepee terpaksa dipasang di atas satu struktur tiga segi dari tiga tiang panjang. Setelah khemah dipasang lebih banyak tiang dipasang untuk mengembangkan fabrik khemah, dan dua tiang lagi untuk mengawal satu corong asap pada puncaknya. Saiznya adalah 3.67m × 3.35m hingga 6.09m× 5.51m.

















Rajah 4.12 Khemah Cottage
Khemah ini adalah satu variasi khemah dinding untuk satu keluarga bersaiz 3.05m × 5.51m. Khemah ini kelihatan seperti pondok kanvas. Ruang dalamnya luas. Oleh kerana saiz khemah ini besar maka, khemah ini tidak berapa stabil dalam keadaan cuaca berangin. Khemah ini juga memerlukan beberapa tali teraju bila memasangnya. Bagi Negara panas kadang-kadang khemah ini diberi dua lapis dinding iaitu bahagian luarnya fabrik khemah biasa dan lapis keduanya dari jaringan serangga. Bila cuaca bertambah panas, dinding luarnya disingkap dan lapisan dalamnya dilindungi oleh juntaian lebar yang melindungi daripada cahaya matahari.









Rajah 4.13 Khemah Berangka Eropah
Khemah ini adalah untuk keluarga atau satu patrol pengakap. Ada bermacam saiz . Berdinding tinggi (2.13m× 3.05m) dipasang di atas rangka bumbung (berabung) dan tiang sokong seperti Khemah Cottage. Beza khemah ini dengan Khemah Cottage ialah bumbungnya rata dan dipasangkan satu lapisan atap berasingan, iaitu terdapat ruang udara antara atap khemah dengan pepayung (canopy) berasingan di atsnya itu. Khemah ini amat sesuai digunakan ketika perkhemahan secara kumpulan.









Rajah 4.14 Khemah PUP


Khemah ini adalah khemah ringkas yang rendah untuk bermalam satu malam atau dua malam semasa berdayung. Ukurannya kecil sahaja contoh: 1.52m× 2.13m. Lantainya terjahit sekali dengan khemah dan lazimnya disertakan dengan sepasang tiang aluminium. Harganya tidaklah terlalu mahal.









Rajah 4.15 Khemah Penjelajah (Explorer’s Tent)

Khemah ini diperbuat daripada fabrik poplin dengan jaringan serangga, serta lantai yang sedia dijahit. Saiznya 2.13m ×2.43m dengan berat 5.45kg, untuk memuatkan tiga orang. Model yang lebih kecil dipanggil khemah ‘canoe’ (Trap tent) untuk pendayung berehat bersama canoenya. Khemah penjelajah disekalikan dengan tiang-tiang aluminium bersama palang T bila memasangnya. Layar khemah digunakan sebagai penutup muatan canoe. Khemah penjelajah ‘tropikal’ tanpa lantai, jejaring serangga, dan padat.


Rajah 4.16 Khemah Tarp










Khemah Tarp adalah khusus untuk pekhemah berperahu. Perahu, canoe, atau kayak disendengkan. Kemudian satu layar khemah akan direntangkan di atasnya dengan memancang satu bahagian hujungnya sementara satu hujung lagi berada di belakang canoedan ditindih dengan tongkol-tongkol batu atau sebaik- baiknya dipancang juga.









Rajah 4.17 Khemah Pendaki (Mountain Tent)


Rajah 4.17 Khemah Pendaki (Mountain Tent)














Sesiapa yang berhasrat untuk berkhemah di tanah tinggi yang gondol iaitu terdedah kepada angin kencang, terpaksalah menanggung suasana yang tidak selesa. Maka dengan itu, khemah pendaki tidak begitu selesa. Mungkin juga perkara mustahil membawa keselesaan ke tempat begini. Khemah pendaki mestilah kecil, ringan dan tahan lasak kencang. Sebuah khemah yang muat seramai dua orang berukuran 1.52m × 2.13m dan untuk muat lapan orang berukuran 2.43m × 2.74m. Khemah ini diperbuat daripada nilon yang paling ringan, dengan dua lapisan penutup nilon di bumbungnya untuk jalan keluar kerpasan dari dalam. Khemah jenis ini mudah dipasang dan dirombak, ringan untuk dibawa dan tahan lasak terhadap cuaca yang melampau. Kerana strukturnya yang kukuh jadi harganya agak mahal sedikit.























