Followers

Tuesday, March 15, 2011

model pengurusan tngkah laku


BAHAGIAN A

1.0 Pengenalan

Secara umumnya displin bererti mencegah ataupun menghukum salah laku yang timbul. Menurut kamus dewan edisi ketiga (halaman 356), displin membawa maksud latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. American Heritage Dictionary of the English Language pula menjelaskan perkataan displin merujuk kepada kedua-dua tindakan tadi, iaitu pencegahan dan pemulihan ataupun latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pola tingkah laku

Berdasarkan model pengurusan tingkah laku yang menjelaskan bahawa terdapat tiga perspektif utama yang ditekankan dalam model ini. Perspektif tersebut ialah:
i. Pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin
ii. Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem
iii. Pengurusan bilik darjah sebagi satu pengajaran
Ketiga-tiga perspektif dalam model ini adalah saling berkaitan dan amatlah ditekan dalam model-model pengurusan disiplin bilik darjah yang digunakan oleh para pendidik. Selain itu juga, ahli-ahli pendidik ada menerangkan bahawa terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah. Model-model tersebut adalah:
i. Modifikasi Tingkah Laku
ii. Model Disiplin Asertif Canter
iii. Model Akibat Logikal Dreikurs
iv. Model Pengurusan Kelompok Kounin
v. Terapi Realiti Glasser
Secara keseluruhannya model yang dipelopori oleh Skinner iaitu Modifikasi Tingkah Laku. Beliau menekankan bahawa model ini adalah berasaskan prinsip bahawa semua tingkah laku boleh dipelajari dan dikekalkan melalui pengukuhan. Pengukuhan tersebut terdapat dalam dua bentuk pengukuhan iaitu berbentuk positif atau negatif. Beliau juga menekankan pengukuhan kontingensi dimana hubungan antara tingkah laku dan konsekuan yang membawa kepada kawalan tingkah laku secara berkesan.
Model seterusnya iaitu model Disiplin Asertif Canter pula yang dipelopori oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Gaya respon seorang guru menjadi fokus dalam model ini di mana ianya menekankan bahawa gaya respon seseorang guru boleh bersifat asertif, tidak asertif serta agresif. Ketiga-tiga sifat tersebut akan berlaku berdasarkan tindakan guru berkenaan dimana sifat asertif berlaku apabila guru memberi amaran dan menyatakan hukuman kepada murid jika melakukan sesuatu salah laku. Sifat tidak asertif pula berlaku apabila guru memarahi murid dalam nada tegas dan meminta murid menghentikan perbuatan tersebut. Dan akhir sekali, bersifat agresif pula berlaku apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman kepada murid. Model ini lebih menunjukkan bahawa guru bersikap authoritarian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya model ketiga iaitu model Akibat Logikal Dreikurs atau dikenali juga sebagai Model Disiplin Sosial. Model ini telah diajukan oleh Dreikurs. Model ini menekankan empat prinsip asas iaitu manusia ingin dimiliki atau menjadi anggota sesuatu kelompok, semua tingkah laku adalah bersebab, manusia boleh membuat keputusan dan realiti dipersepsikan oleh manusia.
Model seterusnya ialah Pengurusan Kelompok Kounin yang diketengahkan oleh Jacob Kounin. Model ini menumpukan terhadap konsep “kesan riak”. Konsep ini bermaksud bahawa apabila guru menegur seorang murid, murid yang lain turut berhenti daripada melakukan sesuatu salah laku. Antara teknik yang dicadangkan oleh beliau adalah seperti with-itness, bertindan-tindih, kelicinan, momentum, dan kepekaan kelompok.
Model yang terakhir yang boleh diaplikasikan oleh pendidik ialah Terapi Realiti Glasser dimana ianya dipelopori oleh Glasser pada tahun 1965. Model ini ditukar kepada teori kawalan dan kemudiannya kepada teori pilihan. Dalam model ini, prinsip-prinsip yang ditekankan adalah dengan menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab atas tingkah laku masing-masing serta berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan jika bimbingan dan sokongan diberikan. Selain itu, prinsip model ini juga mengkehendaki setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu mengikut kehendak masing-masing.

2.0 Kajian Kes

Pelajar kelas tahun 4 Mr Ambrose berkelakuan baik dengan sedikit
masalah tatatertib. Kebanyakan pelajar mengikut prosedurnya seperti duduk di tempat masing-masing ketika pembentangan, angkat tangan ketika diskusi dan menggunakan pengasah pensil, bilik air dan kawasan lain dalam bilik dengan keadaan baik. Terdapat beberapa pelajar sembang kosong ketika aktiviti bebas tetapi tidak hingga di luar kawalan dan pelajar selalunya diam bila diminta.

Walaubagaimanapun, kebelakangan ini ada sesetengah pelajar kurang diberi tugasan dan ada sesetengah pelajar lambat menghantar tugasan. Mereka mengadu tidak tahu bila tarikh akhir tugasan tersebut dan sesetengah tidak menghantar tugasan. Untuk menjadikan tugasan lebih jelas, Mr Ambrose mula merekod tugasan harian di tepi papan hitam. Sebab sesetengah tugasan tidak perlu dihantar pada keesokannya, dia meninggalkan tugasan hari sebelumnya pada papan hitam tersebut juga dengan itu pelajar akan tahu bila tugasan setiap pelajaran perlu dihantar pada kedua-dua hari.

Hari ini semasa akitviti individu dan kumpulan selama 1 jam, beberapa pelajar bertanya jika mereka perlu lakukan walaupun Mr Ambrose telah menyenaraikan tugasan pagi pada papan hitam dan telah beberapa kali memberitahu di mana mereka boleh mendapatkannya. Selepas beberapa pelajar menghantar tugasan lebih awal dari sepatutnya, Mr Ambrose menerangkan ‘Ingat, tugasan kelas tidak habis semasa kelas, ia perlu disimpan hingga esok. Walaupun anda telah menyiapkannya hari ini, melainkan saya minta . kalau anda siapkan tugasan semasa aktiviti bebas ia boleh dimasukkan ke dalam ‘kotak masuk’. Pelajar terus bingung, bukan hanya bila tugasan tamat tetapi juga bagaimana melaksanakannya.

Mr Ambrose selalu melakukan kerja sendiri di meja ketika aktiviti bebas tetapi membenarkan pelajar datang seorang demi seorang jika mereka memerlukan bantuan. Mereka mengikut prosedurnya walaupun sesetengah pelajar dengan pencapaian rendah jarang datang. Pelajar-pelajar yang duduk jauh dari cikgu membuat aktiviti yang tidak berkaitan dengan tugasan.

Mr Ambrose mempunyai akitiviti yang fleksible untuk pelajar. Sebagai contoh, semasa segment 1 jam baru-baru ini, dia memberi 1 tugasan kepada pelajar kemudian satu kuiz (pelajar diminta memegang kertas mereka sehingga kuiz siap). Tugasan kredit tambahan disenaraikan di papan hitam untuk pelajar yang telah siap kerja awal. Setelah dia memberi kuiz dan arahan, sesetengah pelajar terus melakukan tugasan. Kemudian mereka perlu berjumpa dengan Mr Ambrose untuk mendapatkan arahan untuk ujian. Sesetengah pelajar tidak sempat menghabiskan ujian. Mr Ambrose memberitahu pelajar mereka perlu bekerja lebih keras atau grade mereka akan menurun tetapi nampaknya nasihat beliau hanya memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang bermotiviasi tinggi yang terdapat di dalam kelas tersebut.

Apakah langkah-langkah yang perlu Mr Ambrose ambil untuk menambah baik keadaan dalam kelasnya?

3.0 Masalah yang timbul

Berdasarkan keadaan dalam kajian kes di atas dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat beberapa masalah yang berlaku. Antara masalah-masalah yang dapat dilihat dalam kes ini adalah:

i. pembaziran masa berlaku dimana pelajar sembang kosong ketika aktiviti bebas tetapi tidak hingga di luar kawalan dan pelajar selalunya diam bila diminta
ii. sesetengah pelajar tidak sempat menghabiskan ujian dalam masa yang ditetapkan.
iii. pelajar-pelajar yang duduk jauh dari cikgu membuat aktiviti yang tidak berkaitan dengan tugasan.
iv. pelajar terus bingung, bukan hanya bila tugasan tamat tetapi juga bagaimana melaksanakannya.
v. Mr Ambrose selalu melakukan kerja sendiri di meja ketika aktiviti bebas tetapi membenarkan pelajar datang seorang demi seorang jika mereka memerlukan bantuan.
vi. ada sesetengah pelajar lambat menghantar tugasan kerana guru tidak menjelaskan tarikh hantar kepada pelajar.
4.0 Cara mengatasi dengan mengaplikasikan model pengurusan disiplin untuk penyelesaiannya
Berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenalpasti di atas, terdapat beberapa kaedah atau strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Bagi masalah pembaziran masa berlaku dimana pelajar sembang kosong ketika aktiviti bebas tetapi tidak hingga di luar kawalan dan pelajar selalunya diam boleh diatasi dengan mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter. Antara strategi yang boleh digunakan oleh Encik Ambrose dalam mengawal bilik darjah beliau ialah dengan mengamalkan sikap asertif pada peringkat permulaan. Mr Ambrose perlulah menyatakan terlebih dahulu peraturan-peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan malah guru-guru lain juga perlu turut sama dalam menyatakan peraturan tersebut agar mereka mengingatinya. Selain itu juga, Mr Ambrose boleh memberikan pengukuhan positif seperti memberi ganjaran kepada mereka yang melakukan perkara yang berfaedah ketika aktiviti bebas. Secara tidak lansung, mereka akan berusaha berkelakuan baik agar mendapat ganjaran yang telah disediakan oleh Mr Ambrose.
Manakala, bagi masalah dimana terdapat sesetengah pelajar lambat menghantar tugasan atau tidak menghantar terus tugasan tersebut disebabkan masalah yang wujud daripada pihak Mr Ambrose. Hal ini terjadi disebabkan beliau tidak menjelaskan tarikh hantar kepada pelajar. Model yang boleh digunakan dalam menghadapi masalah ini ialah dengan model modifikasi Tingkah Laku dimana Mr Ambrose perlu mengenalpasti mengapa muridnya bertindak sedemikian rupa. Apabila beliau sudah mengetahui punca masalah tersebut, secara tidak lansung cara mengatasi masalah tersebut dapat dikenalpasti. Seperti yang diketahui, masalah tersebut adalah daripada Mr Ambrose sendiri. Oleh itu, beliau seharusnya memberitahu muridnya tarikh hantar tugasan yang diberikan dengan tepat dan jelas agar murid-murid dapat menghantar tugasan pada masa yang tepat. Cara yang digunakan oleh beliau dengan menulis semua kerja rumah yang diberikan oleh beliau di papan hitam adalah tindakan yang baik sekali namun beliau perlu menulis sekali tarikh hantar tugasan yang diberikan agar murid tahun 4 dapat menyelesaikan tugasan mereka sebelum tarikh hantar.
Seterusnya, model Akibat Logikal Dreikurs boleh diaplikasikan dalam masalah dimana sesetengah pelajar tidak sempat menghabiskan ujian dalam masa yang ditetapkan. Model ini menjelaskan bahawa kesemua tingkah laku bersebab. Oleh itu, dapatlah simpulkan bahawa masalah tersebut terjadi disebabkan masa yang tidak mencukupi bagi murid tersebut menjawab soalan yang tinggi dengan kebolehannya. Oleh itu, Mr Ambrose harus bijak dalam menangani masalah tersebut. Beliau perlulah mengekalkan persekitaraan pembelajaran yang positif agar tidak memberi tekanan kepada murid tersebut. Selain itu juga, beliau harus mengenalpasti aras kebolehan pelajar tersebut supaya soalan yang disediakan bersesuaian dengan tahapnya. Selain itu juga, Mr Ambrose boleh mengubahsuai cara pengajaran agar murid tersebut mampu memahami pengajaran beliau dengan berkesan sebagai contoh menggunakan bahan pembelajaran berbentuk maujud atau berbantukan computer. Malah, pengiktirafan yang diberikan turut meningkatkan semangat murid tersebut dalam memahami pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Masalah seterusnya yang dihadapi oleh Mr Ambrose semasa pengajaran dan pembelajaran beliau ialah pelajar-pelajar yang duduk jauh dari cikgu membuat aktiviti yang tidak berkaitan dengan tugasan. Masalah ini dapat diatasi dengan mengaplikasikan Model Pengurusan Kelompok Kounin dimana teknik yang wajar digunakan ialah “With-itness”, bertindan-tindih dan kepekaan kelompok. Teknik “With-itness” dan bertindan-tindih dapat diaplikasikan ketika guru memantau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid di setiap kelompok. Manakala teknik kepekaan kelompok dapat diaplikasikan apabila Mr Ambrose menjalankan sesuatu aktiviti dimana beliau berusaha untuk mengekalkan penglihatan aktif murid sekaligus mewujudkan minat mereka. Bagi murid yang melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan tugasan, Mr Ambrose boleh melakukan tindakan seperti saya dapati ramai murid di dalam kelas ini melakukan aktiviti yang berkaitan dengan tugasan. Bagus, teruskan usaha. Namun begitu terdapat beberapa orang yang tidak dibenarkan keluar rehat disebabkan mereka melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan tugasan yang diberikan. (Sambil memandang murid yang membuat salah tersebut).
Model terakhir iaitu Terapi Realiti Glasser yang dapat diaplikasikan dalam masalah pengurusan bilik darjah Mr Ambrose ialah pelajar terus bingung, bukan hanya bila tugasan tamat tetapi juga bagaimana melaksanakannya. Masalah tersebut ditangani dengan mengaplikasikan terapi ini dimana terdapat 10 langkah yang disarankan. Berikut adalah langkah yang boleh diikuti oleh Mr Ambrose:
i. Mengenal pasti punca berlakunya masalah tersebut
ii. Memilih strategi yang sesuai digunakan
iii. Mengatasi masalah melalui dua cara iaitu membuat perbincangan di antara Mr Ambrose dengan muridnya serta membina hubungan positif dengan murid
iv. Meningkatkan cara penyoalan
v. Membuat perbincangan dengan murid
vi. Meminta murid membuat pelan tindakan yang positif sambil dipantau oleh guru
vii. Menggunakan kaedah time-out yang masih berada dalam kelas
viii. Menghantar murid ke lokasi yang lain tetapi selesa dengan dipantau oleh guru yang ditugaskan
ix. Menghubungi ibu bapa
x. Merujuk kepada pihak berkuasa
Terapi ini boleh dilaksanakan terhadap semua murid dengan menyesuaikannya dengan murid tersebut.

No comments: