| Senarai Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar: 
 
     | Tujuan     penubuhan Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat, Perlis ialah     untuk menjadikan ia projek kedua pemuliharaan burung Kuang selepas Pusat     Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak. Bilangan spesies Kuang yang     terdapat di pusat ini adalah sebanyak lima spesies yang terdiri dari Merak     Pongsu (Polyplectron malacense), Merak Hijau (Pavo muticus),     Merah Mata (Lophura erythropthalma), Kuang raya (Argusianus     argus) dan Pegar (Lophura ignita).  Kesemua     burung-burung Kuang ini ditempatkan di dalam sebuah sangkar besar di mana     terdapat 22 sangkar kecil berasingan mengikut spesies di dalamnya. Setiap     spesies dipelihara secara berpasangan bagi menjayakan program pembiakan.<!-- more --> 
 |  
     | Selain daripada Napuh (Tragulus napu), Pelanduk (Tragulus     javanicus) dan Kijang (Muntiacus muntjac) juga di pelihara di     Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat ini. Semua Pelanduk dan     Napuh dipelihara dan dibiakkan di dalam sangkar pembiakan. Manakala Kijang     pula ditempatkan di dalam sangkar pembiakan yang berasingan. Keluasan     keseluruhan kawasan untuk projek ini adalah 27 hektar tetapi hanya 3 hektar     atau 9 % sahaja dari keseluruhan kawasan dibangunkan untuk program     pembiakan hidupan liar di kawasan tersebut.  Sehingga kini, bilangan hidupan liar yang terdapat di PKHL ini     adalah sebanyak 57 ekor Pelanduk, 34 ekor Napuh dan lima ekor Kijang. |       |  |  
 Selain daripada PKHL Bota Kanan, Perak, sebuah   lagi Pusat Konservasi Hidupan Liar bagi spesies Tuntung terdapat di Bukit   Pinang, Kota Setar, Kedah. Pusat ini ditubuhkan dalam tahun 1981 dan   memelihara dua spesies Tuntung iaitu Tuntung Sungai (Batagur baska)   dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis). Tidak banyak perbezaan yang   terdapat di antara kedua-dua spesies ini kecuali pada cengkerang dan bahagian   kepalanya. Walau bagaimanapun, bilangan Tuntung Sungai adalah lebih banyak   terdapat di dalam peliharaan pusat ini. 
 Sehingga kini, bilangan Tuntung yang terdapat di pusat ini adalah sebanyak   530 ekor. Kejadian banjir yang berlaku pada akhir Disember 2005 telah   menyebabkan 172 ekor Tuntung dalam kolam-kolam pembiakan terlepas keluar ke   sungai yang berhampiran. Kejadian banjir yang berlaku di kawasan pusat ini merupakan   kejadian yang terburuk jika di bandingkan dengan kejadian yang berlaku   sebelum ini.
 | 
No comments:
Post a Comment