Rajah 4.18 Khemah Dome


Khemah nilon berbentuk ‘Dome’ adalah sesuai digunakan di pergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.
4.3 PEMILIHAN TEMPAT KHEMAH
Sebelum mendirikan sesuatu khemah, anda seharusnya mengetahui beberapa perkara bagi menjamin keselamatan diri dan keselesaan anda. Di antara perkara yang seharusnya diteliti dan difikirkan semasa mendirikan khemah adalah seperti berikut:
1. Khemah anda tidak didirikan di bawah pokok yang tua dan mudah sekah. Besar kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah anda.
2. Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau agak rata terutama apabila berkhemah di kawasan pergunungan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kestabilan edaran darah keseluruh tubuh badan anda. Jangan tidur kaki lebih tinggi daripada aras kepala kerana peredaran darah akan menjadi kurang stabil. Kawasan yang didirikan khemah seharusnya lebih tinggi sedikit dan bersih daripada batu, lubang, tunggul kayu, sarang semut dan sebagainya.
3. Jangan dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan rumput dan lalang yang panjang serta pokok renek. Tempat ini berkemungkinan terdapat binatang berbisa seperti kala jengking, ular, semut dan sebagainya.
4. Anda seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan angin. Apabila mendirikan khemah tiada berpintu, anda seharusnya mengelakkan cahaya matahari terus memancar ke dalam khemah. Apabila berkhemah pada musim hujan, anda perlu mendirikan khemah berlawanan dengan arah tiupan angin. Ini bertujuan mengelakkan angin yang bertiup membawa membawa air hujan ke dalam khemah. Sebaliknya apabila berkhemah pada musim kemarau, khemah seharusnya didirikan menghadap tiupan angin. Keadaan ini bertujuan agar udara yang nyaman akan bertiup ke dalam khemah.
5. Anda seharusnya memilih tempat yang selesa dan teduh terutama apabila waktu tengah hari. Tujuan khemah didirikan adalah untuk keselesaan dan kerehatan sepanjang masa.




Secara ringkasnya, memilih dan memasang letak khemah bolehlah berpandu kepada 4A. (Air, Api, Asas, Angin).
Sumber air adalah yang paling penting sekali, di antara sumber-sumbernya ialah sungai, anak sungai, matair, tasik, perigi dan sebagainya. Pendek kata, elakkan sama sekali tempat- tempat yang tiada sumber air semula jadi. Lainlah halnya kalau anda hendak berkhemah di kawasan perkhemahan tradisional yang disediakan dengan bekalan air pili atau pancuran. Walau apapun punca air yang anda temui, tidak ada jaminan yang air itu 100% suci dan bersih. Dari itu, semua air yang hendak diminum mestilah direbus dahulu sebelum mendidih. Air yang bersih tidak bewarna dan berbau. Adalah penting anda membawa ubat pemati kuman seperti iodin. Air boleh dimati kumankan dengan kadar tiga titik iodine bagi setiap liter air.
Seterusnya adalah api. Dengan api dimaksudkan kemudahan kayu api yang banyak dan kayu jenis yang baik untuk membuat umpan api, penyala, dan pembakar untuk dapur dan unggun.
Perkara yang ketiga ialah ASAS. Asas dimaksudkan tempat letak khemah itu. Ada beberapa cirri tempat letak khemah yang dicadangkan. Elakkan tempat yang berhampiran dengan kaki bukit atau tubiran bukit (cliff), kerana malang tidak berbau, dengan perubahan suhu batu-batan yang longgar mungkin bergolek turun atau dengan sedikit hujan, tanah tubir akan runtuh atau menggelunsur turun sebagai ‘landslide’ atau ‘mudslide’. Selain dari itu, perhatikan bahawa khemah anda tidak dipasang terlalu hampir dengan punggur (batang pokok mati atau pokok tua yang terlalu rendang) bimbang dahan-dahan yang besar dan berdaun lebat akan terbungkis akarnya atau dedahannya akan sekah dan menimpa khemah anda. Asas tapak juga hendaklah di luar kawasan lembangan atau lekuk kerana tempat seperti itu bila- bila masa menjadi takungan air atau tasik yang boleh menenggelami anda dan membawa anda ke kuala. Dan biasanya tempat lembah seperti itu menjadi lembap atau berlopak dari dihuni oleh serangga seperti nyamuk atau tikus dan lain-lain yang menjemput benda-benda merayap seperti ular, lipan, kala jengking, pacat, lintah dan sebagainya.
Elakkan juga berkhemah di kawasan pasir yang luas, kalau tidak mahu dipenuhi pasir dan debu. Cubalah menghalakan pintu khemah anda membelakangi angin dan ke arah matahari terbit, kerana khemah akan dijemurkan pada matahari pagi dan bahang matahari boleh membangunkan anda yang jarang-jarang solat subuh.
Akhir sekali, laluan udara yang dimaksudkan ialah bayu yang memuput nyaman dan bukanlah angin yang kuat yang mendatangkan kesukaran menungku atau memasang api.


4.4 CARA MENDIRIKAN KHEMAH
Setelah menetapkan kawasan untuk mendirikan khemah, anda hendaklah mengetahui cara mendirikan khemah. Kaedah memasang khemah adalah berlainan mengikut jenis khemah tetapi idea asasnya serupa sahaja. Di bawah adalah contoh mendirikan khemah ringan dengan alas tanahnya dijahit sekali dengan badan khemah.

1. Zipkan pintu khemah. Bentangkan khemah dengan tiang-tiang di bahagian hadapan khemah. Pancangkan tali teraju.















2. kat tiang-tiang dari luar dan letakkan cangkup-cangkup di hujung tiap-tiap
tiang melalui mata khemah. Tegangkan keempat-empat tali teraju di depan dan di belakang sehingga tiang-tiang itu tegak dan rabung khemah lurus.










