Followers

Tuesday, March 15, 2011

kajian empirikal


1.0         PENGENALAN KAJIAN EMPIRIKAL

1.1       DEFINISI KAJIAN EMPIRIKAL

Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik? Penyiasatan saintifik   merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan. (Kerlinger, 1973).

Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut:

1.2       TUJUAN KAJIAN
Kajian empirikal dirancang dan disediakan untuk memenuhi sesuatu tujuan, yang
kemudiannya diterjemahkan kepada objektif yang lebih spesifik.

1.3       OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian merupakan pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum sesuatu kajian dijalankan.
 <!-- more -->
1.4       ETIKA KAJIAN
• kerahsiaan peserta kajian
• penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada
   sebahagian kajian atau sepenuhnya
• keizinan dan kemungkinan penipuan dipihak peserta
• menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti
• reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor
  dapatan-dapatan kajian
• tingkah laku dan keobjektifan penyelidik.

1.5    KRITERIA KAJIAN

Organization Chart


Rajah 1          Kriteria kajian yang baik
1.6       JENIS-JENIS KAJIAN DALAM KAJIAN EMPIRIKAL

Bil
Jenis Kajian
Penerangan
1.
Kajian asas
Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian
2.
Kajian gunaan
Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan
3.
Kajian kuantitatif
Kajian yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi
4.
Kajian kualitatif
Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang, keanehan seseorang, dan sebagainya
5.
Kajian tindakan
Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan harian, sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya.











2.0         KAJIAN EMPIRIKAL PROGRAM REKREASI

2.1          ABSTRAK

Responden kajian terdiri daripada 42 orang guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) semester 3 bagi program rekreasi dan perkhemahan di Institut Biodiversiti Lanchang, Pahang. Kajian ini menjurus kepada kajian terhadap hidupan yang terdapat di sana, sama ada haiwan ataupun tumbuhan. Kajian ini menggunakan dua instrumen iaitu komitmen ahli kumpulan dan bahan pembelajaran dan pengajaran.

2.2       PENGHASILAN IDEA

Penghasilan idea untuk kajian boleh dihasilkan daripada pelbagai sumber. Ia boleh dimulakan dengan tempat rekreasi dan kawasan sekitarnya. Jika di tapak Perkhemahan Biodiversiti Lanchang, kajian lebih berfokus kepada flora dan fauna yang masih wujud di tempat tersebut.

Rajah 2          Penghasilan idea
Flora
# Kajian tentang spesies pokok yang hidup di kawasan berbukit, dalam air, dan di
   kawasan hutan tanah pamah.
# Kajian tentang kegunaan spesies herba seperti gajah beranak, kacip Fatimah, panah  arjuna dan lain-lain.
# Kajian tentang cara spesies tumbuhan hidup seperti epifit, parasit dan sebagainya.

Fauna
# Kajian tentang sifat-sifat haiwan seperti pemalu, bengis, manja dan sebagainya..
# Kajian mengenai habitat haiwan contohnya lintah yang tinggal di kawasan air yang
   tidak mengalir laju.
# Kajian tentang makanan yang dimakan oleh haiwan contohnya gajah makan tebu.


2.3             TINJAUAN LITERATUR

Setelah mengenal pasti bidang dan soalan kajian, tugas seterusnya ialah menjalankan tinjauan bahan literatur atau bacaan. Tinjauan bahan literatur ialah suatu usaha memerihal hasil kerja para sarjana dan ilmuan berkaitan dengan topik yang ingin dikaji. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah berkait rapat dengan objektif penyelidikan, soalan kajian yang dikemukakan dan isu yang dibincangkan. Ia bukan merupakan deskripsi senarai bahan bacaan yang diperolehi atau semata-mata ringkasan kajian-kajian dalam bidang yang diselidiki.

Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk mendedahkan kepada pembaca, isu, idea, teori dan kajian empirikal yang telah dijalankan dan berkaitan dengan soalan kajian. Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal, laporan penyelidikan, buku, monograf dan sebagainya. Setiap bahan yang dipilih hendaklah dinilai secara kritis dengan memberi tumpuan kepada soalan kajian yang diketengahkan, metodologi yang digunakan, pemenuan yang diperolehi serta perbincangan penulis. Berikut ini ialah satu garis panduan yang boleh digunakan apabila anda membaca sesuatu artikel atau laporan penyelidikan:


2.3.1      PENDAHULUAN

KONSEP REKREASI

Aktiviti rekreasi merupakan pelbagai bentuk aktiviti ruang yang dipilih manusia untuk mengisi masa lapang. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi tidak ada peraturan tertentu. Aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa dan dalam bentuk sejagat.



 












Rajah 4          Tujuan rekreasi


Rekreasi adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan positif terhadap jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Terdapat dua tahap rekreasi iaitu tahap aktif seperti pendidikan luar, bersukan, berlakon, bermain alat muzik, berkhemah dan lain-lain. Manakala tahap pasif pula adalah seperti membaca, menonton televisyen, mendengar radio dan lain-lain.



 
















Rajah 5          Jenis rekreasi


KONSEP KAJIAN EMPIRIKAL

Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji     dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain.

Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Turutan aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-


Flowchart: Alternate Process: Perancangan awal
Rajah 3     Turutan aktiviti kajian empirikal


Kajian empirikal bermula dari suatu pemerhatian ke atas sesuatu situasi. Pemerhatian tersebut akan mencetuskan satu inferens atau kesimpulan awal. Walaubagaimanapun, inferens atau kesimpulan awal tidaklah muktamad kerana kajian belum dijalankan untuk mengetahui kesahihannya. Bagi menjalankan kajian, seseorang pengkaji perlu membuat hipotesis dan seterusnya mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat. Hipotesis yang dikemukakan hendaklah dikaji melalui kaedah penyiasatan yang telah dirancang termasuklah cara pengumpulan data, pentafsiran data dan membuat kesimpulan. Laporan eksperimen perlulah dikemukakan untuk dimanfaatkan oleh pengkaji.

            Berdasarkan pemerhatian, satu kesimpulan awal dapat dibuat yang dikenali sebagai inferens. Inferens merupakan satu kesimpulan awal berdasarkan pemerhatian awal. Berdasarkan inferens, para pelajar dapat mengenal pasti masalah seterusnya membuat hipotesis umtuk diuji.

            Hipotesis pula merupakan satu penyiasatan andaian yang perlu dibuat berdasarkan sesuatu kajian atau isu. Kajian dibuat dan selepas itu menguji ketepatan andaian itu atau sebaliknya.


2.3.2   KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian empirikal ini penting dan perlu dijalankan. Kajian terhadap alam semulajadi termasuk flora dan fauna harus dilakukan dari semasa ke semasa. Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna ini. Jika kajian terhadap alam semulajadi ini diteruskan, bermakna alam semulajadi ini akan dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam semulajadi ini dengan lebih dekat.

Kajian empirikal ini juga dapat menarik minat para pelajar unuk lebih meminati aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi.




2.3.3   DAPATAN KAJIAN

2.3.3.1            TUMBUHAN

Manakala bagi spesies tumbuhan pula terdiri daripada tumbuhan herba, komersial, epifit, parasit, menjalar dan tumbuhan menumpang.





2.3.3.1.1    TUMBUHAN HERBA

a)    Kacip  Fatimah (Labisia pumila (Myrsinaceae))

                        
Daun Kacip Fatimah                                                   Pokok Kacip Fatimah

Kegunaan: Mengecutkan rahim selepas bersalin

b)    Misai Kucing
                                                            Pokok Misai Kucing

Kegunaan: 1) Untuk membuat jus minuman
   2) Untuk menguatkan tenaga batin
c)  Segemuk
Kegunaan: Untuk menyejukkan badan.

d)    Gajah beranak (Goniothalamus macrophyllus.)

   
                    Daun Gajah Beranak 
Pokok Gajah Beranak
Kegunaan: Melancarkan perjalanan darah.



2.3.3.1.2    TUMBUHAN KOMERSIAL

a)    Gaharu (Agarwood)
                             
Pokok Gaharu                                                                 Batang Pokok Gaharu
                                                Teras Pokok Gaharu yang telah diracik

Kegunaan: Terasnya digunakan untuk membuat minyak wangi.

b)    Meranti Sarang Punai

   Pokok Meranti Sarang Punai

Kegunaan: Untuk membuat perabot.




c)    Keruing Gombang
             Batang Pokok Keruing Gombang  

Kegunaan:  Untuk dijadikan syelek.


d)    Cengal (Neobalanocarpus heimii (Dipterocarpaceae)

 Pokok Cengal                                                                                                                                                                                                      
                                                 Hasil dari Cengal

Kegunaan: Perabot

e)    Mengkuang

  Daun mengkuang                              
       

         Kraftangan       
                   
Kegunaan: Membuat tikar dan kraftangan


f)     Palas

 Pokok Palas
Daun Palas    

Kegunaan: Membuat sarang ketupat

g)    Tualang
Akar banir Pokok Tualang

Kegunaan: Membuat perabot, perahu



2.3.3.1.3    TUMBUHAN MENJALAR

a)    Pandan liar
Fakta : Sejenis epifit

2.3.3.1.4    TUMBUHAN MENUMPANG

a)    Lumut
Pelbagai jenis lumut
b)    Kulat
Fakta: Jika mempunyai spora (berdebu)  di bawahnya mempunyai racun dan tidak boleh dimakan.

                                               





2.3.3.2            HAIWAN

Dalam kawasan rezab Bukit Rengit, Lanchang terdapat pelbagai jenis hidupan yang terdiri daripada haiwan dan tumbuhan. Jenis-jenis haiwan terdiri daripada spesies amfibia, reptilia, mamalia, burung, herbivor, karnivor  dan omnivor. Di Malaysia, terdapat 700 spesies burung. Dalam bidang zoologi, para penyelidik menggunakan larutan ethanol menggantikan formalin untuk mengawet sesuatu hidupan kerana formalin boleh mengakibatkan kemandulan.

2.3.3.2.1   MAMALIA
a)    Kelawar
Fakta: mamalia terkecil
b)    Gajah
Fakta: - Mengandung selama 22 bulan
                        - Mengeluarkan minyak di telinganya apabila tertekan
c)    Harimau
Fakta: - Menggunakan deria Jacobson(pada lelangit atas) untuk menghidu
                           pergerakan mangsa.
                        - Menggunakan ekor untuk mengimbangkan pergerakan badan.

d)    Babi Hutan
Fakta: Meninggalkan kesan gemburan pada tanah setelah melalui kawasan
            itu


e)    Tapir ( Tapirus Indicus)
Fakta: - Binatang pemalu
                        - Anak tapir mempunyai belang hitam putih di badannya
  Anak tapir
*     
Tapir dewasa
2.3.3.2.2   AMFIBIA

Katak Tanduk
Fakta: Mempunyai bentuk tanduk di bahagian matanya




2.3.3.2.3   REPLTILIA

Ular Sawa
Fakta: Mampu menelan seorang lelaki dewasa



2.3.3.2.4            OMNIVOR

Beruang Madu
Makanan: Anai-anai



2.3.3.2.5            HERBIVOR

Rusa
Makanan: Ubi kentang


2.3.3.2.6         BURUNG
a)    Burung Unta
Fakta: Burung yang terbesar dan tidak boleh terbang.

b)    Kuang
Fakta: Mengeluarkan bunyi seperti `kukukukukukakakaka`
                        Spesies yang hampir pupus
                 


c)    Burung Hantu
Fakta: Tidak tidur pada waktu malam






d)    Burung Enggang
Fakta : pasangan dicari untuk menemani sepanjang hayat





















3.0       PENUTUP

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan pengumpulan data dan analisis awal kajian. Dua kaedah empirikal yang digunakan ialah kaedah soal selidik dan kaedah temu ramah. Selain itu, analisis tentang latar belakang responden dan projek yang dijalankan turut dibentangkan sebagai analisis awal. 

Melalui kajian empirikal yang telah dijalankan di kawasan rezab bukit rengit di Lanchang, didapati bahawa masih terdapat pelbagai spesies hidupan liar dan tumbuhan yang jarang ditemui di kawasan lain. Ini bermakna kawasan tersebut masih lagi terpelihara dari ancaman pembalak haram, pemburu haram dan peminat tumbuhan komersial. Melalui program rekreasi ini, banyak pengetahuan dan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, dengan kajian empirikal yang dijalankan, ilmu dan pengetahuan tersebut dapatlah diperkukuhkan dan dihayati agar generasi akan datang turut berkesempatan mengenal dan turut sama menjaga kesinambungan ekosistem di kawasan tersebut.

 Sebagai kesimpulan, kedua-dua kaedah empirikal amat bersesuaian bagi memenuhi keperluan kajian. Dalam kaedah tinjaun sendiri, dilihat lebih efektif memandangkan kesemua maklumat diperoleh dengan tepat. Selain itu, kaedah temuramah dengan pegawai hutan sangat membantu dalm pengumpulan data. Rumusan yang dapat dibuat ialah hasil pengumpulan data untuk kajian adalah memuaskan. 
           







SOALAN OBJEKTIF

1)                Manakah yang merupakan kriteria kajian yang baik?

i.              Tinjauan kajian yang jelas
ii.            Piawai etika yang tinggi
iii.           Dapatkan pengesahan Pegawai atasan
iv.           Penerangan yang jelas tentang proses kajian

(a)       i dan ii
(b)        i, ii dan iii
(c)      i, ii dan iv
(d)        i dan iii


2)                    Apakah tujuan tinjauan literatur?

(a)                      Memberikan gambaran awal kepada pembaca
(b)         Menyatakan deskripsi senarai bahan bacaan
(c)          Menyampaikan kepada pembaca ilmu, idea dan dapatan yang berkaitan dengan topik
(d)         Memberikan ringkasan kajian yang diperolehi


3)                    Kajian empirikal mengaplikasikan dua kaedah. Apakah kaedah tersebut?

(a)          Temuramah dan kualitatif
(b)         Tinjauan dan temuramah
(c)          Kuantitatif dan deskriptif
(d)         Soal selidik dan temuramah

4)                    Yang manakah betul mengikut turutan aktiviti kajian empirikal?

(a)          Pengumpulan data, penganalisisan, rumusan, pemilihan responden
(b)         Perancangan awal, penganalisisan, penyediaan soalan berkaitan
(c)          Pemindahan data, penganalisisan, pemilihan responden
(d)         Penyediaan soalan yang berkaitan, pengumpulan data, rumusan


5)                    Apakah binatang yang menggunakan deria Jacobson untuk menghidu pergerakan mangsa?

(a)      Tapir
(b)      Ular
(c)      Harimau
(d)      Gajah


6)                    Berikut adalah tumbuhan komersial, kecuali

(a)      Meranti sarang punai
(b)      Gajah beranak
(c)      Tualang
(d)      Gaharu


7)                    Berikut merupakan kaedah untuk mengenalpasti arah mata angin,

i)          lumut pada batu
ii)         arah matahari terbit
iii)           lumut pada pokok yang berdekatan dengan sungai
iv)           arah lilitan dahan pada batang pokok

                            (a)            i, iii dan iv
                           (b)            ii, iii dan iv
                            (c)            i, ii dan iv
                           (d)            i, ii dan iii


8)                    Larutan yang digunakan untuk mengawet hidupan pada masa kini adalah

(a)                ethanol
(b)               alkohol
(c)                formalin
(d)               bazon


9)                    Berapa banyak spesies burungkah yang terdapat di Malaysia?

(a)                890
(b)               750
(c)                860
(d)               700


10)                  Berikut merupakan rekreasi aktif, kecuali

(a)                Bermain dam, membaca buku, mendengar radio
(b)               Berlakon, mendaki bukit, bersukan,
(c)                Berbasikal, menyelam, berkhemah
(d)               Berlakon, bermain alat muzik, berkhemah



SOALAN STRUKTUR

1)    Apakah yang dimaksudkan dengan kajian empirikal?

2)    Mengapakah tumbuhan komersial seperti meranti sarang punai, gaharu dan  tualang dikelaskan dalam tumbuhan komersial?




SOALAN ESEI

1)                                                            Huraikan jenis-jenis Kajian Empirikal.



















JAWAPAN

SOALAN OBJEKTIF

1)    C
2)    C
3)    D
4)    D
5)    C
6)    B
7)    B
8)    A
9)    D
10)  A

SOALAN STURKTUR

1)    Kajian empirikal ialah kajian yang bermula dari suatu pemerhatain ke atas sesuatu situasi. Pemerhatian tersebut akan mencetuskan satu inferens atau kesimpulan awal.

2)    Tumbuhan komersial seperti meranti sarang punai, gaharu dan tualang berada dalam kelompok tumbuhan komersial kerana batang pokoknya yang sangat lurus yang dapat memberi nilai keuntungan yang tinggi jika dikomersialkan.







SOALAN ESEI

1)    Kajian asas – Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian.

2)    Kajian gunaan – Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian, misalnya soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah social, pendidikan atau perniagaan.

3)    Kajian kuantitatif – Kajian yang menekankan pemerolehanfakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi.

4)    Kajian kualitatif – Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang,
keanehan seseorang, dan sebagainya.

5)    Kajian tindakan – Kajian yang menekankan kepada
penilaian amalan harian, sama ada telah mencapai tahap yang
sepatutnya.

1 comment:

Anonymous said...

Playtech | Online Casino Games, Games, Offers
KADGPI India and Kavit · Best Online Casino Sites, 제왕카지노 Betting 인카지노 and Sportsbook Reviews · Best Mobile Casino kadangpintar Apps · Most Popular Slot Games · Best Poker Games