PERINGKAT FIZIKAL DALAM PERINGKAT PRENATAL
Trimester | Minggu | Peringkat | Saiz & berat | Peristiwa peringkat perkembangan |
Pertama | 1 – 2 | Zigot | - | - Sel zigot membiak dengan cepat.
- Blastocyst terbentuk, lalu menambatkan badanya pada dinding uterin.
|
3 – 4 | Embrio | Saiz : 6mm | - Otak primitif & tulang belakang mula muncul.
- Jantung, otot, tulang rusuk, saluran pencernaan mula tumbuh.
|
5 – 8 | Saiz : 2.5 cm Berat : 4 g | - Mulut, tangan, kaki & organ dalaman dibentuk.
- Perkembangan sensori sentuh disedari dengan pergerakan embrio.
|
9 – 12 | Fetus | Saiz : 7.6 cm Berat : 28 g | - Saiz mula bertambah dengan cepat.
- Sistem saraf, organ & otot mula dikaitkan untuk bergerak seperti menyepak, membuka mulut, menyentuh.
- Jantina fetus mula dihayati apabila organ genital bertumbuh.
|
Kedua | 13 – 24 | Fetus | Saiz : 30 cm Berat : 820 g | - Fetus terus bertumbuh besar dengan cepat.
- Dalam minggu ke – 18, pergerakannya boleh dirasa oleh ibu.
- Minggu ke – 24, banyak neuron otak ditumbuh.
- Mata mula menjadi sensitif kepada cahaya serta boleh respons kepada bunyi.
|
Ketiga | 25 – 38 | Fetus | Saiz : 50 cm Berat : 3.4 kg | - Saiznya bertambah, peparu menjadi matang.
- Perkembangan otak dengan cepat meningkatkan potensi sensori & pergerakan fizikal.
- Dalam minggu ke – 32, lapisan lemak ditambah di bawah kulit.
- Antibodi ibu disalurkan kepada fetus untuk melindunginya daripada infeksi virus @ penyakit.
- Kebanyakan fetus dalam kelahiran normal biasanya berputar badan & kedudukan kepada terbalik untuk persedian kelahiran.
|
No comments:
Post a Comment