3. Pancangkan teraju samping: Barisan pancang hendaklah selari dengan rabung. Teraju-teraju mestilah mengikut bucu atau jahitannya. Betul suaikan teraju-teraju agar kanvas diregangkan (jangan terlalu tegang)













4. Letakkan pancang juntai khemah di kaki dinding khemah.











5. Pantakkan pancang khemah ke tanah bersudut 45º. Betul suaikan peregang supaya tali teraju dapat dibahagi dua.

4.5 CIRI KHEMAH UNGGUL
Pada zaman dahulu tidak banyak pilihan selain dari khemah kanvas besar bewarna kipar yang telah banyak meninggalkan kenangan kepada pekhemah-pekhemah veteran. Khemah-khemah besar dan berat seperti itu memang sukar dipasang dan sukar pula dirombak, lagipun khemah- khemah tersebut baik dan berkesan pada hari yang sempurna cuacanya.Khemah ini mempunyai satu macam bau, kadang-kadang bau ‘getah beku’. Sudahlah begitu duduk di bawahnya seakan-akan berhampiran bara api, pada waktu panas terik. Pada masa itu berkhemah hanyalah menjadi hobi bagi orang yang fanatik kepada hobinya itu dan pengakap sahaja.
Khemah zaman moden ini ringan, bermacam warna, mudah di bawa, mudah untuk dipasang dan mudah dirombak. Walaupun ada bermacam- macam model, tiap-tiap satu mempunyai mutu yang khusus dan tersendiri.
Pada zaman ini jarang sekali untuk mendapatkan khemah kanvas. Kalau adapun kanvasnya digunakan untuk pelapik bumi sahaja. Kebanyakkan khemah diperbuat daripada bahan-bahan ringan sahajadan kalis air seperti nilon, benang kapas, ‘duck’ dan ‘poplin’.
Pastikan khemah anda lega untuk bilangan penghuninya. Gunakan yang lebih besar (biarlah terbesar daripada terkecil) kerana selain daripada penghuni, anda juga hendak menggunakan ruang untuk bagasi, dapur (memasak), dan lain-lain alat yang tidak boleh didedahkan.
Sesetengah orang salah fikir bahawa khemah yang tebal dan berat adalah lebih selamat dari khemah yang nipis dan ringan. Cara memasang dan bukan berat khemah yang menentukan kestabilannya. Carilah khemah yang paling ringan tetapi kuat. Biasanya khemah yang berukuran 2.45m× 2.45m beratnya kurang dari 22.7kg termasuklah pancang dan tiangnya.
Pilihlah warna khemah anda seperti mana anda memilih permaidani untuk ruang tamu rumah anda. Warna yang cerah mempunyai fungsi yang sebenar dan estatika. Warna yang cerah membawa lebih banyak cahaya matahari dan memantulkan cahaya lampu dan membiaskan haba matahari. Di bawah adalah spesifikasi ciri- ciri khemah yang unggul:
Kalis air
Ini amat penting. Memanglah logik untuk mengkalis airkan khemah untuk mengelakkan kerpasan (moisture) dari menyelinap masuk tetapi ada orang tidak menyedari bahawa kekalisan air menghalang kerpasan yang terjadi di dalam khemah untuk keluar. Kerpasan wap air ini terjadi dari pernafasan atau api lilin. Tidak lama kemudian kabus kecil akan memenuhi ruang dalam khemah, dan genangan air terjadi di mana- mana seperti embun. Ini terjadi kerana anda hanya dikalisairkan dari dalam. Untuk meminimakan kerpasan dalam khemah, wap air hendaklah boleh meresap keluar melalui liang-liang fabrik (bebenang kain). Dalam kata lain, liang-liang fabrik hendaklah boleh bernafas. Kebanyakan fabrik khemah disediakan dengan pengalis air, yang mengizinkan ruang nafas dan melindungi bahagian dalam daripada hujan dan embun. Terdapat dua jenis penjagaan khemah iaitu basah atau kering. Yang kering tidak berbau dan tahan lebih lama. Jadi sewaktu mahu memilih khemah, tanyalah penjual khemah tersebut samada khemah tersebut jenis yang kering atau basah.

Kalis api
Khemah anda mestilah kalis api yakni semua unsur dalam modulnya bukan sahaja fabriknya. Kalau tidak anda akan bernaung di bawah perangkap api, kerana percikan api dari bara, penggores api, rokok dan lingkaran ubat nyamuk bukan sahaja mencari nahas malahan menempahbala yang besar.

Ventilasi
Khemah anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua jendela yang bertentangan. Jaringan serangga hendaklah menutup jendela-jendela kecil itu atau di pintu khemah dan kalau boleh khemah itu hendaklah dilengkapkan dengan juntaian (flap) untuk menyangga sinaran matahari atau memendam haba. Jika tidak anda harus menggunakan ubat nyamuk, kelambu kiranya pintu khemah itu dibiarkan terbuka pada waktu malam untuk ventilasi. Tanpa apa-apa lankah ventilasi, anda mungkin berada dalam keadaan yang bahaya.



Jahitan Kukuh
Memanglah tidak dapat dielakkan ‘regangan’ terhadap khemah, kerana ia adalah wajib dan prinsip pemasangan khemah yang baik. Dari itu khemah mestilah dijahit dengan kuat disemua bahagian regangan sepanjang bumbung, layar, dinding dan sudut. Lantai hendaklah dijahit atau pasang terus kepada khemah sebagai perlindungan tambahan terhadap kerpasan atau tiris, serangga, benda-benda merayap atau menjalar di bumi. Sebagai pekhemah ‘backwoods’ seseorang lebih gemar mencari tiang khemah di kawasanitu sendiri. Tetapi bagi pekhemah biasa usahlah bimbang kerana kebanyakan model khemah sekarang datang bersama rangka-rangka pasang siap.

Berzip
Pintu khemah patutlah memakai zip pencantum. Zaman khemah memakai pencantum tali barut sudah berakhir. Zip yang kukuh seperti yang dibuat menggunakan nilon dapat mencantumkan bukan sahaja dua layang pintu bahkan satu khemah dengan satu khemah yang lain (attachable Tents) membuka dan menutup zip lebih mudah berbanding mengurai tali barut khemah.



PERATURAN PERKHEMAHAN5.0

5.1 PERATURAN PERKHEMAHAN

1) Kawasan perkhemahan hendaklah sentiasa bersih.
2) Jaga keadaan alam sekeliling dan jimatkan air. Tumbuh-tumbuhan mestilah dipelihara dan elakkan daripada menebang pokok yang berhampiran.
3) Semua peralatan perkhemahan seharusnya dijaga dengan rapi, diletakkan di tempat khusus dan dilaporkan kepada pemimpin bertugas sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan.
4) Semua barang beharga mesti disimpan di tempat yang selamat.
5) Semasa istiadat rasmi seperti pemeriksaan pagi dan upacara menaikkan bendera, semua peserta seharusnya memakai pakaian seragam yang lengkap.
6) Semua peserta mesti mengikut setiap aktiviti yang telah ditetapkan.
7) Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan tanpa kebenaran daripada pemimpin bertugas. Jika seseorang peserta harus keluar dari kawasan perkhemahan, catatan seharusnya dibuat. Contohnya nama peserta, masa keluar, dijangka tiba, tempat dituju dan tujuannya.
8) Semua peserta tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan yang tertentu, seperti kawasan perkhemahan perempuan dan kawasan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola.
9) Jika terdapat peserta yang sakit atau tercedera, pemimpin bertugas atau pegawai pertolongan cemas seharusnya diberitahu.
10) Peserta mesti mengikuti arahan dan perintah yang diberikan oleh pemimpin dan ketua kumpulan.
11) Semua aktiviti seharusnya dilakukan mengikut sistem yang telah ditetapkan.
12) Senyap selepas lampu dipadamkan.
13) Undang-undang pengakap dan undang-undang pandu puteri adalah undang-undang perkhemahan.




5.2 ADAB ATAU PERATURAN SEBELUM PERKHEMAHAN

1) Mendapatkan surat kebenaran daripada tuan tanah atau kem warden secara bertulis.
2) Mendapatkan surat kebenaran daripada ibubapa , penjaga sekurang-kurangnya seminggu sebelum bertolak.
3) Memaklumkan kepada pemimpin kumpulan berkenaan tarikh, tempat, bilangan ahli.
4) Memastikan terdapat sekurang-kurangnya seorang pemimpin turut serta dalam perkhemahan.
5) Tinjauan awal pemimpin bagi memastikan keselamatan tapak perkhemahan adalah mustahak (bukit, curam, binatang buas, jenayah dan lain-lain lagi). Tapak perkhemahan mestilah bersih dan jauh daripada bahaya. Jika perlu beritahu pihak polis berkaitan perkhemahan itu untuk langkah berjaga-jaga.
6) Memastikan terdapat sumber air yang bersih (air paip atau perigi) dan kemudahan-kemudahan lain.
7) Mengadakan satu unit pasukan pertolongan cemas dengan kelengkapannya untuk bertanggungjawab atas sebarang kecederaan kecil.
8) Memastikan segala alatan seperti pisau, parang, kapak dan lain-lain tersimpan dengan baik dan selamat.
9) Sepanjang perkhemahan, seorang pemimpin dimestikan bertugas di pusat untuk menguruskan ahli yang bertugas harian. Ia juga akan menjadi penasihat kepada semua peserta perkhemahan.
10) Semua ahli perkhemahan hendaklah mengikut dan mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan.
11) Menghadiri taklimat perkhemahan.
12) Menyediakan peralatan perkhemahan selengkapnya.





5.3 ADAB ATAU PERATURAN SEMASA PERKHEMAHAN


1) Berhati-hati dan jangan bermain atau bergurau dengan menggunakan pisau dan kapak.
2) Apabila keluar dari khemah, mestilah memakai kasut yang sesuai supaya kaki tidak tercedera terkena benda-benda tajam yang terdapat di atas tanah.
3) Jangan bermain api di merata-rata tempat sesuka hati anda kerana hal ini mungkin akan mengakibatkan kebakaran.
4) Semasa mencari kayu hendaklah sentiasa mengikut langkah-langkah keselamatan yang telah diterangkan dalam taklimat sebelum menghadiri perkhemahan ini.
5) Khemah tidak seharusnya didirikan di bawah atau berdekatan dengan pokok.
6) Belerang mestilah ditabur di sekeliling khemah untuk mengelakkan ular dan haiwan berbisa yang lain. Hal ini biasanya dilakukan pada waktu malam, dan mestilah ditabur pada setiap malam perkhemahan.
7) Tin-tin makanan hendaklah dileperkan sebelum ditanam. Sampah sarap dibakar pada setiap petang untuk mengelakkan kehadiran haiwan yang tidak diingini menghidu bau sisa-sisa makanan.
8) Semasa berjalan berhampiran khemah pada waktu malam, gunakan lampu suluh yang terang, iaitu yang kuat kuasanya dan berhati-hatilah supaya anda tidak tersepak kayu penyacak dan tali pengikat khemah semasa berjalan.
9) Sebelum melakukan penerokaan tentukan bahawa hujung tali dan bahagian-bahagian yang berjerumbai atau yang hampir putus dibaiki.Ini bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
10) Sentiasa gunakan budi bicara dan berfikiran secara waras atas segala perbuatan yang hendak dilakukan itu.
11) Menggunakan kod rahsia sewaktu berjaga pada waktu malam.




5.4 ADAB ATAU PERATURAN SELEPAS PERKHEMAHAN

1) Jelaskan semua bayaran bil dan bayaran tertentu
2) Runtuhkan semua gejek dan pagar.
3) Kemaskan peralatan individu dan masukkan ke dalam pack.
4) Turunkan semua khemah dan kemaskan.
5) Susun semua peralatan kumpulan di suatu tempat.
6) Semak semula kawasan aktiviti untuk pastikan tiada barang yang tertinggal.
7) Mengutip semua sampah sarap yang tertinggal semasa aktiviti.
8) Pakai pakaian seragam untuk istiadat penutupan atau balik ke rumah masing- masing.
9) Kawasan perkhemahan harus dibersihkan sehingga lebih bersih daripada sebelum digunakan.
10) Ucapkan terima kasih kepada tuan punya tanah, jika kawasan perkhemahan itu ada penjaganya.







































6.0PENUTUP













Sebagai kesimpulannya aktiviti perkhemahan dapat memberikan kita banyak faedah seperti meluaskan pengetahuan tentang alam semula jadi disekeliling kita, mendekatkan diri dengan pencipta alam ini, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam semula jadi serta merapatkan dan membaiki hubungan sosial diantara rakan sekerja, keluarga dan masyarakat.

Tidak dapat dinafikan lagi, melalui aktiviti perkhemahan ini kita bukan sahaja dapat membentuk jati diri kita kearah yang lebih baik malah kita juga berpeluang untuk melakukan kebaikan dimana melalui aktiviti ini kita didedahkan dengan pelbagai kerja–kerja kebajikan seperti melawat perkampungan orang asli dimana di sana kita berpeluang untuk memberikan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan bebanan mereka yang hidup hanya bergantung kepada pendapatan menjual hasil-hasil hutan dan kraftangan. Selain itu kita juga boleh memberi sumbangan tenaga kepada mereka dengan cara membersihkan halaman rumah mereka, mengajar mereka membaca, serta memberitahu mereka serba sedikit tentang kebersihan diri yang asas yang perlu dijaga dengan teliti agar terhindar daripada penyakit-penyakit seperti kerosakkan gigi, kutu kepala serta bermacam-macam lagi.

Disamping itu, kesan daripada aktiviti perkhemahan ini selepas seseorang belia atau remaja pulang daripada akiviti berkhemah, kita mengharapkan dia akan dapat menarik lebih ramai anak-anak muda untuk menyertai aktiviti-aktiviti seumpama ini. Ini lebih baik daripada mereka melepak tidak tentu hala tanpa arah tujuan dan terjebak didalam kancah sosial yang tidak bermoral seperti gejala Mat Rempit, menghisap dadah dan mengambil pil khayal serta melakukan gejala-gejala vandalisme yang melampau dan eksterim.




Tambahan lagi kami berharap agar aktiviti perkhemahan ini dijadikan sebagai salah satu matapelajaran penting dan wajib diambil oleh semua pelajar didalam kokurikilum sekolah. Ini penting bagi menentukan dan mencari serta melatih seorang pelajar yang benar-benar mampu menjadi menjadi seorang yang berdisiplin, berjiwa berani, matang dalam membuat keputusan dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Ini semua tidak akan dapat dinilai melalui peperiksaan atau ujian bertulis sahaja, melainkan kita mendedahkan mereka kepada alam sebenar dan melatih mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar berwibawa yang mana merekalah yang akan memacu Negara kita kelak kearah yang lebih baik.

Sebagai contoh di Amerika Syarikat jika seseorang ingin mencari pekerjaan, kriteria yang menjadi keutamaan bukanlah mendapat kelulusan Ijazah Pertama tetapi apa yang diutamakan ialah seseoarang itu mestileh memp[unyai pengalaman dalam aktiviti-aktiviti yang mementingkan nilai-nilai kepimpinan seperti kesabaran, kecekalan, ketawakalandan juga keberanian sebagaimana klasifikasi yang diperlukan untuk menjadi seorang pathfinder. Amerika memerlukan kepimpinan dan keperibadian yang intergrated bukannya College Bookworm. Walaupun seseorang itu buruh kasar tetapi kepimpinan adalah kriteria utama yang diatasnya Negara agung itu dibina. Bukan diatas mortar board seorang siswazah yang kaku.



























7.0







SOALAN INTERAKTIF


























Soalan Objektif

Sila jawab soalan di bawah dengan teliti.

1. Apakah aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan semasa perkhemahan?.
I. Malam kebudayaan
II. Permainan kim
III. Aktiviti Berhalangan
IV. Mengesan dan menjejak




A) I, II.& III
B) I. III & IV
C) II, III, & IV
D) Semua diatas.

2. Perkhemahan dapat dikelaskan kepada 3 kategori. Apakah ketiga-tiga kategori tersebut?.





A) I, II.& III
B) I. III & IV
C) II, III, & IV
D) Semua diatas.




3. Beikut adalah 3 tujuan atau kepentingan aktiviti perkhemahan kecuali?.

A) Aktiviti berkhemah adalah sebahagian daripada pendididkan tidak formal yang penting bagi membentuk jati diri seseorang pelajar.
B) Aktiviti ini merupakan satu platform kearah membentuk belia yang cintakan alam semulajadi.
C) Sebagai salah satu cara ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
D) Untuk menambah berat badan.


4. Berikut merupakan kriteria-kriteria penting yang perlu ada semasa pemilihan tapak perkhemahan kecuali ?..

A) Keselamatan peserta dan harta benda.
B) Kemudahan-kemudahan asaa
C) Tempat menarik dan selesa
D) Terdapat kesan tapak binatang

5. Berikut adalah spesifikasi ciri- ciri khemah yang unggul kecuali?

A. Warna khemah
B. Ventilasi
C. Jahitan khemah
D. Kalis air


6. Berapakah sudut yang sesuai untuk pancang di pantakkan ke tanah?

A. 25º
B. 35º
C. 45º
D. 55º




7. Secara ringkasnya, khemah didirikan berpandu kepada 4A yang boleh dikategorikan sebagai

A. Asap
B. Angin
C. Asas
D. Air

8. Sewaktu mendirikan khemah beberapa perkara penting harus diperhatikan terlebih dahulu iaitu?

i) Tanah yang rata
ii) Kawasan padang pasir
iii) Di kawasan berumput, lalang dan pokok renek
iv) Kawasan yang teduh sewaktu tengah hari

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. i dan iii
D. i dan iv

9. Antara contoh berikut merupakan alatan yang perlu dibawa semasa berkhemah kecuali

A. Khemah
B. Tali
C. Alat solek
D. Pisau



10. Apakah yang perlu dilakukan sebelum melakukan perkhemahan?

A. Memohon kebenaran pada pihak yang terlibat
B. Mengemaskan tapak khemah
C. Bersuka ria
D. Mendirikan khemah

































STRUKTUR (3 SOALAN)


1) Senaraikan 5 Jenis khemah yang telah diterangkan

i_________________________________________

ii________________________________________

iii________________________________________

iv________________________________________

v________________________________________


2) Berikan contoh aktiviti yang boleh dilakukan semasa berkhemah

i________________________________________

ii_______________________________________

iii_______________________________________


3) Senaraikan kemudahan asas yang perlu ada di kawasan perkhemahan

i________________________________________

ii________________________________________

iii________________________________________



ESEI (3 SOALAN)

1) Huraikan cara pemilihan tapak khemah (10 markah)
SKEMA JAWAPAN.

SOALAN OBJEKTIF
1) D
2) A
3) D
4) B
5) A
6) C
7) A
8) D
9) C
10) A

SOALAN SUBJEKTIF
SOALAN 1
1) KHEMAH DOME
2) KHEMAH HIKE
3) KHEMAH CONDONG
4) KHEMAH TEPEE
5) KHEMAH ATAS
SOALAN 2
1) AKTIVITI BERHALANGAN
2) AKTIVITI KEBUDAYAAN
3) AKTIVITI TERANCANG (FLYING FOX, ABSELING)
SOALAN 3
1) JALAN RAYA
2) SUMBER AIR
3) MAKANAN



8.0BIBLIOGRAFI












































BIBLIOGRAFI


Abdul Alim Abdul Rahim, 1992. “Panduan Perkhemahan, Simpulan Dan Pioneering Untuk Pengakap Dan Pandu Puteri”, Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dato’ Syed Hashim Abdullah,1987. ”Ilmu Pengakap Bagi Budak-budak”, Kuala Lumpur. Edusystem Sdn. Bhd.

Mokhtar bin Idris, 1981. “Berkhemah untuk semua”, Kuala Lumpur. Buku Must Sdn Bhd.

Gordon Koh Hong Kian, 1993. “ Pengakap Muda”. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Ab Alim Ab Rahim, 1990. “ Aktiviti Pengakap Muda Malaysia”. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Terence K. Y. Yun, 1990. “ Keperluan Pengakap”. Kuala Lumpur. Longman













10.0LAMPIRAN











































Saturday, March 15, 2008
Di kala banyak blog orang lain sibuk berbincang memerah idea tentang politik, baiklah saya menyimpang dari laluan mereka. Saya kira perkara yang akan saya kongsi bersama ini pun tidak kurang pentingnya pada anak bangsa Malaysia yang gemarkan kegiatan luar atau rekreasi. Jadi oleh kerana saya lama berkecimpung di dalam lapangan ini, saya fikir adalah baik untuk memberi sedikit tips untuk panduan para penggemar lapangan ini.

Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah perkhemahan. Jadi untuk permulaan saya akan bincang dan kungsi pengalaman yang sedikit dan rasakan amat cetek ini di blog ini.

Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu.

Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza :

1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.

2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat

1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.

2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.

3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.

4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.

5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu.

7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan disambar petir adalah besar.

8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah.

9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah.

10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.

11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan khemah.

12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula

14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup sesuka hati.

Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul.

Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai atau trek.

Satu pesanan penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik. Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai.

Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
1
APLIKASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN
LUAR UPSI
MD AMIN BIN MD TAFF
Fakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
amin@upsi.edu.my
Program Pendidikan Luar adalah program yang dilaksanakan di alam
semulajadi yang jauh dari arus kemodenan. Program ini memberikan penumpuan
kepada pengajaran dan pembelajaran kemahiran tradisional seperti berkhemah,
mendayung, mendaki, berenang, snorkeling dan menjelajah. Sehingga kini program
ini masih mengamalkan konsep tradisional dan meminimumkan kesan teknologi
dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Situasi ini wujud lantaran tanggapan
bahawa penggunaan teknologi mungkin akan mendatangkan kesan yang agak negatif
kepada pengamal pendidikan luar yang kebanyakannya mencari ketenangan di alam
semulajadi.
Sesetengah penggiat pendidikan luar menolak aplikasi teknologi dalam
program pendidikan luar kerana bertanggapan bahawa teknologi bakal mengundang
kesan negatif dalam program yang dijalankan. Antara alasan yang digunakan untuk
menolak aplikasi teknologi ini ialah:
1. Penggunaan teknologi bertentangan dengan falsafah dan konsep
pendidikan luar.
Pendidikan luar merupakan suatu bidang yang berfokuskan kemahiran
tradisional atau primitif yang melibatkan aktiviti seperti mendaki, menjelajah
dan mendayung yang dijalankan di alam semulajadi. Ia diprogram khusus jauh
dari arus kemodenan agar manusia dapat mengecapi nikmat kebebasan, jauh
dari pencemaran, berdikari dan mendekatkan diri kepada alam sekitar. Aplikasi
teknologi kelak dianggap bakal mengganggu ketulenan pengalaman individu di
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
2
alam semulajadi dan bercanggah dengan falsafah kehidupan primitif
pendidikan luar.
2. Mungkin akan mewujudkan ‘sindrom pergantungan kepada teknologi’
Sesetengah pihak berpendapat bahawa aplikasi teknologi dalam pendidikan
luar mungkin akan mewujudkan suatu sindrom pergantungan kepada teknologi.
Senario ini mungkin akan mengakibatkan individu malas mencari pelbagai
maklmat berguna yang banyak terdapat di alam semulajadi. Sindrom ini kelak
bakal mengganggu kreativiti berfikir dan proses membuat keputusan dalam
situasi kecemasan. Contohnya aplikasi telefon bimbit dalam pendidikan luar
mungkin menyebabkan individu mengambil sambil lewa prosedur keselamatan
yang seharusnya dipatuhi kerana percaya bahawa pasukan penyelamat boleh
dihubungi dengan cepat dan mudah dengan teknologi telefon bimbit.
3. Peningkatan kos dan jangkamasa penyelenggaraan
Pelbagai peralatan teknologi yang digunakan dalam aktiviti pendidikan luar
seharusnya tahan lasak dan sesuai digunakan dalam sebarang keadaan
cuaca. Faktor ini pastinya melibatkan kos pembelian yang tinggi berbanding
peralatan yang digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Selain itu, peralatan ini juga perlu kerap diselenggara dan dibaik
pulih bagi menjamin jangka hayat penggunaannya. Kesemua faktor ini akan
mengakibatkan kos yang tinggi dan jangkamasa penyelenggaraan yang
panjang seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam
perkhemahan pendidikan luar.
4. Keadaan alam semulajadi dan cuaca yang mencabar
Alam semulajadi merupakan halaman utama aktiviti perkhemahan pendidikan
luar. Bentuk muka bumi yang mencabar seperti banjaran gunung dan sungai
yang berarus deras serta keadaan cuaca yang tidak menentu menyukarkan
aplikasi teknologi dalam perkhemahan pendidikan luar. Selain terpaksa
membawa peralatan teknologi tersebut (contohnya telefon satelit dan komputer
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
3
bimbit), penggiat pendidikan luar juga perlu membawa bateri dan alat ganti
tambahan bagi memastikan alatan ini boleh berfungsi dengan baik. Bebanan
tambahan ini pastinya akan meningkatkan lagi perbelanjaan aktiviti serta
melambatkan sesebuah ekspedisi pendidikan luar.
5. Pencemaran alam semulajadi
Ramai penggiat pendidikan luar bertanggapan bahawa aplikasi teknologi dalam
pendidikan luar kerap mengundang pencemaran alam semulajadi. Di Amerika
Syarikat, akibat desakan syarikat insurans dan pihak penyelamat, penggiat
pendidikan luar dimestikan membawa alatan perhubungan. Implikasi peraturan
ini telah menyebabkan antenna pemancar telekomunikasi dibina di puncak
gunung. Proses pembeinaan antenna ini pastinya melibatkan penarahan bukit,
penebangan hutan dan pembersihan kawasan yang mencemarkan alam
semulajadi serta menjelekkan mata pengunjung.
Walaupun aplikasi teknologi dalam program perkhemahan pendidikan luar
mendapat kritikan hebat, terdapat ramai penggiat pendidikan luar yang berpendapat
sebaliknya. Golongan ini berpendapat bahawa aplikasi teknologi boleh
memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam perkhemahan
pendidikan luar. Selain itu, golongan ini berpendapat bahawa pendidikan luar tidak
seharusnya mewujudkan ilusi ‘dualism’ dalam kehidupan manusia. Sekiranya
teknologi merupakan sebahagian dari kehidupan manusia moden, tiada salahnya jika
ia diaplikasikan dalam program pendidikan luar. Penggiat pendidikan luar ini percaya
bahawa aplikasi teknologi dalam perkhemahan dapat memberikan kesan positif
seperti berikut:
1. Merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.
Akibat sistem pendidikan yang semakin berokuskan akademik, aktiviti
pendidikan luar hanya dapat dijalankan dalam jangkamasa yang singkat
(hujung minggu). Akibatnya program pendidikan luar tidak dapat dijalankan
jauh di alam semulajadi atau banyak masa yang terpaksa dihabiskan dalam
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
4
perjalanan. Sehubungan itu, aplikasi teknologi seperti tayangan video dan slaid
dapat membantu pengayaan pengalaman murid serta merangsang proses
pengajaran dan pembelajaran walaupun perkhemahan tersebut dilaksanakan
di perkarangan sekolah.
2. Alatan perhubungan dan kecemasan
Karl (1999) berpendapat bahawa aplikasi teknologi seperti telefon bimbit
merupakan alatan perhubungan kecemasan yang berkesan. Di Amerika
Syarikat, hampir 80% operasi menyelamat di kawasan pergunungan dibantu
oleh panggilan telefon bimbit. Sehubungan itu, ia telah terbukti berkesan
sebagai alatan kecemasan selain ringan dan mudah dibawa. Teknologi telefon
bimbit dalam pendidikan luar juga membolehkan individu mendapatkan
maklumat terkini tentang perkembangan semasa walaupun berada di puncak
gunung. Selain itu, proses menghantar berita juga boleh dilakukan dengan
cepat dan mudah seperti kejayaan Dato’ Azhar Mansur dan Mohd Muqarabbin
mengelilingi dan menakluki puncak dunia.
3. Mengatasi masalah kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang semakin berkurangan di alam semulajadi.
Ford (1986) menegaskan bahawa salah satu konsep pendidikan luar ialah
learning in, about and for the outdoors. Konsep ini menegaskan bahawa alam
semulajadi memiliki pelbagai khazanah ilmu yang boleh dijadikan sumber
pengayaan pengajaran dan pembelajaran pelajar.
9.0PENGURUSANGRAFIK































































SEJARAH PERKHEMAHAN
















OBJEKTIF PERKHEMAHAN
TUJUAN PERKHEMAHAN





FAKTOR PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN


PERINGKAT MERANCANG


KHEMAH DAN MENDIRIKAN KHEMAH










Rounded Rectangle: -TEMPAT BERTEDUH-DARIPADA KANVAS

















ADAB ATAU PERATURAN PERKHEMAHAN






BIL.
PERATURAN PERKHEMAHAN
1
Tapak perkhemahan mesti bersih
2
Menjaga alam sekitar
3
Menjaga peralatan perkhemahan
4
Simpan barang berharga di tempat selamat
5
Pakai pakaian seragam semasa upacara rasmi
6
Semua peserta mesti mengikut aktiviti yang telah ditetapkan
7
Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan tanpa kebenaran




AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA PERKHEMAHAN













AKTIVITI BERHALANGAN














AKTIVITI KEBUDAYAAN


No comments: