Followers

Tuesday, March 15, 2011

orientering


ORIENTERING
Untitled-Scanned-03
Apakah orientering ?
* Orientering ialah suatu sukan di mana peserta dengan berpandukan peta orientering dan kompas. Peserta dikehendaki mengemudikan dirinya ke titik-titik kawalan yang yang telah ditandakan di atas peta dan telah ditempatkan di atas muka bumi, mengikut susunan yang tertentu

* Orientering amat sesuai dijalankan di ladang getah atau kelapa sawit. Kawasan-kawasan seperti taman-taman rekreasi dan kampus juga sesuai terutamanya bagi mereka yang baru menyertai orientering. Orientering tidak sesuai dijalankan di hutan tebal.

* Peserta bebas memilih laluan sendiri secara berlari sambil berfikir dengan berpandukan peta dan kompas.

* Sukan ini akan memberikan suatu pengalaman yang menarik, berdikari, bertenang dalam keadaan yang merumitkan dan membuat penyelesaian masaalah untuk menghabiskan larian.



* Orientering adalah aktiviti yang menggabungkan ciri-ciri kecergasan fizikal dan mental melalui penglibatan disamping ia berbentuk pendidikan luar rumah bagi peserta yang menyertainya.

* Perlu diingatkan bahawa orientering bukanlah larian marathon tetapi ianya boleh dianggap sebagai perlumbaan ujian kemahiran pandu arah atau penjelajahan mencari penanda kawalan.







SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ORIENTERING

Antarabangsa :
· Diperkenalkan oleh Major Ernst Killander seorang Ketua Pengakap dalam tahun 1918 di Sweden.
· Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) telah ditubuhkan pada 21 Mei 1961,di Copenhagen, Denmark dengan keanggotaan 10 buah negara.
· Kini IOF mempunyai lebih ahli dari 50 buah negara termasuk Malaysia sebagai Ahli Bersekutu.
· Kejohanan Orienteering Dunia (WOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun1966 di Fiskar, Norway.

Di Malaysia
· Di Malaysia, bermula dengan penubuhan Persekutuan Orienteering P. Pinang (POF) pada 10 Julai 1983.
· Diikuti dengan penubuhan WOA dalam tahun 1986.
· Tahun 1988, WOA menganjurkan MOOC yang pertama di RRIM, Sg. Buloh & FRIM, Kepong.
· Tahun 1994, MOA ditubuhkan dengan 5 buah cawangan negeri iaitu Johor, Kedah, Selangor, Terengganu dan Wil. Persekutuan KL.
· Diikuti dengan penubuhan MOA Caw. P. Pinang dan Sabah.

Kejohanan Antarabangsa :
§ World Orienteering Championships (WOC)
§ Junior World Orienteering Champ. (JWOC)
§ World Cup
§ World Masters Orienteering Championships
§ IOF World Ranking Events
§ Annual Swedish 5-days O-Ringen
§ Asia-Pacific Orienteering Champ. (APOC)

Kejohanan Kebangsaan :
§ Kejohanan Orienteering Kebangsaan
§ Kejohanan Orienteering MAKSAK Malaysia
§ Pertandingan Orienteering Terbuka UPM
§ Pertandingan Orienteering Pkt. Negeri
§ Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT
§ Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia


JENIS-JENIS ORIENTERING

1. Orientering bermarkah ( Score-O)
v Sesuai untuk mereka yang baru belajar.
v Setiap titik kawalan mempunyai markah yang berbeza bergantung kepada kesukarannya.
v Masa larian akan ditetapkan kepada semua peserta
v Jika pesrta membuat larian lebih dari masa yang ditetapkan, maka markahnya akan ditolak.
v Tiada penalti , bergantung kepada kemampuan peserta
v Markah tertinggi di kira pemenang.

2. Orientering merentas desa
§ Sesuai untuk mereka yang telah mahir
§ Peserta perlu mendapatkan kesemua penanda kawalan.
§ Jika gagal, peserta akan diberikan DNF
§ Peserta paling pantas akan dikira sebagai pemenang.
§ Format ini sesuai untuk pertandingan kerana semua peserta akan menghadapi cabaran serta jarak jauh yang sama

3. Orientering berganti-ganti
* Bentuknya sama dengan O-ring meretas desa tetapi dijalankan dalam berpasukan 3 hingga 4 orang dalam satu kumpulan.
* Peserta pertama akan membuat lariannya dahulu hingga selesai.
* Peserta kedua pula akan menyambung larian dengan landasan yang lain pula dan seterusnya.

4. Orientering malam
* Boleh diadakan di Taman-taman rekreasi pada waktu malam.
* Peserta akan menggunakan lampu suluh untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.

5. Orientering Jalan Raya
· Orienteering yang menggabungkan format
o-ring bermarkah dan o-ring malam yang diadakan di kawasan perumahan.
· Penanda kawalan tidak digunakan tetapi peserta perlu mencatitkan butiran yang terdapat dititik kawalan. Biasanya pili bomba, tiang letrik dijadikan sebagai penanda kawalan.



Orientering Bukit
* Orienteering yang diadakan sehari atau dua hari yang merangkumi kawasan berbukit-bukau.
* Ia benar-benar mencabar kecergasan dan kemahiran navigasi serta juga “survival” jika keadaan cuaca buruk.
* Peserta perlu membawa bersama peralatan untuk bermalam.
Norwegian Event
* Merupakan satu acara yang menyediakan satu landasan yang panjang didalam kawasan yang sempit.
* Ditempat permulaan, peserta hanya perlu menyalin kedudukan titik kawalan pertama dan apabila tiba dititik kawalan pertama, kedudukan titik kawalan yang kedua pula perlu disalin.Ia dibuat seterusnya hingga tamat.

No comments: